Masalah Rumah Atas Angin

Salam,

Rumah atas angin?….. ermmmm!. Bukan kerajaan langit yer dan tiada kaitan dengan Ayah Pin. Rumah atas angin ni sebenarnya istilah yang aku guna bagi rumah-rumah flat, pangsapuri atau condominium. Nak cakap rumah atas tanah, memang ler atas tanah tapi tanah tu dikongsi bersama-sama penghuni yang lain. Lantai rumah kita adalah siling orang lain dan siling rumah kita adalah lantai orang lain. Pangsapuri yang aku & wife tinggal sekarang kitaorg beli. Masa tu harga RM160K, sekarang ni aku tengok harga market untuk rumah aku sekitar RM190K-RM250K. Tinggal kat Shah Alam ni setakat bawah RM300K susah nak dapat rumah teres, kalau teres 2 tingkat lagi ler tak dapat. Dapat tengok jer la kot!. Kitaorg beli pun daripada owner lama, pangsapuri tu pun baru jer 7 tahun usianya.

taman-bukit-pelangi-shamphotographyInilah Pangsapuri rumah kitaorg… 13 tingkat, rumah kitaorg tingkat 12.

Bila dah ada rumah sendiri ni kena ler jaga, kalau apa-apa yang rosak kena ler keluarkan duit sendiri untuk repair. Kalau rumah sewa semua harapkan tuan rumah jer….hihihihi πŸ™‚ . Masalah yang biasa timbul di rumah atas angin ni adalah masalah paip air bocor. Memang tension yer!!.. paip air pulak dah ler dalam dinding, kalau tengok dinding lembap dan berkulat maknanya ada bocor ler tu. Rumah atas kitaorg pun paipnya ada bocor sebab siling tandas, siling bilik dan siling kat dapur rumah kitaorg dah ada tompok-tompok kulat. Inilah masalah rumah atas angin kalau ada paip air bocor jer mesti akan merebak ke rumah yang lain.

Hari tu dah pernah bocor kat bilik air pertama dan lama jugak kitaorg tutup stopcork sebab bilik air tu kitaorg jarang guna. Akhirnya dah repair dah…. ingatkan dah lega la tapi beberapa bulan tu bocor lagi tapi kat tempat lain pulak pastu merebak sampai paip ke sinki dapur. Erm….. tension jugak, lepas repair disini disana lak bocor, lepas repair disana disinun lak bocor. Aku tutup jer stopcorknya, setelah 2-3 bulan owner rumah bawah ketuk rumah kitaorg inform rumah dorang ada air menitis kat dapur dorang, aku pun turun sekali check rumah bawah. Nasib baik owner bawah leh bawak bincang, aku cakap bagi masa 2 minggu untuk aku repair. Aku pon tak suka nak menyusahkan orang lain so aku keluarkan ler duit simpanan ASB untuk repair. Aku pun baru tau paip air kitaorg bocor sampai rumah bawah, kalau tak aku biarkan dulu sementara dapat kumpul budget.

Abis ler kitaorg RM1400 repair paip air kat bilik air Β dan paip utama. Aku suruh plumber tu buat paip baru dari meter terus ke bilik air. Taknak guna paip lama dah sebab paip lama tu low grade dan asik bocor jer. Nak mengelakkan bocor lagi baik tukar paip baru terus kan….. seminggu baru siap pastu 2 minggu rumah kitaorg berabuk, jenuh nak bersihkan rumah. Aku seperti biasa ler, gambar-gambar masa repair ni pon aku snap…ahahahahahaha… jom, aku kongsi ngan korang gambar-gambarnya.

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotographyΒ Β Β Β Β Β Β  paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

paip-bocor-taman-bukit-pelangi-shamphotography

Nanti biler budget dah cukup nak buat paip baru kat dua-dua bilik air, sekarang ni pon dah nampak ada bocor sikit-sikit tapi belum kronik lagi. Saper jadi plumber kat pangsapuri ni memang akan kaya raya….ahahahahaha.. sebab aku dengar ramai gak yang sama problem ngan rumah aku. Memang kena tukar paip air nyer untuk 1 rumah. Ini semua salah developer yang gunakan material low grade untuk tanam dalam dinding. Kalau korang nak beli rumah pangsapuri ni kenalah check betul-betul dengan pemaju ataupun buat research dulu pasal rumah yang kita nak beli.

20 comments to Masalah Rumah Atas Angin

  • Khir Khalid  says:

    In shaa Allah.. mudah2an tiada major repair lagi lepas ni. Mudah2an mandi pun dpt btul2 puas sbb air pun kuat.. πŸ˜€

    • eshamz halim  says:

      Salam saudara Khir, harap2 xde lg yg major repair lepas ni….ekekekeke… tapi tekanan air kat rumah saya mmg kuat, ini pun salah satu punca paip kerap bocor. πŸ™‚

  • anyone  says:

    ko kire baikla, org bawah ketuk umah ko, ckp die pnye dapur ade air menitis, pstu ko xbnyk mulut g btulkn tanpa mintak satu sen pn share ngn org bawah……klu org lain yg kne ni, org yg dapur menitis tu la yg sebok carik kontraktor nk kne btulkn paip org rumah atas, pstu siap die yg bayar full lg….nk dpt share 50-50 pn susah……hai beruntung la org bawah ko dpt jiran atas yg kuat imannye mcm ko……

    hmm…..zaman skrg ni, ade lg org mcm ko ni….. alhamdulillah…aku doakn semoge ko bahagie dn dipermudahkn…amin…

    • eshamz halim  says:

      Biasa la bro.. hidup ni kite kena tak menyusahkan orang nanti baru ler org lain tak menyusahkan kita… πŸ˜€

  • mas  says:

    salam…nak tanya sikitlah. sepatutnya kalu rumah atas angin ni..if ade paip bocor, sape yg kena tanggung yer?

    • eshamz halim  says:

      Salam Mas, kalau kat apartment aku ni, kalau paip air bocor selepas meter air semestinya tuan rumah yang akan tanggung dan jikalau ada paip air yang bocor sebelum meter air pihak JMB atau pengurusan bangunan yg akan tanggung. Bagi kes yang melibatkan rumah atas dan rumah bawah biasanya tuan rumah dimana terdapatnya paip rumah nyer bocor …maka dia yang akan tanggung sebab paip bocor dirumahnya kan… tp kena ler berbincang dgn drg dulu… πŸ˜€ ..harap ini membantu yer…ekekekeke…

  • hazazi  says:

    salam..nk tnya..sy rumah paling ats..syiling bocor time hujan…kos repair under management ke sndri ye?

    • eshamz halim  says:

      Salam, biasanya rumah paling atas ni mesti ada masalah syiling bocor… biasanya kalau bocor tu berpunca daripada stuktur luaran bangunan tu sendiri, management yang harus repair tapi syiling yang dah rosak dalam rumah tu kita yg kena repair sendiri.. management hanya bertanggungjawab pada stuktur luaran bangunan. kerosakan dalaman rumah ..penghuni yang kena repair sendiri.. πŸ˜€

  • Fishal Saud  says:

    salam saudara Eshamz Halim, kalau tak confidential berapa you spent to do stopcork. Paip dari bilik air saya ke balkoni dah bocor, affecting rumah sebelah nak terminate the pipe. thank you

    • eshamz halim  says:

      Salam, biasanya untuk stopcork tak mahal tp upah kontraktor yang mahal.. kalau ada nak hack dinding just utk tukar pain atau stopcork tu dalam 3-4 ratus… tapi kebiasaannya harga depend pada kontraktor sbb drg akan check dulu banyak mana yg perlu dibuat… nasihat saya dapatkan harga 2 kontraktor pastu pilih mana yang bagi harga murah dan kerja yg berkualiti.. πŸ˜€

  • Adnan  says:

    Salam tuan, siling dapur rumah saya menitis didapur hampir 4 bulan. Jmb berkali hantar surat rumah atas suruh repair tp rumah atas buat bodo jerkk. Sy dh ketuk rumah atas bgtau tp lps tu senyap jer. Sy sanggup biaya 50/50. Sy bercadang utk hantar legal notice utk jiran yg mmg x mcm jiran n x prihatin itu utk beliau menanggung kesusahan sy dan biayai segala mcm kos2 nanti. Apa pendapat saudara. Jiran sy cayanun alif tu. Terima kasih hrp dpt membantu.
    Wassalam.

  • fadzliana  says:

    Punya masalah yg sama dgn saudara adnan. Ada ke legal action yg kita boleh ambil untuk orang2 ignorant macam ni?

    • eshamz halim  says:

      Susah nak amik tindakan pada orang yang camni… apa yg boleh pun report pada JMB jer tp kebiasaanya takde apa2 tindakan pon…. tapi kalau nak amik legal action tak sure la pulak…. πŸ˜€

  • Shuk  says:

    Paip umah ko ni sama dgn paip umah aku.. jenis ABS.. tapi sekarang dah tak pakai dah paip ni sebab jangka hayat dia 5 tahun je, lepas tu mula retak dan pecah2.. so umah aku tu masa aku beli sub-sale dah berumur 4 tahun.. masuk tahun ni mula bocor sana sini.. mmg bocor la poket.. ni pun ada bocor lagi baru ni.. tgu aku ada modal baru bleh repair.. mujur jiran bawah yg bgtau dan dia pun boleh tolak ansur.. kesian la jugak sbb siling bilik dia berkulat.. tp aku pun bukan ada modal nak repair jam tu jugak.. hmmm…

    • eshamz halim  says:

      Yup… sama lah masalah rumah kita… dah jenuh asik nak repair paip air jer… skrg pun bocor lagi tp cuma tutup stopcork jer dulu… rumah bawah dah bising2 dah…hihihihihi… πŸ˜€

  • cik puan nadila  says:

    salam, rmh sy bocor di bahagian depan, betul2 kat pintu gril. dah byk kali call owner atas tp xde tindakan, sy risau air dah bertakung kt laluan depan n dah sampai naik lumut. kalau harga bpatutan sy xkisah repair sendiri. risau bahaya kena renjatan elektrik @ jatuh sb licin.

    • eshamz halim  says:

      Problem paip air dirumah saya..sampai skrg tak selesai lagi…

  • Dila  says:

    Mcm mne kalau punca paip bocor dari rumah atas, rumah atas tambah bilik air dalam bilik tidur (plan asal tiada bilik air). Dh repair, now jd lg..kos kami yg tanggung, orang atas langsung tidak beri kerjasama sedangkan punca dari dia. Bila dah secong jadi, kami taknak tanggung lg kos repair, tp di sebabkan owner atas pun taknak tanggung, apa yg boleh kami buat? Boleh saman ke org atas?

    • eshamz halim  says:

      Masalah ni akan menjadi lebih teruk kalau owner rumah atas taknak bagi kerjasama…mmg leceh…boleh jer ambil tindakan pada owner atas..cuba ler report kat tribunal ataupun majlis perbandaran…laporkan jer rumah atas buat perubahan plan rumah dah menyusahkan rumah bawah. Boleh jer saman tp takut kes berlanjutan lama ler… πŸ˜€

      • Apok  says:

        JMB atau pengurusan bangunan patut ambil tindakan untuk ‘clamp’ meter air rumah atas yang tak nak repair kebocoran paip air pada lantainya dan siling kepada rumah bawah tu….kos baiki memang rumah atas kena tanggung sepenuhnya sebab paip air dia…memang dia tak rasa kesusahan dari kebocoran paip tu sebab air mengalir ke rumah bawah….tu la pentingnya JMB perlu main peranan sebagai org tengah utk rumah atas angin….klu tak orang bawah memang naik angin tak sudah…

Isikan Komen Anda Disini