Larian SJ MPSJ 10KM 2015

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Larian SJ MPSJ 10KM 2015 telah diadakan pada 20 September 2015 di Stadium MPSJ, USJ 5 Subang Jaya. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dan dengan tajaan daripada 100 Plus, Les’ Copaque Production serta Shaklee Malaysia. Hanya ada 4 kategori larian sahaja yang ditawarkan untuk larian ini iaitu 3km, 5km, 7km dan 10km bagi jarak yang paling jauh. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Larian SJ MPSJ 10KM 2015 ini merupakan anjuran kali ke 8 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga MPSJ dan juga penduduk sekitar Subang Jaya.

Sebenarnya, ada 2 sebab kenapa aku dan wife mendaftar untuk larian ini. Sebab yang pertama kerana acara larian ini berdekatan dengan kawasan rumah aku dan sebab yang kedua ialah yuran penyertaan untuk kategori 10km adalah RM32 seorang….hahahahaha…murah kan?.

Peserta bagi kategori 10km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan kategori-kategori yang lain. Paling menariknya, water station dipenuhi dengan minuman isotonik 100 plus tetapi agak tidak sesuai dengan perut aku. Rasa agak tak selesa untuk berlari bila dah minum air 100 plus ni sebab asyik nak sendawa jer…hihihihihihi.. 😀 dan hasilnya aku hanya berhenti di water station kedua jer.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimDapat baju, no. bib dan juga 3 botol vitamin tambahan Shaklee. Memang berbaloi sebab bayaran RM32 jer.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalim
Dapat tajaan 3 botol vitamin tambahan daripada Shaklee Malaysia. Wife aku adalah seorang pengedar Shaklee yang berdaftar, silalah terjah blog dia di www.vitamin4kesihatan.com. Kalau nak beli atau nak cuba vitamin Shaklee, bolehlah hubungi wife aku. 😀

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimKategori larian dan yuran penyertaan.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimLaluan 10km akan lalu pejabat wife aku..hihihihi.. 😀

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimAntara geng yang join. Wolf, Eyda Dida dan Alice.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimSelfie dengan telefon Lenovo baru katanya…hihihihi.. 😀

Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan larian sejauh 10.43km dengan masa 1 jam 21 minit dan wife pula lebih 5 minit daripada masa aku. Sebenarnya ramai peserta termasuklah aku sekali terpaksa berhenti berlari disebabkan marshall terpaksa benarkan kenderaan lalu di simpang 4. Ada peserta yang kena marah lagi sebab marshall tutup jalan bagi membenarkan laluan untuk peserta berlari. Aku pun siap kena marah lagi!…hampeh betul brader kereta mewah tu!…. 🙁

Kitaorg pun tak lepak lama sangat. Masa upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, kitaorg dah gerak ke Subang Hi-tech untuk sarapan pagi sambil membincangkan isu-isu negara…hahahahahaha…. 😀

Jom layan gambar-gambar yang tak berapa nak banyak ni….hihihihi.. 😀

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimMasa larian aku berdasarkan App Runkeeper.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimGarisan penamat di dalam Stadium MPSJ.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimUpacara penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimRavenna 5 bersama medal..hihihi.. 😀

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalimMedalnya kurang menarik tapi sesuailah dengan harganya kan…hihihihi.. 😀

Komen aku mengenai acara Larian SJ MPSJ 10KM 2015:
Pada pendapat aku, yuran penyertaan yang murah bagi larian kategori 10km dengan goodies yang amat berbaloi. Pihak pengurusan yang agak kelam kabut serta kurang teratur walaupun ini adalah tahun ke 8 acara ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (berdasarkan keratan akhbar Sinar Harian 6 Ogos 2015). Jadual aturcara yang sentiasa berubah serta maklumat mengenai larian yang agak kurang jelas amat menyusahkan para peserta. Waktu aku dan wife datang untuk mengambil racekit, cuma ada sekeping kertas A4 dengan tulisan tangan mengenai masa dan aturcara. Waktu pelepasan bagi peserta 10km yang tertulis pada kertas A4 adalah pada pukul 7.00 pagi tapi telah ditukarkan kepada 7.30 pagi pada hari larian. Ramai peserta terpaksa menunggu lama sambil mendengar kata-kata nasihat daripada penganjur….hahahahaha…membuatkan aku terasa seperti di acara larian sukan sekolah.

Ramai yang komplen mengenai saiz baju larian. Baju larian yang bersaiz S dah habis walaupun aku dan wife datang pada hari pertama kaunter pengambilan racekit dibuka. Wife aku terpaksa tukar baju larian ke saiz XS dan ramai lagi peserta yang marah kerana sepatutnya penganjur menyediakan bilangan baju mengikut saiz seperti yang telah diisi di dalam borang penyertaan. Aku rasa ini mungkin akibat pihak penganjur masih membenarkan sesiapa untuk mendaftar walaupun tempoh pendaftaran telah ditutup.

Dari segi kawalan trafik rasanya tiada masalah kecuali ada pemandu-pemandu yang terjerit-jerit oleh kerana terpaksa menunggu lama untuk memberi laluan kepada peserta berlari…hihihihihi.. 😀 Ada juga mashall yang terjerit-jerit menyuruh peserta berlari dengan cepat untuk melintas jalan. Ada beberapa perkara lagi yang aku rasa kurang teratur tapi masih boleh dipejamkan mata lagi bila dibandingkan dengan yuran penyertaan yang murah.

Walau bagaimana pun, aku dan wife mungkin akan mendaftar lagi untuk tahun depan sekiranya yuran penyertaan masih lagi murah dengan goodies yang berbaloi. Lagi pun kitaorg kan warga Subang Jaya….kenalah sokong..hihihihi.. 😀

198 total views, 1 views today

2 comments to Larian SJ MPSJ 10KM 2015

  • sobri  says:

    menarik ni abg sham..
    just tgok kat fb baru2 byak2
    event mcm ni tpaksa cancel sbab jerebu 🙁

    • eshamz halim  says:

      Yup…banyak event yang cancel sbb jerebu…. stress ooooooo….hihihhihi.. 😀

Isikan Komen Anda Disini