Menjejaki Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Lama juga jari jemari ini tidak berdansa di papan kekunci, boleh dikatakan banyak juga entri yang masih tergantung dan belum dicoretkan di sini. Bukannya aku dah berhenti menulis tetapi kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian dan ditambahkan pula mood untuk menulis itu tertinggal jauh nun di banjaran himalaya. Entri ke Annapurna Base Camp pun masih terperam lagi. InshaAllah, aku akan cuba kuatkan semangat untuk kembali aktif menulis….hihihihihihi… 😀

Buat masa sekarang, jom aku ceritakan kisah pengembaraan terbaru kami. Baru-baru ini aku dan wife sempat berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Memang dah lama sebenarnya terniat untuk datang ke sini dan alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman negara oleh kerana wife ada urusan kerja di Pulau Pinang. Aku rasa mesti ada segelintir yang masih tidak tahu bahawa Pulau Pinang juga mempunyai taman negaranya tersendiri walaupun tidak sebesar taman negara di Pahang. Berbeza dengan taman-taman negara yang ada di Malaysia, Taman Negara Pulau Pinang adalah taman negara yang terkecil dan satu-satunya terletak di tepi laut. 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSuasana pagi di Jeti Teluk Bahang.

Pintu masuk ke taman negara ini adalah di Teluk Bahang. Rasanya tidak perlu untuk aku terangkan secara terperinci bagaimana untuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Bagi yang memandu, lebih mudah sekiranya menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk ke sana. Perjalanan dari George Town ke taman negara atau ke Teluk Bahang akan mengambil masa sekitar 45 minit melalui kawasan bandar dan kampung di sepanjang jalan pesisir pantai bandar Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi sehinggalah ke Teluk Bahang. Kemudahan parkir kenderaan ada juga disediakan bersebelahan dengan pintu masuk ke taman negara yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Bahang dengan bayaran RM3 untuk sekali masuk. Bagi yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, boleh menaiki bas dari Terminal Feri ataupun di Komtar dan boleh juga memilih untuk menggunakan perkhimatan teksi atau  perkhidmatan ‘e-hailing‘ (Grab atau Uber) untuk ke Teluk Bahang.

Taman Negara Pulau Pinang sememangnya menawarkan pelbagai lokasi yang menarik untuk melakukan aktiviti-aktiviti santai seperti berkelah atau berkhemah serta aktiviti lasak seperti aktiviti merentis (trekking) ke Rumah Api Muka Head atau ke Pantai Kerachut ataupun pendakian (hiking) ke Bukit Batu Hitam . Antara lokasi-lokasi menarik di Taman Negara Pulau Pinang adalah seperti Pantai Kerachut, Teluk Kampi, Pantai Teluk Duyung, Pantai Teluk Aling, Pasir Pandak, Teluk Tukun, Titian Kanopi, Pusat Konservasi Penyu, Tasik Meromiktik dan Rumah Api Muka Head.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachPanduan rentis.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachAda 2 trek utama yang disediakan untuk aktiviti merentis.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachKemudahan asas dan aktiviti yang boleh dilakukan mengikut lokasi.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachBagi yang gemarkan aktiviti pendakian, bolehlah mencuba trek ke Bukit Batu Hitam.

Ada 2 trek utama yang disediakan untuk aktiviti merentis yang bermula dari pintu masuk taman negara iaitu trek menuju ke Rumah Api Muka Head dan juga ke Pantai Kerachut atau Teluk Kampi. Setiap trek ini akan mengambil masa yang lama dan rasanya agak mustahil untuk menghabiskan kedua-dua trek ini dalam masa sehari kecuali bagi yang menggunakan perkhidmatan bot.

1. Pasir Pandak->Sungai Tukun->Teluk Aling/USM->Teluk Duyung (Monkey Beach)->Rumah Api Muka Head.

2. Pasir Pandak->Tasik Meromiktik->Pantai Kerachut->Teluk Kampi.

Bagi kunjungan kali pertama ini, destinasi pilihan aku dan wife adalah untuk ke Rumah Api Muka Head (Muka Head Lighthouse) yang terletak di Pantai Teluk Duyung atau lebih popular dengan nama Monkey Beach.

Taman Negara Pulau Pinang dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hinggalah pukul 5 petang. Meskipun tiada sebarang bayaran dikenakan tetapi para pengunjung diwajibkan untuk mendaftar masuk terlebih dahulu di Pusat Pelawat (Visitor Centre) yang disediakan oleh Jabatan Perhilitan serta akan dibekalkan dengan peta merentis sebagai panduan. Bagi yang ingin merentasi Titian Kanopi (Canopy Walkway), akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak) serta tiket hendaklah dibeli terlebih dahulu semasa mendaftar masuk tetapi buat masa sekarang Titian Kanopi masih lagi ditutup untuk proses penyelenggaraan. Tidak pula dinyatakan bila Titian Kanopi itu akan dibuka semula.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSila daftar dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachKaunter penerangan dan pendaftaran Taman Negara Pulau Pinang.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachPejabat Taman Negara Pulau Pinang.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachKayu peramal cuaca yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang.

Berpandukan peta rentis yang dibekalkan, perjalanan dari pintu masuk ke Rumah Api Muka Head adalah sejauh 4.7km sehala dan akan mengambil masa sekitar 2 jam. Permulaan trek dari pintu masuk akan menyusuri laluan bersimen dan seterusnya akan menyeberangi 2 jambatan di Pasir Pandak dan juga di Sungai Tukun. Di penghujung setiap jambatan ada disediakan papan arah sebagai panduan supaya pengunjung sentiasa berada di trek yang betul. Di pertengahan trek akan melalui laluan hutan dan juga laluan di persisiran Pantai Teluk Aling yang menempatkan Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMAC), Universiti Sains Malaysia (USM).

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachJambatan Pasir Pandak.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach70% laluan trek melalui tepi pantai.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachLayan angin laut sekejap…hihihihihi… 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSungai Tukun.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachAir sedang surut.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachCantik kan bergambar kat sini?… 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachJambatan Sungai Tukun.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachPusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMAC), Universiti Sains Malaysia (USM)

Dari Pantai Teluk Aling, kami kembali menyusuri trek hutan sehinggalah sampai di Pantai Teluk Duyung atau Monkey Beach. Pantai Teluk Duyung (Monkey Beach) ada menyediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang ingin bermalam dan juga gerai-gerai makan. Pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki bot dari Teluk Bahang (Taman Negara) dan terus ke Pantai Teluk Duyung sebelum menuju ke Rumah Api Muka Head. Perjalanan menggunakan bot hanya mengambil masa lebih kurang 10-20 minit dan bayaran tambang bot untuk ke Pantai Teluk Duyung adalah sekitar RM5 atau RM10 sehala bagi seorang penumpang. Kebiasaannya, pemandu bot akan caj harga perjalanan sehala sekaligus mengikut 1 bot walaupun bilangan penumpang kurang atau cukup. Jika penumpang ramai, tambang akan menjadi murah tetapi sekiranya hanya berdua atau bertiga harga tambang akan menjadi mahal.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachLaluan trek di tepi pantai.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSedang merenung jauh ni….hihihihihi.. 😀

Permulaan trek untuk ke Rumah Api Muka Head bermula dari hujung persisiran Pantai Teluk Duyung (Monkey Beach) dan akan mengambil masa sekitar 30 minit hingga ke 1 jam bergantung kepada stamina masing-masing melalui laluan tangga-tangga batu. Kebanyakkan laluan trek telah ditutupi sepenuhnya dengan pokok-pokok tumbang dan akan melambatkan lagi perjalanan naik ke atas.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachJangan lupa layan air kelapa di sini lepas turun dari rumah api…. 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachTapak perkhemahan untuk disewa.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachPantai Teluk Duyung @ Monkey Beach.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachTrekking menyusuri tepi pantai…hihihihihi.. 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachBatu tanda aras ke rumah api.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachLayan tangga hingga ke rumah api.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachWife dah penat layan tangga….hahahahahaha… 😀

Rumah Api Muka Head telah dibina pada tahun 1883 dengan harga £ 37,929 dan ianya terletak di ketinggian 242 meter dari paras laut. Rumah Api Muka Head akan dibuka untuk lawatan mulai pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 3 petang tertakluk kepada penjaga rumah api tersebut berada di situ dan setiap pengunjung perlu menulis nama di buku rekod yang disediakan sebelum masuk ke rumah api untuk naik ke atas. Permandangan panaroma 360 darjah di atas Rumah Api Muka Head memang cukup cantik dan dikatakan juga sekiranya cuaca mengizinkan, pengunjung boleh melihat dengan jelas Pulau Langkawi dan juga permandangan sejauh ke Sumatra, Indonesia. Aku pun tak pasti apa yang aku nampak dari situ tetapi memang seronok bersantai di atas sambil menikmati permandangan laut di samping melayan angin laut sepoi-sepoi bahasa….hihihihihihi… :D.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachWaktu lawatan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang sahaja.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSampai juga akhirnya di Rumah Api Muka Head. 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachJom naik atas tapi sebelum itu, jangan lupa tulis nama di buku rekod.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachDi dalam rumah api.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachPermandangan 360 darjah.

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachUwekkkkk!!!!…hahahahaha… :p

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachCuaca memang tengah panas masa ni.. 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSalute!!!!… 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach🙂

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachLayan angin laut…  😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachSalute lagi!!… hihihihihi :p

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachMenarik tak permandangan kat belakang tuuuu??…. 😀

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beachPermandangan dari atas rumah api.

Aku dan wife menghabiskan masa lebih kurang 5 jam untuk perjalanan pergi dan balik. Alhamdulillah, cuaca juga memang cukup cantik walaupun panas terik. Sempat juga lepak di salah satu gerai yang terdapat di Pantai Teluk Duyung sambil menghirup air kelapa sejuk….hihihihihihi… 😀 Bagi sesiapa yang berkesempatan berada di Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah di Taman Negara Pulau Pinang dan luangkan masa walaupun hanya untuk bersantai di tepi pantai.

Ok!..mesti dah habis baca dan layan gambar kan?… Jom layan video kami di sana!…… 😀

Sedikit informasi mengenai Taman Negara Pulau Pinang:

  • Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di hujung barat laut Pulau Pinang menjangkau keluasan 1,213 hektar tanah dan laut serta digunakan oleh ahli-ahli sains, penyelidik dan juga pencinta alam untuk meneroka khazanah semula jadi.
  • Dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh dan menjadi habitat semulajadi untuk 417 flora dan 143 spesies fauna.
  • Taman Negara Pulau Pinang adalah kawasan perlindungan pertama yang diwartakan secara sah pada tahun 2003 di bawah Akta Taman Negara Malaysia 1980, menandakan usaha perlindungan alam sekitar kerajaan dan negeri.
  • Taman Negara Pulau Pinang telah ditubuhkan untuk memelihara dan melindungi flora dan fauna serta objek yang mempunyai kepentingan geologi, arkeologi, sejarah, etnologi, saintifik dan keindahan semulajadi.
  • Tarikan semulajadi taman ini termasuklah bukit dan hutan dipterokarpa tanah rendah, kawasan hutan bakau, habitat pantai berpasir, tasik meromiktik bermusim dan laut pantai terbuka.
  • Pokok-pokok Dirian Seraya (Shorea curtisii) adalah habitat biasa yang terdapat di dalam hutan dipterokarpa pantai dan boleh dilihat dengan mudah di cerun curam sekitar Muka Head.
  • Terdapat lebih daripada 1000 spesis tumbuhan direkodkan yang didominasi oleh spesies keluarga Dipterocarpaceae, Leguminosae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.
  • Semua aktiviti pembalakan dihentikan pada tahun 1996 dan pembiayaan awam Malaysia telah diperuntukkan untuk membangunkan Taman Negara Pulau Pinang.
  • Pusat Konservasi Penyu di Pantai Kerachut adalah di bawah pengurusan Jabatan Perikanan dan spesies penyu yang terdapat di sini adalah Penyu Agar dan Penyu Lipas.
  • Tasik Meromiktik yang terletak di Pantai Kerachut ini mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan, yang mana air laut akan berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas. Di dunia hanya terdapat dua tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu di Pulau Pinang dan Australia.
  • Spesies yang boleh ditemui di Taman Negara Pulau Pinang adalah seperti Tupai Kerawak, Memerang Licin, Pelanduk, Tenggiling, Ular Sawa dan beberapa spesies burung seperti Helang Siput, Pekaka Belukar, Murai Batu dan Punai Tanah.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Taman Negara Pulau Pinang, silalah berhubung dengan:

Penguasa
Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang
11050 Pulau Pinang
Tel: 04-881 3530 / 04-881 3500
Faks: 04-881 2016
E-mel:[email protected]

Isikan Komen Anda Disini