Menuju Puncak Gunung Datuk, Rembau

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra

Nan senteng dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan” bermaksud “Yang pendek dipanjangkan, Yang panjang dipendekkan, Yang rosak dibetulkan”. Kemungkinan maksudnya kurang tepat tapi aku sentiasa bersedia untuk menerima komen dan pandangan sekiranya maksud bidalan di atas perlu diperbetulkan. Apakah makna tersirat disebalik kata-kata bidalan itu?…. ermmm…. sehingga sekarang aku masih belum jumpa jawapannya. Mungkin anak-anak nogori boleh memberi pencerahan…. 😀

Pastinya sesiapa yang pernah mendaki Gunung Datuk, mesti akan terbaca kata-kata bidalan di atas. Gunung Datuk atau dikenali juga sebagai Gunung Beradat ini di antara pergunungan yang terdapat di Negeri Sembilan. Terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin serta mempunyai ketinggian 2900 kaki (884 meter) dari paras laut.

Menurut sejarah, sekitar tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Datuk-Datuk Lembaga. Dalam perhimpunan itu Datuk Perpatih melantik Datuk-Datuk Undang dan Datuk-Datuk Lembaga untuk semua kawasan yang telah menerima sistem Adat Perpatih. Dikatakan setelah selesai upacara pelantikan, Datuk Perpatih dikatakan telah ghaib. Penduduk-penduduk di kaki gunung itu mendakwa nama Gunung Datuk itu adalah diambil sempena nama Datuk Perpatih Nan Sebatang dan nama Gunung Datuk lebih dikenali ramai berbandingkan dengan nama rasminya iaitu Gunung Rembau. Pastinya setiap gunung ada menyimpan rahsia dan mitos tersendiri yang menjadikan sesebuah gunung itu unik dengan lipatan sejarah yang tersimpan berabad lamanya.

Antara keistimewaan yang terdapat di puncak Gunung Datuk ialah kesan tapak kaki Lagenda Pahlawan Melayu, Datuk Laksamana Hang Tuah dan juga permandangan 360 darjah sehingga boleh kelihatan kapal yang sedang belayar di Selat Melaka jika cuaca mengizinkan. Menurut sumber yang aku perolehi, hanya terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki Hang Tuah di atas batu besar iaitu di Tanjung Tuan, Port Dickson dan di Gunung Datuk, Rembau. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Hang Tuah melompat dari Gunung Datuk ke Tanjung Tuan tetapi kesahihan kisah ini tetap menjadi misteri sehingga sekarang dan sering dipertikaikan samaada ianya adalah sejarah ataupun mitos.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresBekas tapak kaki Lagenda Pahlawan Melayu, Datuk Laksamana Hang Tuah…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresPermandangan 360 darjah di Puncak Gunung Datuk.

Sekali lagi, aku dan wife bersama-sama Team Lesvoyageurs dan juga Team Urbanescapers berpadu tenaga dan melakarkan pengalaman di Gunung Datuk. Seawal pagi kami sudah berkumpul di RnR Seremban sebelum menuju ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Daripada Lebuhraya Utara Selatan, keluar melalui Exit Pedas/Linggi. Selepas Plaza Tol, teruskan perjalanan ke arah Rembau dan akan jumpa papan arah ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Rasanya, jarak Hutan Lipur Gunung Datuk dari Exit Pedas/Linggi hanya beberapa kilometer jer. Kawasan meletak kereta di Hutan Lipur Gunung Datuk ni agak terhad dan dinasihatkan supaya datang awal ataupun carpool. Bayaran permit mendaki sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap pendaki dan nama juga perlu direkodkan di pondok ranjer sebelum memulakan pendakian.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresHutan Lipur Gunung Datuk dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kedai makan, dewan terbuka, parkir kereta, kawasan perkhemahan dan juga tandas serta bilik mandi.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresTerserempak dengan Bro.John di Hutan Lipur Gunung Datuk. Guide kami semasa di Gunung Berembun, Negeri Sembilan.

Trek sepanjang 2.8 km dari bawah hingga ke puncak akan mengambil masa sekitar 2 jam setengah bergantung kepada stamina individu. Trek masuk akan melalui sebatang sungai yang perlu diseberangi sebelum mula pendakian.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresTrek permulaan untuk mendaki selepas jambatan ni…

Laluan treknya yang agak lurus serta jelas membuatkan ianya senang untuk diikuti tanpa memerlukan khidmat guide. Permulaan pendakian bagi tempoh satu jam yang pertama dengan melalui trek yang mencanak naik sememangnya cukup memberi cabaran kepada setiap pendaki sebelum menempuh trek yang lebih landai dan santai. Rasanya trek Gunung Datuk hanya ada satu check-point sekiranya pendaki ingin berhenti berehat sebelum kembali mendaki.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresIni jer check-point yang ada tapi dah tinggal bumbung jer…hihihihi… 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresBanyak jugak pokok yang tumbang…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresIni di antara trek yang agak landai…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresStop!!!.. kita bergambar dulu…

Semakin lama mendaki, semakin kelihatan batu-batu besar yang menghiasi permandangan mata dan ini sebenarnya menandakan bahawa kami sudah hampir ke puncak Gunung Datuk. Langkah demi langkah, akhirnya, aku dan wife berjaya sampai di puncak Gunung Datuk walaupun agak jauh ketinggalan di belakang rakan-rakan yang lain. Asyik bergambar jer kan?!…hahahahaha.. 😀 Sesak sepanjang trek sebab memang penuh dengan pendaki-pendaki yang lain.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresGunung Datuk…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresTangga pertama untuk naik ke puncak…

Di puncak Gunung Datuk terdapat banyak batu-batu besar dan juga ada kawasan lapang untuk berehat sebelum naik ke puncak yang paling tinggi dengan menggunakan tangga yang telah disediakan. Memang agak seram untuk naik ke puncak bagi mereka yang mempunyai masalah gayat dan paling seram lagi apabila perlu memanjat tangga menegak dengan sudut 90 darjah yang bergoyang walaupun telah diikat menggunakan tali. Aku rasa memang cukup berbaloi apabila dapat berdiri di Puncak Gunung Datuk sambil menikmati permandangan 360 darjah yang mengelilingi gunung itu. Wife aku memang tiada masalah gayat tapi di puncak Gunung Datuk secara tiba-tiba jer bertukar menjadi seorang yang gayat…hahahahaha.. 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresTangga kedua untuk naik ke puncak…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresTangga ketiga untuk naik ke puncak…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresPermandangan dari atas puncak.

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventures3 jejaka macho…hihihihi.. 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresWife aku peluk ida sebab gayat….hihihi.. 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresSalute!!!….

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresMuka orang gayat… taknak berdiri katanya… 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresPermandangan dari puncak..

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresPermandangan dari puncak..

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresGo.. Go.. Power Rangers…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresYeahhhhh!!!!…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresMasing-masing kacak bergaya bersama kacamata Knockaround.
Dari kiri depan: Din, Jasper, Ida, Hisyam dan Fareeza
Dari kiri belakang: Amar, Bella, Cheq Eem dan Eshamz Halim

Terima kasih juga kepada Din Knockaround kerana sudi menaja kacamata rasmi kami pada hari itu dan kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Kacamata Knockaround yang menawan ini, bolehlah layari laman blog kckmy.blogspot.com ataupun Online Store trendboulevard.my untuk membuat tempahan serta maklumat lebih yang lanjut. “Anda pasti lebih bergaya dengan Knockaround”. Jangan lupa follow knockaroundmy di Instagram.

Pengembaraan kami diakhiri dengan acara makan-makan sebelum mula bergerak turun daripada Gunung Datuk. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi makanan dan pastinya makanan yang paling sedap adalah makanan yang dimakan bersama rakan-rakan, lebih-lebih lagi ketika berada di puncak gunung…hihihihihi.. 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresTrail Menu kali ni….. 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresLepak sambil menikmati nescafe panas….

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresJom makan…. 😀

Perjalanan turun rasanya lebih kurang 2 jam disebabkan kami banyak berhenti berehat dan juga bergambar….hihihihi.. 😀

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresBerhenti bergambar dulu…

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresBergambar lagi…..

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventuresMemang banyak pokok-pokok besar di Hutan Lipur Gunung Datuk.

Alhamdulillah, semua selamat turun daripada Gunung Datuk dengan jayanya. Laluan trek di Gunung Datuk dari bawah hingga ke puncak memang sangat jelas dan senang untuk diikuti tetapi kebelakangan ni banyak jugak kes pendaki hilang disebabkan tersesat jalan. Walaupun tiada kes yang kronik tetapi kejadian ini sebenarnya perlu dipandang serius di kalangan pendaki-pendaki amatur mahupun profesional. Setiap pendaki perlu memastikan segala keperluan asas pendakian haruslah dibawa sekiranya perlu berdepan dengan apa-apa kecemasan yang berkemungkinan akan berlaku. Nasihat daripada aku, janganlah memandang rendah kepada sesebuah bukit atau gunung itu walaupun kita telah berkali-kali mendakinya kerana setiap pendakian itu tetap akan memberi cabaran serta pengalaman yang berbeza. Jaga tingkahlaku dan jagailah kebersihan alam semulajadi kerana manusia dengan alam sentiasa memerlukan satu sama lain… 😀

27,484 total views, 4 views today

46 comments to Menuju Puncak Gunung Datuk, Rembau

  • vitaminsno1gnor  says:

    indahnya dunia ciptaan Tuhan. Kak suka sangat baca blog kamu… jemput datang ke blog kak ye.. tq

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih kerana sudi baca blog saya kak… InshaaAllah, nanti saya singgah ke blog akak yer… 😀

      • min  says:

        hello do we need to apply permit before that?

        • eshamz halim  says:

          No need… you just pay the permit (RM5) at the ranger hut there before hike. 😀

          • Wan sic  says:

            Ptg boleh naik x?

          • Wan sic  says:

            Ptg b0leh naik x?

          • eshamz halim  says:

            Petang boleh jer naik tp elok ler naik awal pagi….naik petang kang nak turun gelap pulak… 😀

  • khairuddinlimm  says:

    saya suka gunung rembau…

    • eshamz halim  says:

      yeahhhh!!!!!… rembau most wanted bro…hihihihihi.. 🙂

  • Blogger Babyface  says:

    wah.nampak menarik dan mencabar juga sepanjang pendakiannya. dah lama tak daki gunung ni. rasa teringin lak

    • eshamz halim  says:

      Setiap gunung ada cabarannya tersendiri bro…. biler belum daki semangat bro tp biler dah separuh jalan mesti akan kata “Kenapalah aku naik gunung ni?…” ahahahahaha.. 😀

  • syirah  says:

    abang esham gunung datuk single track ke? bole ke kalo aci redah tanpa guide? 😉

    • eshamz halim  says:

      Single trek jer…boleh jer naik tanpa guide… 😀

  • Huun Yoo Riders  says:

    angin di puncak mmg mengasyikkan……

    • eshamz halim  says:

      Memang mengasyikkan…hihihihihihi… 😀

  • ismailmazlan  says:

    Saya dulu naik awal pukul 4:30 pagi..so x bayar la RM 5 haha..niat sampai atas nak tido sat..skali x bleh tido sejuknya ya amat..buat sesiapa yg x pernah hiking dan nak jadikan gunung datuk tmpat pilihan pertama hiking x digalakkan coz agak curam tp pelan2 sampai..

    • eshamz halim  says:

      Awalnya naik…nak tgk sunrise la tu kan…. Gunung Datuk elok gak untuk dijadikan tempat latihan stamina…. 😀

  • zulhisyam  says:

    salam,nk tny kalau nk mntak tolong guider mcm mana erk?

    • eshamz halim  says:

      Kalau waktunya ok..boleh jer tapi saya bukanlah guide berlesen…. 😀

  • shah  says:

    tumpang tanya… ada sungai ke.. air terjun ke..

    • eshamz halim  says:

      Ada sungai kat bawah tu sebelum nak mula mendaki tapi sungai kecik jer… ada jugak org piknik kat bawah tuu tp klu musim kemarau mesti kering sungai tuu kot… air terjun xde pulak kat situ… 😀

  • nhz  says:

    just nk tnye permit $5 bayar kat saner ke camner eeh??

    • eshamz halim  says:

      Permit RM5 tu bayar kat sana… ada pondok ranjer nanti kat sana… 😀

  • Asyraf  says:

    Nak tanya…. minggu nie nak naik…. laluan susah tak? Musim2 hujan nie risau lak licin…. bdn xkuat sgt….

    • eshamz halim  says:

      Laluan tak susah tapi kena mendaki laa dari bawah sampai ke puncak… kalau musin hujan semua trek akan menjadi licin… cuma pastikan kasut yang sesuai… 😀

  • faiz  says:

    bro nk tnya siklit..dari bawah sampai puncak..kira2 berapa jam.?

    • eshamz halim  says:

      Lebih kurang 2 jam bro tp bergantung kepada kelajuan masing2… 😀 ada yg laju, ada yg perlahan…

  • fhathin  says:

    kami nak naik dalam 6 org . sume pompuan nie first time kami sume nk naik. perlu ke guide?

    • eshamz halim  says:

      Kalau naik drpd trek yg betul iaitu melintasi sungai kecik dan jambatan…tidak perlukan guide..trek jelas jer..banyak kes sesat sbb naik drpd permulaan trek yg salah 😀

  • anita mohd din  says:

    kitorang satu group from NXP Petaling Jaya telah spi kepuncak pada 12 Sept 2016 yg lalu..
    kami start mendaki dalam pukul 3.45am dan spi di puncak lebih kurag 6:30am.
    Pendaki yg sgt2 mencabar tpi lgi mencabar sewaktu menurun…Tetapi sgt2 berbaloi kerna dpt melihat keindahan panorama sewaktu di puncak gunung.

    * Minta Perhatian :
    Tolong Kementerian Pelancongan pantau dan baiki kerosakkn tandas yg sgt2 teruk & memalukan kami anak Jati N9.Tempat berriaday yg sgt2 popular tetapi fasiliti yg sgt teruk.

    * p/S : utk melihat pic2 PENDAKIAN kami boleh ke FB saya : CIK TA

    • anita mohd din  says:

      correction : 12 OCT 2016

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni… Saya rasa elok awak maklumkan kepada pihak yg bertanggungjawab yg menjaga kawasan situ… yup..saya mmg setuju supaya pihak yg berwajib baiki kemudahan dan fasiliti yg ada di situ…. 😀

    • asyraf johari  says:

      Nak tanya, boleh ke hiking time gelap ?

      • eshamz halim  says:

        Boleh jer takde masalah tapi agak berisiko untuk sesat…dah banyak kes sesat berlaku disebabkan naik masa gelap…kena pastikan bawak kelengkapan asas dan pastikan ikut trek yg betul… 😀

    • yusna  says:

      Pengurusan tandas, dewan dan fasiliti di Gunung Datuk adalah di bawah Kooperasi Gunung Datuk. Pemantauan kemudahan pelancongan tiada di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Aduan awam boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan Kooperasi jua.

      • eshamz halim  says:

        Terima kasih untuk pencerahan tersebut… 😀

  • Farhana  says:

    Perkongsian yang bagus!

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih… 😀

  • Naim  says:

    Salam bang, perkongsian terbaik!! ??.. pd hemat sy, apa yg dimaksudkan kt papan tanda tu, mohon untuk kita beradab masuk kedalam kawasan sana, dari segi adab pemakaian, dan adab dgn alam sekitar..

  • Rahim Zakaria  says:

    menarik.. keep it up

  • Hasni Abdul Manap  says:

    Assalamulaikom Tuan… Penghuraian yg bagitu padat tentang sejarah Gunung Datok. Tanpa rujukan pada blog Tuan, saya sendiri malu dgn diri sendiri tentang sejarah tempat saya sendiri… Artikle ni telah saya kongsikan dlm Grup kami > CUCU GUNUNG DATOK GADONG 71350..

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini tuan… 😀

  • fadzil  says:

    biasanya kalau hari jumaat pagi ada orang hiking gunung datok x?

  • Ema  says:

    Assalammualaikum bro.. utk org yg baru nk hiking ni bole ke?

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam cik ema… boleh jer untuk sesiapa yg baru nak mula nak hiking…santai2 jer… jgn laju sgt nanti boleh semput lak…hahahahaha… 😀

Isikan Komen Anda Disini