Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeos SBB2014

Salam,

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 atau nama pendeknya SBB2014 pasti acara yang di nanti-nantikan dikalangan Blogger-Blogger Semalaya & Asia Tenggara pada tahun ini. Alhamdulillah, kali ni aku ngan wife dapat meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis gilang gemilang yang bertujuan merapatkan lagi persahabatan dikalangan blogger. Majlis kali ini telah diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 Mac yang lepas.

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotography

Ramai jugak blogger yang hadir, boleh dikatakan mencecah 300 orang tapi masih jugak ada kerusi-kerusi yang kosong. Majlis ini adalah anjuran Denaihati Network dan telah dijayakan bersama sponser-sponser yang terlibat. Aku sememangnya tidak dikenali dikalangan blogger-blogger disana, maklumlah blog ini adalah sekadar menceritakan kisah peribadi aku. Satu-satunya blogger yang tegur aku kat sana ialah blogger Khirkhalid.com disebabkan kita selalu blogwalking blog masing-masing. Terima kasih aku ucapkan kepada Bro Khir yang sudi menyapa aku …..ekekekekeke… kalau tak mati kutu aku, wife aku memang kenal kebanyakkan blogger disebabkan kekerapan blogwalking… blogwalking adalah satu perkara yang penting apabila bergelar blogger tau.

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyBergambar bersama blogger Khirkhalid dan blogger-blogger yang lain

Semasa kat sana aku dan wife duduk berasingan disebabkan nama dan meja telah ditentukan oleh penganjur. Aku di meja 8 dan wife pula di meja 19 tapi itu tak kisah, lagipun niat memang nak tambahkan kenalan blogger kan. Banyak jugak sesi pengkongsian daripada blogger-blogger ternama Malaysia dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu untuk berjaya sebagai blogger.

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyBlogger yang sama meja dengan aku.. lucky number 8 tapi sorang pon tak menang hadiah…hihihhi

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyPenaja utama iaitu Yeos…

Aturcara majlis pon sempoi dan best pastu diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Banyak giler hadiah-hadiah yang best seperti Ipad Mini, Samsung, Iphone 5 dan bermacam-macam lagi yang berjaya membuatkan anda semua jeles dan cemburu apabila orang lain menang…..ahahahahaha… memang aku serius jeles ok tapi dah takde rezekikan…terima jer la seadanya. 😀

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyWife tengah cuba nasib untuk menang jersi original Liverpool tapi takde rezeki…

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotography

Blogger terkenal Ben Ashaari berkongsi pengalaman beliau sebagai blogger..

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyTuan Haji Amir Hassan (Pengasas Denaihati) bersama blogger-blogger hebat. Zarul Umbrella pun seorang blogger tau… memang Ramalanku benar belaka…ahahahahaha..

Ramai blogger yang bertukar bisnes kad dan aku macam ralat lak sebab aku takde kad, aku cuma buatkan bisnes kad untuk wife aku jer… hihihihi.. hebat sungguh dunia blogger sekarang ni sampai aku lak rasa teruja sebagai seorang blogger.

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotography

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotography

Bila majlis selesai, terasa berat hati pulak nak balik cepat dan aku ngan wife lepak-lepak sambil berborak dengan blogger-blogger yang lain. Biasa la kan, biler dah berborak memang susah nak stop….ahahahahaha…ni pun aku nak ucapkan terima kasih kepada bro KhirKhalid kerana sudi layan aku berborak…hihihihi.

Dan bergambar dulu di sekitar situ dan terus balik Shah Alam.

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyAku dan blogger Khirkhalid.com

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotographyAku bersama blogger www.vitamin4kesihatan.com a.k.a wife aku…ahahahahaha..

sepetang-bersama-blogger-yeos-2014-ssb2014-perjumpaan-blogger-asia-tenggara-saloma-bistro-shamphotography

InshaAllah….. tahun depan aku dan wife akan turut serta lagi dalam majlis yang gilang gemilang lagi berprestij ini bagi mengiktiraf dan menaikkan martabat sebagai seorang blogger. Terima kasih juga kepada penganjur dan juga kepada kesemua penaja-penaja yang telah menjayakan majlis ini.

Gambar group yang aku amik daripada blog sbb.my … ramai kan tapi ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni tau… kalau semua masuk, mau roboh pentas tu…ahahahahahahaha…

sepetang-bersama-blogger-2014-shamphotographySumber gambar : www.sbb.my

14 comments to Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeos SBB2014

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum eshamz. amboii terus update entri tu. jeles mak jemah tahu.. in shaa Allah ada rezeki tahun depan kita join korang ekk. hehehehee ;p

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam ….ahahahahahaha… Sheila Salim sila jeles ok!… next year kita gi sama-sama ok ke ANUGERAH BLOGGER POPULAR 2015 … cam ABP pulak…ekekekeke… 😀 😀

    • PakcikLie PCL  says:

      ye Sheila kan, tahun depan InsyaAllah jika tiada pertindihan jadual .

      • eshamz halim  says:

        ekekekeke… tahun depan mari kita sama-sama berebut lucky draw ….. 😀

  • sobri  says:

    wah saya kenal..acik ye..
    blogger yg lain2 kadang je singgah masuk ke blog mereka..
    he..he..

    • eshamz halim  says:

      Yup..acik pun ada tapi dapat borak sekejap jer dengan dia sbb meja lain-lain… next yearnya Sobri kena join..leh bersua muka…hihihihihi.. 😀 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. menarik ni.. gambar pun cantik2 belaka… Alhamdulillah bro Sham, dapat juga kita berjumpa ye.. berborak pun rasa mcm dah kenal lama pulak hehee.. itulah manfaatnya berblogging ni kan.
    In shaa Allah.. lain kali kita jumpa lagi & t kasih juga sbb sudi layan berborak juga.. 😀 😀

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro Khir… tu laa rasa mcm dah lama kenal kan… disebabkan selalu berborak dlm komen masing2 kot…ekekekekeke.. 😀 😀

  • hasrulhassan.com  says:

    Cantik gambar2 yang diambil .. aduhhh nyesal lak tak bawa gajet …tapi risau lak bila bawa naik keretapi, risau jadi macam blogger event #VMY2014 … hilang kamera beribu ringgit.

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih Bro Hasrul Hassan…ekekekeke… risau tu mmg risau gak tapi kena jaga gajet baik2…ekekekeke… 😀

  • AyueJean AJ  says:

    Hehehhehhe…
    Cheq Eem semeja ngan kite… =D

    • eshamz halim  says:

      yup…Cheq Eem semeja ngan awak…ekekekeke… dah kenal2 lah ek ngan wife aku…ekekekeke… 😀

  • Alin Marlini  says:

    Salam perkenalan…ada jugak gambar kami…hehehehehe…sorrylah baru nak skodeng…

    • eshamz halim  says:

      ekekekekeke…. salam perkenalan jugak… kat meja ari tu asik borak2 gitu2 jer…ekekeke… 😀

Isikan Komen Anda Disini