Meneroka Dunia Sains Di Petrosains KLCC

Salam,

2 minggu lepas banyak betul aktiviti so memang tak sempat nak update blog, pastu biler depan laptop jer otak jadi tepu…. Istilah popularnya dipanggil “Writer’s Block”. Banyak cerita yang nak dikongsi tapi signal wifi dari otak ke jari jemari tak sampai. Ntah kat mana ntah signal lost….ahahahahaha.. minggu ni ada ler masa sket pastu signal pun running smooth.

Sapa yang dah pernah gi Petrosains?… jangan korang angkat tangan lak depan monitor!.. aku tak nampak pun…hihihihi. Petrosains terletak di Suria KLCC yer… dulu aku selalu lepak kat Suria KLCC tapi tak pernah terpikir pun nak masuk Petrosains. Opis aku ada nak buat lawatan ke Petrosains hujung bulan lepas tapi terpaksa dibatalkan sebab takde sambutan so aku pun ajak wife aku jer lah kesana. Wife aku ni kemana jer aku ajak, dia ok jer…senang kan?…hihihihi. 🙂

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

Sampai di KLCC dalam pukul 12 tengahari dan terus menuju ke Petrosains di tingkat 4 untuk beli tiket. Tiket dijual mengikut tempoh perbezaan 30 minit maybe sebab taknak bagi sesak kat dalam tu dan kitaorg dapat tiket pukul 1 petang. Apalagi merayap la dulu kan pastu ronda-ronda kedai kasut, masa ni nak cari kasut untuk water aktiviti sebab nak gi White Water Rafting nanti…ekekekeke. Korang mesti nak tahu berapa harga tiket kan?…..tengok kat bawah ni haaa…

Harga Tiket Petrosains KLCC

harga-tiket-masuk-petrosains-klcc-eshamzhalim

Kalau korang ada Kad Mesra Petronas, sila tunjukkan pada orang yang jaga tiket tu sebelum beli sebab nanti akan dapat diskaun 15% untuk setiap harga tiket. Wife aku pemegang Kad Mesra Petronas, kitaorg dapat diskaun 15% so kitaorg just bayar RM25.40 jer untuk 2 orang….kalau tak mesti kena bayar RM30.

Kitaorg beratur nak masuk jer dah 1 jam sebab ramai giler masa tu, cuti sekolah kan… silap budget lak aku tapi gigih jer kitaorg beratur. Jenuh gak beratur sebab kena naik Dark Ride (ala-ala roller coster tapi slow giler). Akhirnya sampailah ke tempat permulaan perjalanan di Petrosains.

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyTempat bermulanya pengembaraan di Petrosains….jeng..jeng…jeng….

Ada 10 bahagian yang akan kita lalui di Petrosains ni nanti, aku pun maleh nak cite panjang pasal bahagian-bahagian ni…korang boleh baca kat link Petrosains jer lah —-> Klik sini. Menarik jugak tempat ni, macam-macam benda yang boleh belajar dan ada juga benda-benda yang kita langsung tak pernah tahu. Sempat gak kitaorg bergambar dengan Albert Einstein tau….hihihihihi..

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

Korang mesti nak tau kenapa wife aku letak tangan kat cermin bulat tu kat gambar atas ni kan?…. Jom tengok video kat bawah ni kalau nak tau sebabnya…

Hebat kan hologram ni…ala-ala cite Star Wars kan… 😀

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyCheq Eem sedang cuba matikan Bom Atom… hihihihihi…

Jalan punya jalan, tertiba terus merentas masa ke cite Jurassic Park pulak. Ada dinasour T-rex ooooo… siap boleh menyanyi lagi dinasour tuuu. Jom tengok gambar lagi…. 😀

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyT-rex ni boleh menyanyi dan bergerak-gerak tau…… hebat sungguhhhh….ahahahahaha..

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotographySabertooth Tiger…. miowww…. 😀

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

Kat bahagian ni ada banyak info pasal era dinasour dan banyak jugak fosil haiwan dan serangga pada era dinasour dulu. Seronok jugak, rasa macam jadi kanak-kanak semula…ahahahahahaha… yer lah kan…zaman aku membesar dulu mana ler ada tempat camni, yang ada pun Pusat Sains jer dulu pun. Lepas tu aku ngan wife pun meneruskan lagi perjalanan ke bahagian Sparkz, aku rasa bahagian ni memang happening dan penuh dengan kanak-kanak. Memang seronok kat bahagian ni sebab kanak-kanak boleh belajar tentang sains sambil bermain mainan sains di sini.

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyTak sangka lak, member opis pon ada gak kat sini gak…cuba korang cari mamat yang tgh amik gambar aku guna dslr siap speedlite. Aku dah jumpa gambar hang la Huzairi…ahahahahahaha…

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotographySpark….

Di bahagian ini jugak ada pertunjukan eksperimen sains khas untuk pengunjung dewasa atau kanak-kanak. Sangat berilmu dan menarik pertunjukan sainsnya. Aku rekodkan video ni untuk dikongsikan dengan pembaca blog semua….Jom tengok video lagi…best ooooo… zasssss…… (jangan lupa kuatkan suara speaker)

Lepas abis pertunjukan sains terus kitaorg tunggu untuk naik ke simulator roller coaster. Bayaran untuk simulator ni ialah RM3 seorang (harga tiket dewasa, kanak-kanak x sure lak). Pendapat aku la kan, rasa rugi lak naik simulator ni…takde la best mana pun, cuma duduk dengan skrin besar pastu badan simulator bergerak ikut pergerakan roller coaster dalam skrin tu. Simulator tu dalam gambar kat bawah ni haaa…tapi kalau nak merasa naik simulator ni ok jer…. 😀 ..

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

Keluar dari simulator jer terus gi bahagian pelantar carigali minyak lak…..banyak besi-besi yang berat giler kat sini…mata gerudi yang besar-besar semuanya. Patut ler orang yang kerja pelantar minyak ni gaji besar kan sebab main dengan peralatan yang besar-besar. Jom tengok gambar sekeping dua……

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyTengok tu….besarkan mata gerudinya!…

Kat sini pulak ada jugak pertunjukan eksperimen sains pasal proses pembakaran dan 3 komponen yang diperlukan untuk pembakaran berlaku. Wife aku siap jadi volunteer tuuuu… jom tengok video kat bawah….

Bahagian seterusnya ialah SPEED, aku rasa kat sini yang paling best sebab semuanya berkaitan dengan F1 Petronas. Ada game racing lagi… memang best..

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyHotwheel…. tapi kereta kena pasang sendiri yer…

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyTengah siap nak race… tunggu kereta tak sampai-sampai lagi… 😀

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

petrosains-petronas-klcc-shamphotographyKat sini rupanya dorang park kereta aku….

Dan yang paling aku suka kat bahagian ni sebab ada simulator game racing……..syokkkkk ooooooooo…. bayar seorang RM2 jer untuk sekali race…. nak tau camner rupanya simulator racing tu tengok gambar kat bawah ni….

petrosains-petronas-klcc-shamphotography

Kalau korang nak tau camner fungsinya simulator ni, jom tengok video kat bawah ni…aku ngan wife tengah racing….hihihihihi…

Banyak lagi bahagian-bahagian yang aku takde amik gambar sebab kurang cahaya. Dalam Petrosains ni juga ada cafe untuk singgah mengisi perut yang kosong atau yang nak menghilangkan dahaga, harga pun ok aku rasa…tak murah dan tak mahal. Aku rasa memang sesuai dan berbaloi bawa anak-anak korang ke sini, sambil bermain dapat belajar mengenai sains. Biler dah masuk sini memang tak cukup sejam atau 2 jam yer… dinasihatkan untuk datang sebelah pagi sebab banyak masa sket untuk teroka dunia sains di sini. Aku ngan wife pon masuk pukul 1 pastu pukul 5 lebih baru keluar, memang langsung tak terasa lama kat dalam tu.

Aku rasa Petrosains adalah sebuah taman permainan yang besar untuk orang dewasa dan kanak-kanak, memang seronok dan bermanfaat. 1 tempat yang wajib pergi seisi keluarga. 🙂

5 comments to Meneroka Dunia Sains Di Petrosains KLCC

  • Khir Khalid  says:

    Mmg best berjalan di petrosains tu kan.. terasa mcm pelajar aliran sains pulak.. rasa genius je bila kluar situ hehee. Mmg bnyk ilmu & info yg menyeronokkan.. Nice sharing saudara Sham.. 🙂

    p/s: bila tengok gmbar dengan gerudi tu, teringat cerita armageddon.. drill tahi bintang.. 😀 😀

    • eshamz halim  says:

      hihihihihi…. saudara Khir, mmg seronok..terasa cam back to school lak… banyak boleh belajar kat situ.. kalau bawak anak-anak mesti seronok nyer…. macam2 permainanan ada dalam tuu… 😀 .. terus rasa ala-ala genius jer pas kuar dari situ…ahahahahaha…

      p.s: berat giler gerudi tuuu…mmg khas tuk drill batu bwh laut nyer…. :):D

  • atiehilmi dot com  says:

    wah !! best nye.. jumpa plak entirn i masa anak dah cuti sekolah.. memang kena bawak pergi sini..

  • Fazleen  says:

    Tq tgh review nak bawak anak umur 4thn gi bcuti di kl, pusat sains tutup renovat jd nak bawa anak gi sni mcm seronok jgk

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama… mmg seronok Petrosains tu… sesuai untuk kanak-kanak.. 😀

Isikan Komen Anda Disini