Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bumi Sabah telah digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015 dan telah mengorbankan 18 nyawa terdiri daripada malim gunung serta para pendaki. Sebenarnya memang dah lama aku nak berkongsi cerita mengenai perjalanan dan pengalaman aku dan wife dalam misi mendaki Gunung Kinabalu tapi terpaksa ditangguhkan dulu bagi menghormati kejadian gempa bumi yang telah menimpa Sabah.

Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu merupakan pencapaian yang paling tinggi setakat ini bagi aku dan wife yang bukannya seorang pendaki tegar. Akhirnya tercapai juga hasrat kami untuk berdiri di atas puncak yang tertinggi di Asia Tenggara.

Alhamdulillah, aku dan wife bersama Team TooHotDemo (Hisyam, Fareeza, Jasper, Sukh, Amar, Bella, Eyda Dida, Amlina, Khal, Din Jengking, Cumie dan Wolf) telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu dengan selamatnya pada bulan April yang lalu iaitu sebulan sebelum kejadian gempa bumi berlaku. Terlintas juga di kotak pemikiran aku, apa akan terjadi sekiranya kejadian gempa bumi itu berlaku semasa kami mendaki?…ermmm…tapi itu semua adalah takdir masing-masing. Sebelum aku mulakan menulis, terlebih dahulu aku dan wife ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Eyda Dida kerana telah menguruskan segala urusan pendakian dengan pihak malim gunung dan Kinabalu Park. Jasamu akan dikenang dan nanti boleh uruskan lagi yer….hahahahahaha.. 😀

Jom aku kongsikan pengalaman dan kisah kami………. 😀

22 April 2015

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSelfie dulu sebelum bertolak ke KKIA1.

Terima kasih kepada Faiz dan Maria kerana sudi menghantar aku dan wife seawal pagi ke KLIA2. Penerbangan kami selamat mendarat di KKIA1 lebih kurang pukul 10 pagi, berkumpul dengan rakan-rakan yang lain terlebih dahulu sebelum menuju ke Kiram Village di Mesilau. Pendakian kali pertama ini akan melalui Mesilau dan Kiram Village dijadikan tempat penginapan sebelum mula mendaki pada keesokkan harinya. Para pendaki dinasihatkan untuk bermalam di ketinggian lebih kurang 2000 meter bagi membolehkan badan menyesuaikan diri dengan paras ketinggian sebelum mendaki lebih tinggi.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDalam van menuju ke Kiram Village, Mesilau.

Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Mesilau mengambil masa lebih kurang 2 jam dan sempat juga singgah di Pekan Nabalu untuk makan tengahari serta Kinabalu Park untuk bergambar sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Kiram Village.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBerhenti bergambar di Kinabalu Park sekejap.

Setibanya di Kiram Village, taklimat mengenai aktiviti pendakian serta penyerahan pemit pendakian telah disampaikan oleh Atong dan juga Azlan yang merupakan malim gunung kami bagi aktiviti pendakian Gunung Kinabalu.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluCheck-in di Kiram Village.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluJom groupfie dulu…yeahhhh!!!!…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluGroup photo dengan Atong (Jaket hitam dan bertopi).

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan di sekitar Kiram Village.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-41Permit mendaki. Wajib dipakai sepanjang masa apabila mendaki.

Selesai semua urusan mengenai aktiviti dan taklimat pendakian, sebelah petang tu kami hanya lepak santai di Mesilau Desa Cattle Dairy Farm sambil layan permandangan Gunung Kinabalu. Rasa macam tak sempurna jer kalau ke Sabah tapi tak melawat lembu-lembu tu kan?. Ini adalah kali kedua aku dan wife datang sini, rasa-rasanya lembu tu ingat lagi tak muka kami?…hahahahahaha… 😀

Jom layan gambar dulu…..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu14 orang sumbat dalam satu van nak pergi tengok lembu…hahahaha..macam sardin oooo…. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluLandmark Desa Cattle Dairy Farm.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluGroupfie lagi….

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluApa yang korang tunjuk tu?…..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBukan main lagi berposing awek-awek kat depan tu?…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluJumpa member lama kejap…hahahahahaha.. dah kerja kat sini rupanya… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBeratur panjang nak beli waffle…..waffle habis….hahahahahaha…. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan di Desa Cattle Dairy Farm memang cukup cantik…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSelfie di puncak…………batu!!..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSatu lagi selfie…. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluRamai pulak yang photobomb kat belakang tu….

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDon’t mess with the bull!!!…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluIklan Knockaround Sunglasses…hihihihihi.. Eh!..Bella buat apa tuuu?..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan sekitar Desa Cattle Dairy Farm.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan sekitar Desa Cattle Dairy Farm.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSeronoknya selfie. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluMenyala bijik mata…hihihihihi.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluNampak tak kat sana tuuu?….

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDuta Knockaround Sunglasses. 🙂

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAbaikan mamat baju hijau tu….hihihihihi… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDimanakah Din Jengking, Sukh dan Amar ketika ini?….. Siapakah yang mengambil gambar ini? 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan di belakang tu memang world!!!!!!!!!……..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSmile….. 🙂

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSmile again!.. 🙂 🙂

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluYeahhh!!! please smile one more time guys… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluWhat?!!!… need to smile again?!!!…

Di sebelah malamnya, tiada apa-apa aktiviti selain daripada lepak dan mengemas beg masing-masing bersama kelengkapan mendaki. Memang sejuk giler apabila dibelai oleh angin malam sambil berborak di luar bilik. Paling menariknya bintang-bintang di angkasa memang jelas kelihatan tanpa sebarang ganguan pencemaran cahaya. Aku rasa pada ketika ini, mesti masing-masing sedang memikirkan tentang pendakian esok. Bagaimanakah treknya? dan apakah cabaran yang menanti? tapi walau apa pun, aku memang dah bersemangat untuk mendaki.

Nampaknya biarlah hari esok sahaja yang bakal menjawab segala persoalan di minda. Malam tu memang aku tak dapat tidur lena sebab sejuk giler tidur atas sofa di ruang tamu disebabkan bilik semua dah penuh…..hihihihihihi… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluLepak berborak menanti malam.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTersergam indah, teguh berdiri, mempasak bumi….

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBerlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPuncak tu sedang menanti…..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-41Lepak berborak lepas makan malam di Kiram Village.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSuasana malam di ketinggian 2000 meter dari aras laut. Memang ohsem!!!!….
Kredit gambar : Amar

Ok!…. Aku berhenti setakat ni dulu dan nanti aku akan ceritakan sambungannya. Tunggu episod seterusnya yerrrrr….. 😀

10 comments to Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1

  • Zaleha Awaluddin  says:

    bestnya..
    teringin juga nak ke sana…

    • eshamz halim  says:

      Memang best… boleh jer naik… ok jer… 😀

  • Bella  says:

    Alaaa mcm sinetron plak hahahaha ..xzabar ni!! Nak sambungan!! ????

    • eshamz halim  says:

      Episod semua dah keluar dah…hihihihi… 😀

  • ain rahman  says:

    best. last pic tu cantikk sangat

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih…hihihihihi.. 😀

  • Angah  says:

    hebat ko sham…teringin nak mendaki tapi lutut sakit wehh

    • eshamz halim  says:

      Mula-mula lutut sakit tu biasa..lama-lama ok dah…hihihhihihi… 😀

  • sobri  says:

    woit..woit
    kundasang.. new zealands malaysia.. best 🙂

    • eshamz halim  says:

      yup…. udara nyaman dan segar… hihihihihi.. 😀

Isikan Komen Anda Disini