Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti ada yang tak sabar dan ternantikan sambungan daripada entri Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1. Apa tunggu lagi, jomlah baca sambungannya. 😀

23 April 2015

Seawal pagi aku dah tersedar sambil duduk termenung berselimutkan dengan sleeping bag. Maklumlah, di Sabah pukul 6 pagi pun dah cerah. Pagi itu memang boleh tahan juga sejuknya walaupun aku berselimut dan berstokin sepanjang malam. Cabaran pertama aku adalah mandi….hihihihihi.. 😀 Jangan salah sangka ok!.. Aku memang suka mandi dengan air sejuk tapi bukannya yang terlampau sejuk. Walau apa pun, cabaran pertama aku hadapi dengan selamba dan penuh semangat kerana aku tahu pengalaman hari ini dan esok akan menjadi kenangan manis buat aku dan wife.

Sebelum bertolak ke Mesilau Nature Park, kesemua ahli kumpulan berkumpul terlebih dahulu untuk sarapan pagi sambil dijamu dengan permandangan Gunung Kinabalu yang membuka ruang di sebalik kabus pagi. Alhamdulillah, cuaca pada pagi itu amat baik dan sesuai untuk aktiviti pendakian. Nampaknya segala persediaan dan latihan akan mula dipraktikkan pada hari ini. Walau apa pun cabaran yang bakal dihadapi, muka kena kekal tenang dengan mood yang ceria…hahahahahahaha… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAku dan wife dah sedia untuk mendaki.

Ada 2 trek utama yang digunakan oleh pendaki untuk mendaki Gunung Kinabalu iaitu melalui trek Timpohon Gate (Kinabalu Park) dan melalui Mesilau Summit Trail (Mesilau Nature Park). Kedua-dua trek ini akan bercantum di pertengahan sebelum menuju ke Laban Rata. Boleh rujuk peta trek di bawah ni haaaa…..

gunung-kinabalu-mesilau-summit-trail-timpohon-gate-summit-trail-mapPeta laluan pendakian Gunung Kinabalu.

Jarak daripada Timpohon Gate ke Laban Rata adalah sejauh 6km tetapi jarak akan menjadi 8km sekiranya mendaki melalui Mesilau Summit Trail. Kesimpulannya, kami terpaksa menambah lagi 2km jarak perjalanan untuk ke Laban Rata….hihihihihi.. 😀 Berdasarkan perancangan asal, kami akan mendaki melalui Mesilau Summit Trail dan turun menggunakan trek Timpohon Gate dan seterusnya keluar melalui Kinabalu Park. Setiap pendaki adalah diwajibkan untuk bermalam di Laban Rata bagi membolehkan badan menyesuaikan diri dengan paras ketinggian sebelum menyambung lagi pendakian sejauh 2.5km (Summit Attack) ke puncak Gunung Kinabalu (Low’s Peak) di ketinggian 4095.2 meter dari paras laut.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluGroup photo sebelum mulakan pendakian dengan baju rasmi Misi Kinabalu 2015.
Team TooHotDemo.
Dari kiri (duduk): Hisyam, Fareeza, Sukh, Eyda Dida, Bella, Amlina, Wife aku (Cheq Eem) dan Khal.
Dari kiri (berdiri): Amar, Din Jengking, Wolf, Cumie, Aku dan Jasper.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-02Posing dulu sebelum pewai…hahahahahaha.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluMasing-masing tengah semangat ni.

Bagi yang mendaki melalui Mesilau Summit Trail, pendakian ke Laban Rata akan bermula daripada Mesilau Nature Park di ketinggian 2000 meter dari paras laut. Sebelum dibenarkan mendaki, kami perlu melaporkan diri di pondok ranjer serta diberi taklimat sekali lagi oleh Shahrul, Azlan dan Fendi yang merupakan malim gunung yang ditugaskan bagi Team TooHotDemo. Aku selalu ingatkan wife supaya mendaki dengan perlahan dan sentiasa kekalkan hidrasi badan untuk mengelakkan risiko AMS (Acute Mountain Sickness/Altitude Sickness). Erti lain bagi AMS ialah mabuk gunung iaitu ketidakselesaan badan yang berlaku apabila berada di ketinggian 2400 meter ke atas disebabkan oleh kekurangan oksigen akibat penurunan tekanan udara dan boleh mengakibatkan pening kepala, kesukaran bernafas ataupun muntah.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPapan tanda ni pun harus diabadikan dalam gambar…hihihihi.. 😀

Lebih kurang pukul 8.45 pagi, bermulalah pendakian Team TooHotDemo seramai 14 orang dan sejauh 8km menuju ke Laban Rata. Permulaan pendakian boleh dikatakan agak lancar kecuali wife aku yang terpaksa berhenti sekejap disebabkan muntah. Habis keluar balik roti canai 2 keping katanya…hahahahahaha… 😀 Di sepanjang Mesilau Summit Trail ke Laban Rata, rasanya ada 7 pondok rehat yang disediakan untuk kegunaan pendaki.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSelfie dulu.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluKami nak ke atas tu!!!…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSelfie berdua dengan wife…hihihihi.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-09Sempat tunggu geng-geng yang lain.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluKilometer pertama.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPondok Nepenthes.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-23Sukh a.k.a Abang Sado…hahahaha.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBerhenti rehat kejap.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPondok Tikalod.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAkan jumpa satu sungai dan air terjun yang tak berapa nak terjunnya…hihihihi.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTu dia air terjunnya..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBagi kiss sikit. Kasi semangat katanya…hahahahaha…

Semakin jauh dan semakin tinggi mendaki, akhirnya kami berpecah kepada beberapa kumpulan kecil kerana terpaksa akur dengan tahap stamina dan kelajuan masing-masing. Berhenti berehat dan makan tengahari di salah satu pondok rehat sebelum meneruskan perjalanan. Aku rasa mulai kilometer ke 5, cuaca dah semakin sejuk dan berkabus. Sekali pandang seperti nak hujan tapi rasanya hanya kabus yang melintas.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluKabus menutupi permandangan.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluRehat kejap.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPondok Magnolia sebelum sampai di persimpangan trek Timpohon dan Mesilau.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAntara tangga yang perlu didaki.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluKawasan Helipad di trek Mesilau Summit Trail. Tak nampak apa-apa pun sebab kabus tebal.

Alhamdulillah, aku dan wife tidak menghadapi apa-apa masalah sepanjang pendakian hinggalah ke persimpangan antara trek Mesilau dan Timpohon. Sepanjang perjalanan memang aku leka mengambil gambar dan merekod video. Permandangan mendaki melalui Mesilau Summit Trail memang cukup cantik walaupun sering diliputi kabus.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluLaluan trek dari Timpohon Gate.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-16Persimpangan di antara trek Timpohon Gate dan Mesilau Summit Trail.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluYeahhh!!!!.. Laban Rata lagi 2km.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBergambar dengan papan tanda ni kejap.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSila pilih yang mana satu?..hihihihi.. 🙂

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-30Eyda Dida sentiasa dengan mood cerianya…hahahahaha…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluWajib ada permit ok!..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluJasper, Fareeza dan Sukh.

Jarak daripada persimpangan kedua-dua trek ke Laban Rata hanyalah 2 kilometer tetapi pendakian sejauh 2 kilometer melalui trek yang berbatu memang cukup mencabar dan menguji ketahanan kaki berbandingkan 6km yang telah kami dah lalui. 2 kilometer terakhir ke Laban Rata berjaya membuatkan beberapa ahli kumpulan kami kekejangan otot dan aku pun hampir terbaring di Waras Hut walaupun hanya tinggal beberapa meter jer lagi ke Laban Rata. Nasib baik aku masih waras dan tak baring di depan Waras Hut tapi tetap teruskan perjalanan…hahahahahaha.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan yang osem di sepanjang perjalanan.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluWalau apa pun kami tetap tersenyum.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBergambar di Bonsai.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluItulah misi aku dan wife.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTetap tersenyum…hihihihi.. 🙂

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan di belakang memang cukup wow!!.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSikit jer lagi ni… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluFareeza tetap setia menunggu Hisyam…hihihihihi.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTrek berbatu hingga ke Laban Rata.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPondok Paka. Pondok yang terakhir sebelum sampai di Laban Rata.

Akhirnya setelah seharian mendaki, aku dan wife berjaya sampai di Laban Rata di ketinggian 3272 meter pada pukul 6 petang. Aku rasa kalau kurangkan aktiviti bergambar dan rekod video mesti lagi awal sampai kan?…tapi kami memang nak layan permandangan sambil mendaki. Sampai jer di Laban Rata, aku dan wife terus menuju ke kafeteria untuk makan malam serta berkumpul bersama ahli kumpulan yang lain. Kafetaria di Laban Rata hanya dibuka sehingga pukul 7 malam sahaja dan setiap pendaki harus sampai di Laban Rata sebelum pukul 7 malam. Memang kena sampai awal sebelum kafeteria tutup bagi mengelakkan daripada kebuluran…hahahaha…masa inilah perlukan bantuan rakan-rakan untuk tapau makanan sekiranya sampai lewat. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBerada di atas awan.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSuperb view!!!!…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluYeahhhhhhhh!!!!!!!….

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAkhirnya….Laban Rata….

Makanan di Kafeteria Laban Rata memang sedap. Terbayang-bayang lagi kari kambing yang lembut tu. Bukan sebab aku dah penat atau pun dah kebulur tapi memang sedap ok!…betul!..tak tipu!..hihihihihi.. 😀 Bila ambil air panas, sekejap jer dah jadi air suam. Memang sejuk giler di Laban Rata, lebih-lebih lagi bila berdiri di luar.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalumisi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluOk! Masa untuk makan.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu-44Antara yang dah sampai awal. Laju-laju deme ni semua. 😀

Selesai jer makan, kami terus ke bilik (dorm) untuk berehat. Memang cukup mencabar untuk mandi sambil berperang dengan suhu sejuk…hihihihihi..masing-masing beratur panaskan air menggunakan cerek elektrik sebelum mandi. Ada pemanas air untuk mandi tapi aku hairan kenapa semua takut nak guna. Akhirnya, wife aku cuba petik suisnya dan rupanya pemanas air tu memang berfungsi tapi masing-masing ingatkan dah rosak…hahahahahaha…tapi ada pemanas air pun tetap mengigil kesejukkan bila mandi!…hihihihihi.. 😀

Malam tu kami terpaksa tidur dengan memakai pakaian untuk mendaki oleh kerana pendakian (Summit Attack) ke puncak Gunung Kinabalu (Low’s Peak) akan bermula pada jam 2 pagi. Semua perlu bangun pada pukul 1 pagi untuk sarapan di kafeteria sebelum memulakan pendakian sejauh 2.5km ke puncak. Tidur-tidur ayam jer lah. Jangan haraplah dapat tidur nyenyak….hihihihihihi.. 😀

Bila dah berjaya sampai di Laban Rata ni, aku dah bernekad dan akan pastikan aku dan wife akan jejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu. Walaupun fizikal dah penat tapi aku mesti kuatkan mental untuk diri sendiri dan wife.

Opsss!!…..dah panjang dah entri ni!.. Ok!.. aku berhenti setakat ni dulu. Nanti aku sambung lagi yer……hihihihihihi…tungguuuuuu!!!.. 😀

323 total views, 1 views today

2 comments to Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

  • sobri  says:

    wow pemandangan berlatar belakang gunung kinabalu
    memng x dpat diucapkan dengan kata2..
    amazing!

    klau lapar semua sedaP abg sham.. hehe 🙂

    • eshamz halim  says:

      Hahahahaha…. kan!… kalau lapar semua sedap kan?!..ahahahahaha… 😀

Isikan Komen Anda Disini