MAKNA Founders Night Run 2014

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Jom kita berlari sambil menderma untuk badan kebajikan. Aku dan wife serta geng-geng running yang lain turut serta dalam program kebajikan MAKNA Founder’s Night Run 2014 yang telah berlangsung pada 1 November yang lepas di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Program larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Negara (National Cancer Council) adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan dan menerima bantuan kewangan daripada MAKNA. Bagus sebenarnya program seperti ni sebab korang juga akan dapat menghulurkan bantuan selain daripada dapat bersenam.

Kalau tak silap aku, rasanya ada 5 kategori yang ditawarkan bagi MAKNA Founder’s Night Run seperti Lelaki dan Wanita Terbuka (15 dan 10 km), Lelaki dan Wanita Veteran (15 dan 10 km), Cabaran Korporat (10 km), “Fun Run” dan “Fancyfool Run” (5 km). Program ini sebenarnya bermula sekitar pukul 12 tengah hari dengan pelbagai aktiviti menarik yang dibuka kepada orang ramai dan peserta tetapi larian hanya akan mula dilepaskan mulai jam 8.00 malam mengikut kategori masing-masing.

Aku dan wife seperti biasalah, kitaorg hanya daftar untuk kategori 5km Fun Run jer sebab tak mampu lagi nak tambah kilometer tapi ada juga geng kitaorg yang daftar bagi kategori 10km dan 15km. Dibawah ni peta laluan kitaorg……

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

Seawal pukul 3 petang aku dan wife dah keluar dari rumah menuju ke Putrajaya. Tempat berkumpul adalah di Alamanda bersama Alice, Zakiah dan Asyraf, boleh lepak-lepak dulu sementara nak tunggu masa larian. Sekitar pukul 6 petang, barulah kitaorg semua menuju ke Kompleks Sukan Air dengan cabaran untuk mencari tempat letak kereta…hihihihi.. 😀 Larian bagi 5km akan bermula pada pukul 8.40 malam dan sementara itu seperti biasalah, aktiviti bergambar adalah diwajibkan. 😀

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimBaju larian warna merah jambu yerr……..hihihihi… 😀

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimGroupfie di pentas dulu sebelum mula berlari.

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimBergambar bersama geng baru Bro. Asyraf.

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimGeng-geng tetap bagi aktiviti larian.

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimWife sedang mendandankan rambut Alice…

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimKaunter pihak penganjur..

Akhirnya tepat pada pukul 8.40 malam, barulah kitaorg mula mengorak langkah berlari-lari anak menyusuri laluan yang telah ditetapkan.

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimOk!.. Jom berlari….

Aku dan wife berjaya menamatkan 5km larian dengan masa 60 minit termasuklah kitaorg berhenti bergambar sepanjang laluan larian. Cantik sebenarnya permandangan malam hari di sekitar Putrajaya. Di sesetengah laluan larian ada yang sempit dan gelap menyebabkan peserta terpaksa berlari dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalim

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimYup!.. Medal MAKNA Run 2014.

makna-founders-night-run-2014-charity-event-running-event-eshamzhalimGambar wajib bila selesai larian…kasut dan medal. 😀

Selesai jer larian, acara penyampaian hadiah pun bermula bagi kategori 15km dan 10km tapi kitaorg terus mencari kedai mamak disebabkan perut dah menyanyi keroncong. Sempat tonton perlawanan bolasepak antara Pahang dan JDT di kedai sebelum masing-masing gerak pulang ke rumah. 😀

183 total views, 1 views today

4 comments to MAKNA Founders Night Run 2014

  • Khir Khalid  says:

    Bagusnya.. beramal, menyumbang & beraktiviti yg menyihatkan.. nampak meriah & menghiburkan.. Tahniah bro.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Betul tu bro… menyumbang disamping menyihatkan badan…. 😀

  • nanatron14  says:

    rasa best kan kumpul-kumpul medal..
    dulu tu lah hobi aku…hahaha

    • eshamz halim  says:

      Yezzzaaaaaa… itulah matlamat kitaorg….ekekekeke.. 😀

Isikan Komen Anda Disini