Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

misi-kemanusian-royal-belum-3.0-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum!…. Ada apa dengan Royal Belum?… Apa yang menyebabkan kerap kali aku bertandang ke Royal Belum?….ermmm!!.. rasanya hanya mereka yang pernah ke sana sahaja yang mampu menjawab segala persoalan di atas. Buat kali ke 4, sekali lagi aku berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum tetapi untuk kali ini aku ditemani oleh wife dan 3 lagi member yang telah termakan pujuk rayu dan hasutan aku….ahahahahaha.. 😀

Aku memang dah lama berjanji dengan wife untuk bawa dia sekali lagi ke Royal Belum. Kali terakhir dia berkunjung ke Royal Belum adalah pada tahun 2013 dan itulah juga merupakan kali pertama kami bersua dengan Taman Negeri Royal Belum. Kali ini kami telah berjaya mengheret Amlina, Eyda dan juga Syuk untuk bersama-sama berkunjung ke Royal Belum.

Trip kali ini bertemakan “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0” dan dikelolakan oleh Bella Farhana dan Pacie. Tujuan utama trip ini adalah untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, keperluan harian, keperluan pembelajaran serta juga memberi khidmat masyarakat kepada Masyarakat Orang Asli Jahai yang telah sekian lama mendiami Taman Negeri Royal Belum. Kalau tidak silap aku, rasanya seramai 50 orang yang turut serta dalam misi ini dan ianya telah dibahagikan kepada 2 houseboat yang diketuai oleh Bella dan Pacie bagi menampung kesemua peserta yang terlibat.

Rasanya dalam entri ini tak perlulah aku menceritakan dengan terperinci mengenai keistimewaan serta tarikan ataupun bagaimana caranya untuk ke Taman Negeri Royal Belum. Segala maklumat ada diceritakan di dalam entri-entri yang pernah aku tulis sebelum ni……… silalah klik dan baca entri dibawah ni haaaa… 😀

1. Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum
2. Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014
6. Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014
7. Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014
8. Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode
9. Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode
10. Discover Royal Belum Trip

Sebenarnya trip ini telah selamat disempurnakan pada 7 hingga 9 November 2014 yang lepas tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk menulis mengenai program ini…. hihihihi… 😀 terlampau banyak sangat aktiviti kebelakangan ini. Ok!..Ok!… rasanya lebih baik aku terus fokus menulis mengenai aktiviti di sepanjang program ini.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakAntara model-model houseboat…

Trip ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kekeluargaan di kalangan peserta kerana sepanjang program ini berjalan, kesemua peserta telah diberi tugas masing-masing. Ada yang ditugaskan untuk memasak, ada yang ditugaskan untuk mengagihkan bantuan dan ada juga yang ditugaskan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukaneka kepada anak-anak Orang Asli Jahai di setiap perkampungan yang akan dilawati nanti. Penyediaan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang serta makan malam telah dilakukan secara bergotong-royong dan kerjasama daripada kesemua peserta yang terlibat. Ini merupakan semangat yang kita perlukan di dalam setiap program sebegini. Datang sebagai orang asing dan pulang sebagai seorang sahabatInilah yang kita cari!!!… hihihihihi… 😀

Hari Pertama – 7 November 2014.

Perjalanan bermula daripada Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan bas selamat tiba di Jeti Sementara Tasik Banding sekitar pukul 10 pagi walaupun tersesat hingga ke Pengkalan Hulu…hahahahahaha. 🙂 Selesai sahaja urusan memindahkan barang-barang ke houseboat masing-masing, terus bergerak menuju ke lokasi Perkampungan Orang Asli yang pertama iaitu Perkampungan Seri Wangi ataupun nama glamernya Pulau Seri Wangi.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakHouseboat No. 2. Tenang dan santai….

Sementara menunggu houseboat sampai ke Perkampungan Seri Wangi, penyediaan makan tengahari serta pengagihan barang-barang bantuan telah dilakukan untuk diasingkan kepada beberapa perkampungan yang akan dilawati sepanjang program ini. Walaupun semua masih belum sempat berkenalan tapi semua tugas yang diberikan telah berjalan dengan lancar. (ok!..ok!.. Nora bagi 5 bintang… 😀 )

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakMakan dulu sebelum mulakan tugas…hihihihi.. 😀 Terima kasih kepada chef-chef…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakAntara kawan-kawan baru…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakPengagihan barang mainan untuk kanak-kanak dan barang bantuan…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakMasing-masing sedang sibuk menjalankan tugas sambil diperhatikan oleh Syuk!!…ahahahaha..

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakNi semua model barang permainan…ahahahahaha… Seronok jer dorang ni…ermmm.. mainan tu bukan untuk korang yerrrr………

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakPacie sedang menyampaikan taklimat ringkas mengenai program.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakPerkampungan atau Pulau Seri Wangi, Royal Belum

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakMasing-masing dah tak sabar nak turun….

Selain daripada penyerahan bantuan dan barang keperluan asas, ada juga aktiviti-aktiviti lain sebenarnya. Kalau nak tahu aktiviti apa?… Jom tengok gambar-gambar dibawah ni…..

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak Masing-masing membantu membawa barang-barang bantuan untuk diserakan kepada Tok Batin.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSalah satu aktiviti kemanusiaan –> Shampoo rambut anak-anak orang asli… aku pun minta disampoo jugak tapi tak dapat… 🙁

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSelepas shampoo, jangan lupa basuh rambut pulak…kesian budak-budak tu pedih mata…ahahahahaha.. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSesi bermesra dengan Masyarakat Orang Asli Jahai Kampung Seri Wangi…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSesi bergambar adalah satu kemestian… 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSelfie dari atas… 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakWalaupun baru berkenalan tapi tetap mesra kalau bergambar…. Camera Freak semua ni!!!… hihihihi.. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak3 sekawan…. 😀

Pelbagai barang permainan juga telah diagihkan kepada anak-anak orang asli dan jutaan terima kasih kepada pihak yang menaja barang-barang mainan tersebut. Terserlah raut wajah yang gembira apabila budak-budak tu mendapat barang mainan. Perjalanan kami diteruskan lagi ke satu lokasi bagi houseboat berlabuh dan bermalam sebelum meneruskan lagi aktiviti untuk esok.

Aktiviti di sebelah petang banyak dihabiskan dengan aktiviti berakit dan juga sesi mandi manda di dalam kehangatan air Tasik Temenggor dan pada sebelah malam pula masa diisikan dengan aktiviti ice-breaking dan juga karaoke sambil menikmati BBQ…. 😀 . Menarik jugak sesi ice-breaking yang dikelolakan oleh Pacie dan Bella… 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakMaria dan Faiz memancing tapi seekor ikan pun tak dapat…ahahahahaha…. 🙂

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSeronok betul dorang ni berakit…. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakApalagi!!… jom lompat ke dalam tasik…. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakSeronok kan?!!!…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perakJom karok sambil menunggu dorang masak BBQ…. 😀

Tiada apa aktiviti yang dilakukan di sebelah malam bagi hari pertama dan masa yang terluang hanya dihabiskan dengan sesi berkenalan serta juga borak santai di kalangan peserta sebelum masing-masing mencari tempat tidur bagi merehatkan badan untuk aktiviti seterusnya esok. Apakah aktiviti kami bagi hari kedua?…. kalau nak tahu, jangan lupa nantikan bahagian 2 bagi entri ini…. tungggguuuuuuu!!!!!…. 😀

388 total views, 1 views today

11 comments to Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

  • NANATRON  says:

    eshamz. nak habaq layout kemas. tapi taktau la kalau kat pc ko oke…tapi kat pc aku, width column kiri ni tak cukup besar sampai terpotong tulisan ko tu. haa even aku tgh komen ni tetibe hilang dan ada blk bila masuk line kedua. hehe…

  • NANATRON  says:

    dah oke plak !
    tadi apesal…! haha pengalaman mistik di blog eshamzzzzz…. huhu
    oke abaikannnnnnn

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha…. mesti ada misteri disebalik pc ko…ekekekeke… sebenarnya aku pun kadang2 terkena jugak disebabkan line internet yang siput dan lambat load gambar dan text… Wah!!.. Nanatron gi Filipina lagi ek!..syoooooooookkkkkkkkkkkkk nya…. Me jeles OK!!!!… 😀

  • sop  says:

    Aktiviti yg menarik
    Dalam akhbar pun ada.keluar mengenai royal belum ni

    • eshamz halim  says:

      Memang menarik bro… macam2 aktiviti boleh dibuat kat Royal Belum…. rehatkan minda daripada kesibukkan kotaraya…hihihihi.. 😀

  • sobri  says:

    salam bang sham.. lama x drop komen kat sini..
    tapi baca entry bro sellalu.. btw.. miss that all moment kat belum..
    korang dah sampai ke belum 😛 ha..ha

    • eshamz halim  says:

      Nanti aku drop by blog ko bro…lama gak aku tak blog walking ni….

  • sobri  says:

    salam abg sham.. lama x drop komen kat sini
    sellau singgah bca.. he..he..
    btw belum memang best..skali p..
    mesti nak lgi 😛

    • eshamz halim  says:

      Mesti laaa… kena pergi berkali kali baru puas hati…ekekekekeke… 😀

  • mal  says:

    baru2 ni saya ke royal belum 3 hari 2 mlm dan sempat melawat ke kg org asli kg aman damai serta ,melihat kecantikan bunga raflesia

    • eshamz halim  says:

      Best kan kat royal belum… tenang, nyaman dan takde ganguan telefon…hahahahahahaha.. 😀

Isikan Komen Anda Disini