Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 3

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan daripada entri:
1. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1
2. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

24 April 2015

Aku dan wife hanya dapat lelapkan mata beberapa jam sahaja sebelum ke kafeteria untuk sarapan ringan dan persediaan mendaki ke puncak (Low’s Peak). Badan pun dah nampak gemuk disebabkan 3 lapis baju dan 2 lapis seluar….hihihihihi…suhu memang sejuk hingga ke tulang. Sarapan pagi hanyalah sekadar alas perut sebab risau untuk mendaki dengan perut yang penuh. Tepat jam 2.30 pagi, semua mengorak langkah dan meredah gelap mendaki ke Sayat-Sayat Check Point untuk lapor diri sebelum dibenarkan mendaki ke puncak. Semua pendaki diwajibkan sampai di Sayat-Sayat Check Point sebelum pukul 5 pagi dan kalau lewat, ranjer tidak akan benarkan untuk teruskan pendakian dan akan diarah turun ke Laban Rata. Kalau mengikut kiraan aku, dengan yakinnya aku dan wife boleh sampai di Sayat-Sayat Hut sebelum jam 5 pagi…hihihihihi.. 😀

Belum sampai 10 minit mendaki, wife aku dah berhenti di tepi. Susah nak bernafas katanya dan jantung berdegup laju. Alamak!.. aku dah mula risau dan terpaksa suruh yang lain terusnya perjalanan dulu. Tinggallah aku dan wife dibelakang serta ditemani oleh Azlan. Beberapa kali aku terpaksa suruh wife berehat dulu sebelum teruskan mendaki. Kena bagi semangat pada wife untuk teruskan perjalanan walaupun perlahan umpama kura-kura naik gunung….hihihihihi.. 😀 Waktu ni aku dah tak nampak dah bayangan Sayat-Sayat Hut dalam kepala otak aku. Andai kata terpaksa batalkan pendakian, aku terpaksa akur. Puncak adalah pilihan tetapi turun dengan selamat adalah satu kemestian. Walau apa pun, takkan nak menyerah kalah sebelum mencuba kan?!!!….hihihihi.. 😀

Bertemankan lampu suluh dikepala menyuluh trek, aku hanya mampu mengikut langkah wife dari belakang dengan perlahan. Langkah demi langkah, akhirnya sampai juga di trek bertali yang akan melalui lereng gunung. Rasanya, tak jauh dah jarak ke Sayat-Sayat Hut ni!?. Aku dah malas nak pandang jam sebab mesti akan jadi lebih stress. Bermulalah pendakian aku dan wife berpandukan tali putih mengikut lereng gunung hingga ke atas. Suasana gelap memang menyukarkan pergerakan tapi bagus sebenarnya sebab tak nampak berapa tinggi lereng gunung tu. Aku suruh wife naik dulu dan aku ikut dari belakang. Beberapa kali wife berhenti di tengah-tengah lereng hingga aku terpaksa suruh dia bergerak ke depan dengan perlahan. Aku toleh belakang, ramai lagi yang sedang mendaki dan memang tiada pilihan untuk berhenti rehat.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Semakin tinggi mendaki, Sayat-Sayat Hut semakin kelihatan di depan mata. Walaupun nampak dekat tapi jarak masih jauh sebenarnya. Tetap teruskan perjalanan dengan harapan jam masih belum menunjukkan pukul 5 pagi. Rakan-rakan yang lain langsung tak kelihatan, mungkin dah jauh di atas. Lega rasanya, apabila sampai di Sayat-Sayat Hut masih berbakikan 5 minit sebelum jam 5 pagi. Alhamdulillah, nampaknya perjuangan kami masih belum berakhir. Aku biarkan wife berehat dulu sebelum meneruskan pendakian ke puncak. Rupa-rupanya Hisyam dan Fareeza pun masih berhenti rehat di Sayat-Sayat Hut. Adalah juga kawan yang boleh saing sama ke puncak…hihihihihi… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluMenyaksikan matahari terbit di sebalik garisan horizon memang cukup osem!!!…

Selepas beberapa minit berehat, kami berempat kembali mendaki menuju ke kilometer 8 dan seterusnya ke puncak. Aku hanya nampak cahaya lampu suluh membentuk satu garisan api menuju ke atas. Masih jauh lagi perjalanan kami rupanya. Dari sini, memang terasa berat untuk melangkah dan cepat letih. Mungkin disebabkan suhu yang amat sejuk dan juga udara yang nipis. Aku terpaksa menolak dan tepuk bahu wife setiap kali dia berhenti. Lagi lama kami berhenti akan menjadi lebih sejuk sebenarnya. Kesian betul bila tengok wife aku. Aku tahu dia dah tak larat tapi aku tetap bagi semangat untuk teruskan mendaki. Pada pandangan kasar, puncak hanyalah di depan mata tapi masih memerlukan tenaga lagi untuk teruskan mendaki. Sempat juga layan matahari terbit di sebalik garisan horizon hinggalah keadaan sekeliling menjadi cerah. Yeahhhh!!!!… baru boleh ambil gambar dan video…hihihihihihi.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluMatahari baru nak menunjukkan dirinya.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSatu tangan pegang GoPro, satu tangan lagi pegang wife.. hahahahaha.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBerehat kejap.

Aku dan wife tetap lagi melangkah melawan angin sejuk menuju ke puncak. Apabila lagi 100 meter untuk sampai ke puncak, wife dah menyerah kalah sambil menangis. Terpaksa aku pun berhenti dan pujuk dia untuk teruskan mendaki hingga ke puncak. Apalah sangat 100 meter tu berbandingkan 8.4km yang dah dilalui.

Akhirnya, aku dan wife berjaya berdiri di Puncak Gunung Kinabalu (Low’s Peak) di ketinggian 4095.2 meter dari aras laut sekitar pukul 7.30 pagi. Permandangan di atas puncak memang cukup superb!!!. Bergambar sekejap di Low’s Peak sebelum turun dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain di South Peak a.k.a Puncak Seringgit. Maka bermulalah aktiviti bergambar dengan berbagai-bagai gaya sebelum menuju turun semula ke Laban Rata. Jom layan gambar dulu…..

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBerjaya akhirnya…Low’s Peak di ketinggian 4095.2 meter dari aras laut.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTranskripsi pada papan tugu itu adalah ditulis dalam Bahasa Dusun dialek Bunduliwan. “Id Kahandaman di Gunting Lagadan Huguan Manananud Id Nuluhon Kinabalu 1888-1966”, yang bermaksud “Tanda Peringatan Untuk Gunting Lagadan, Ketua Malim Gunung Kinabalu 1888-1966”.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluHisyam dan Fareeza. Kami berempat yang terakhir sampai di Low’s Peak.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluKhal, Eyda Dida, Cumie, Din Jengking, Bella dan Amar.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluWolf, Sukh, Din Jengking, Khal, Eyda Dida dan Jasper.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluLepak dulu sebelum turun dari Low’s Peak.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluLow’s Gully. Dikatakan mempunyai kedalaman 1800 meter atau lebih.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAku bergambar dengan St. John Peak (4091 meter)

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluJam aku menunjukkan aku berada di ketinggian 4095 meter dengan suhu 17.2 darjah celcius pada pukul 8 pagi.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPeace uolssss!!!…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTajam puncaknya ni…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluWife bergambar di South Peak.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSouth Peak a.k.a Puncak Seringgit (3922 meter)

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPowered by Shaklee.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu South Peak atau lebih popular dengan nama Puncak Seringgit yang terdapat di belakang duit RM1.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluGroup photo tanpa wolf…hahahahaha… 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluMission success!!!

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluYeayyyyy!!!!!….

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAku dan wife bergambar bersama malim gunung kami.
Dari kiri: Shahrul, wife, aku, Azlan dan Fendi.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBergambar di bawah South Peak.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluKasi close-up sikit dengan banner Misi Kinabalu 2015.

Alhamdulillah, Team TooHotDemo telah berjaya menjejakkan kaki di Low’s Peak dengan selamatnya. Bagai nak gila kami bergambar di atas tu. Lebih kurang pukul 8.30 pagi terus bergerak balik ke Sayat-Sayat Hut untuk lapor diri sekali lagi sebelum terus turun ke Laban Rata. Waktu turun ni barulah nampak permandangan sekeliling. Jom aku kongsikan lagi gambar-gambar waktu turun daripada Puncak Gunung Kinabalu.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan South Peak daripada Summit Plateau.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan daripada atas.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBergerak turun ke Sayat-Sayat Check Point.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPermandangan daripada atas memang cukup membuatkan sesiapa sahaja akan teruja.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDonkey Ears Peak (4054 meter) di tengah dan Ugly Sisters Peak (4032 meter) di kedudukan sebelah kiri.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluRasanya di sebelah kiri ni sebahagian daripada Tunku Abdul Rahman Peak (3948 meter)

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAmar dan Bella.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluItulah Sayat-Sayat Hut.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluGambar aku sedang pandang Sayat-Sayat Hut dan South Peak (Puncak Seringgit)

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDah mula berkabus masa nak turun.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluBeginilah trek naik dan turun.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTali inilah yang kami pegang untuk mendaki di lereng gunung. Baru nampak lerengnya…hihihihihi.. 😀

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluDari sinilah trek bertali bermula hinggalah ke Sayat-Sayat Hut.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTrek daripada Laban Rata.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluPosing kejap…

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluAntara laluan mendaki naik dan turun.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluTrek memang penuh dengan tangga kayu dan tangga batu.

Perjalanan turun ke Laban Rata lebih laju jika dibandingkan semasa mendaki. Mungkin sebab keletihan tadi dah hilang sebab seronok sangat bila berada di puncak…hihihihihi.. 😀 . Sampai di Laban Rata sekitar pukul 10 pagi dan terus ke kafeteria untuk makan serta bersiap turun ke Timpohon Gate. Kumpulan kami terpaksa dipecahkan kepada dua dan ahli kumpulan yang laju akan turun terlebih dahulu untuk mengambil sijil dan medal di Kinabalu Park sebelum pejabat tutup.

Sepanjang laluan ke Timpohon Gate ditemani dengan kehadiran hujan dan aku memang dah malas untuk berhenti bergambar…hihihihihi… 😀 Aku lebih rela ikut trek Mesilau berbandingkan trek Timpohon sebab cukup stress dengan ribuan tangga sepanjang trek. Memang menguji ketahanan lutut kaki. Ada yang kata trek Mesilau lagi susah tapi bagi aku Mesilau Summit Trail lebih seronok daripada Timpohon Gate.

Setelah penat menghayun kaki satu per satu menuruni tangga kayu dan batu, akhirnya sampai di Timpohon Gate sekitar pukul 5 petang. Alhamdullilah, misi dah tercapai dan yang paling penting semua berjaya naik dan turun dengan selamat. Van dah menunggu di Timpohon Gate untuk membawa kami ke Kinabalu Park dan seterusnya ke bandar Kota Kinabalu.

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabaluSemua dah tak larat nak senyum..hahahahaha… 😀

Berakhirlah pengembaraan kami menuju puncak Gunung Kinabalu dalam menjayakan misi yang telah dirancang sekian lama. Aku tak pasti bagaimana keadaan trek selepas kejadian gempa bumi tapi rasanya banyak laluan yang dah runtuh. Rupa bentuk Donkey Ears Peak pasti tidak akan kelihatan sama lagi selepas satu puncaknya patah dan jatuh ke bawah.

Mungkinkah nanti akan ada Misi Kinabalu 2017?…. ermmmm… tungguuuuu… Jom layan video edisi khas pengembaraan kami dalam menjayakan Misi Kinabalu 2015. 😀

Masih ada berbakikan satu hari lagi di Sabah sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Hari yang terakhir di Sabah hanya dihabiskan dengan aktiviti Island Hopping. 😀

eshamzhalim-dan-cheqeem-berjaya-menawan-puncak-gunung-kinabalu-sijil-dan-medalAku dan wife posing dengan sijil dan medal. Dapat 2 sijil kalau mendaki daripada Mesilau Summit Trail (Sijil Mesilau Summit Trail dan sijil berjaya mendaki ke Low’s Peak).

misi-mendaki-gunung-kinabalu-puncak-low-peak-ke-laban-rata-mesilau-trail-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu
Aku dan wife ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua rakan-rakan Team TooHotDemo kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk turut serta dalam pengembaraan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tenaga malim gunung iaitu Atong, Shahrul, Azlan dan Fendi kerana menguruskan urusan pendakian dan juga menjaga keselamatan Team TooHotDemo.

Kepada Gunung Kinabalu, semoga kita akan bersua lagi di masa yang akan datang… InshaaAllah… 😀

Tooo Hot????!!!!!…. 😀

p.s: Masih segar lagi di ingatan mengenai peristiwa “10 langkah lagi, campak tongkat!” dan juga kisah “Tunggu di Puncak Seringgit!” semasa berada di atas puncak kinabalu….hahahahahahaha…. kenangan ini tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. 😀

6 comments to Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 3

  • Bella  says:

    HOTDEMO!!!!! rindu korank..rindu hiking wif all toohotdemo fellas… Campak tongkat itu legend ok!!

    • eshamz halim  says:

      Kisah campak tongkat tu memang legend… 😀

  • sobri  says:

    sumpah abg sham.. baca entry dari part 1-3 memng terinspirasi giler
    lelaki yg romantik sentiasa memberi sokongan kpada isterinya tak kira apa cabaran hehe..
    so sweet baca kisah pendakian bro sham dgn sis em kali ni..
    akan pastikan satu hari nanti puncak gunung kinabalu akan ku tawan! 🙂

    • eshamz halim  says:

      hihihihi… romantik?.. malu lak aku…hihihihihi… ko kena naik jugak puncak kinabalu bro… mmg osem.. 😀

      • sobri  says:

        kena cari pasangan dlu abg sham..
        baru romantik daki sama2..
        tapi gambar tu semua ohsom.. 😛

        • eshamz halim  says:

          hahahahahaha…. cari ler cepat pastu jangan lupa jemput aku dtg kenduri…hahahahaha.. 😀

Isikan Komen Anda Disini