Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Rasanya mesti korang semua dah tak sabar menantikan bahagian 3 atau bahagian terakhir untuk entri Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0. Jadual mingguan aku semenjak daripada bulan Januari hinggalah bulan ni memang penuh dengan aktiviti beriadah. Agak sukar sikit untuk aku mencari masa untuk menulis walaupun banyak jugak perkara yang nak dikongsikan di sini dan ditambahkan lagi dengan urusan di pejabat yang kebelakangan ni amat kelam kabut…..fusssss…. memang sangat mencabar untuk aku luangkan masa di blog ni.

Sebelum aku teruskan menulis bahagian 3, apakata korang mengimbau kembali entri-entri sebelum ni bagi mengelakkan tahap kekeliruan yang melampaui batas nanti…hahahaha…. 😀 Klik jer link di bawah ni haaaaa……

1. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2
2. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

Hari Ketiga – 9 November 2014.

Seawal pagi, kami dah bersiap untuk trekking ke Jenut atau Sira Gajah di Kem Sungai Papan. Mesti korang tertanya-tanya “Jenut dengan Sira tu apa?”. Jenut ataupun Sira (salt-lick) merupakan titisan ‘mata air’ mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi oleh haiwan liar untuk ‘mendapatkan zat-zat mineral’ selepas mengunyah makanan. Jangan risau!.. korang boleh rujuk entri Moh Ke Perak: Menjejaki Jenut Papan Royal Belum #VMY2014 bagi mengetahui dengan lebih lanjut dan menjawab segala persoalan korang. Perjalanan daripada houseboat ke lokasi Sira Gajah boleh dikatakan santai dan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada kelajuan masing-masing.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Groupfie dulu sebelum mula trekking…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Salomon Speed Cross vs NorthFace dan Columbia.. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Treknya tak susah tapi licin disebabkan hujan..

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Apakah ini??…. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Antara lopak-lopak air untuk haiwan liar mendapatkan garam-garam mineral.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Bekas tapak kaki gajah.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entriRasanya tempat ini dinamakan Sira Gajah adalah kerana berkemungkinan haiwan gergasi ini suka lepak-lepak di kawasan ini dan tidak dikongsikan dengan haiwan liar yang lain. Di sinilah Gajah-Gajah liar mendapatkan garam mineral (Sira) bagi keperluan sistem penghadaman badan.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Bergambar dulu..

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Bergambar lagi…hihihihi…

Alhamdulillah!… tiada seekor gajah pun kelihatan di situ semasa kami sedang sibuk bergambar. Kalau tak! aku rasa mesti semua dah lari lintang pukang…hihihihi!!….gajah di Royal Belum ni bukan seperti gajah di zoo yer!… 😀 Selesai jer bergambar, kami terus menuju kembali ke houseboat kerana masih ada satu lagi tempat menarik yang wajib dikunjungi sekiranya bertandang di Royal Belum iaitu Air Terjun dan Santuari Ikan Sungai Ruok. Aku malas nak bercerita panjang, korang boleh baca entri Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014 yang pernah aku tulis sebelum ni untuk maklumat yang lebih lengkap.

Perjalanan dari Kem Sungai Papan ke Air Terjun Sungai Ruok sepatutnya tidak mengambil masa yang lama tetapi malangnya enjin houseboat rosak dan terpaksa ditunda menggunakan bot kecil sementara kru-kru houseboat sedaya upaya memulihkan enjin houseboat. Bagi menghabiskan masa, terpaksa ler kami mencari aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di atas houseboat selain daripada tidur. Salah satu aktivitinya seperti di dalam video dibawah ni haaaaa….hihihihihi… Jom layan…..

Akhirnya, sampailah kami di Air Terjun Sungai Ruok setelah berjam-jam menghabiskan masa di atas houseboat. Perjalanan ke lokasi air terjun perlu menggunakan bot kecil disebabkan laluannya yang agak sempit dan tidak sesuai untuk houseboat.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Gembira betul mereka ni semua….hihihihi.. 😀

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Angkat tangan semua!!..

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Sedang leka melayani kesejukkan dan kedinginan air terjun…

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Aku dan wife bergambar dengan Kak May dan Kak Zaimi.

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03Selfie dengan wife adalah satu kemestian.. 😀

Selepas selesai melayan kesejukkan air terjun dan kemanjaan ikan-ikan di santuari, ini bermakna perjalanan misi kami sudah sampai ke penghujungnya. Menuju semula ke houseboat dan seterusnya pulang kembali ke Jeti Sementara Tasik Banding sebelum memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah nampaknya Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0 dan dengan kerjasama daripada semua peserta telah dapat menjayakan misi ini.

Sekali lagi, aku mula terasa rindu untuk berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum bersama rakan-rakan yang lama atau pun yang baru. Kenangan di Royal Belum bersama korang semua akan tetap dikenang sampai bila-bila dan mungkin kita semua akan berjumpa kembali di pengembaraan lain di masa yang akan datang.

Jom tonton video yang aku siapkan khas untuk Tourism Malaysia Perak pada tahun lepas. Terima kasih juga kepada pihak Tourism Malaysia Perak yang sering kali menjemput aku untuk mempromosikan pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di Negeri Perak. 😀

2 comments to Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3

  • sobri  says:

    sungai rouk..
    cantiknya.. najis gajah tu nampak fresh lgi tu 🙂

    • eshamz halim  says:

      Cantik kan najis tuuu… klu ko jumpa mesti ko bungkus bawak balik kan…hahhahahahaha… 😀

Isikan Komen Anda Disini