Mizuno Wave Run 2015

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mizuno Wave Run 2015 telah diadakan di Pusat Rekreasi Air, Precint 6 Putrajaya pada 13 Disember 2015. Acara larian anjuran World of Sports Malaysia ini sepatutnya telah dijadualkan pada 27 September 2015 di Dataran Putrajaya tetapi telah ditangguh ke tarikh yang baru disebabkan masalah jerebu yang kronik melanda Malaysia beberapa bulan yang lepas. Ini juga merupakan anjuran bagi tahun ke 10 dan pada tahun ini buat julung kalinya, pihak penganjur telah menawarkan kategori 21km Half Marathon selain daripada kategori kebiasaannya iaitu 10km terbuka dan veteran.

Sebenarnya, aku dan wife memang tak daftar pun larian ni dan kitaorg berlari menggunakan bib orang lain. Aku beli bib orang lain dan wife pun beli bib orang lain…hihihihihi.. 😀 Aku pun tak tahu kenapa aku beriya sangat nak beli bib Mizuno Wave Run ni. Dahlah beli bib orang lain, lepas tu tiba-tiba acara larian ni kena tangguh pula. Nasib baiklah tarikh yang baru ni kitaorg tiada aktiviti apa-apa walaupun sehari sebelum tu kitaorg berlari di Malaysian Unity Run.

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsRedbull Runner… 😀

Peserta bagi kategori 21km Half Marathon telah dilepaskan pada pukul 6.30 pagi dan diikuti dengan kategori 10km selang 15 minit kemudian. Bagi larian kali ni, aku dan wife cuba untuk dapatkan catatan masa terbaik (PB) bagi larian 10km. Mampukah aku dan wife mencatatkan masa terbaik?….ermmmm…jom layan gambar dulu…. 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsGeng Runholic….

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-11Wefie…..

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-13Yeahhhhh!!!!…

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-12Acah-acah naik podium…

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-17Kesian redbull…hahahahaha… 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-18Inilah teman running, teman hiking, teman sleeping, teman gaduh, teman hidup dan pelbagai teman lagi lah…hihihihi.. 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsPenat sangat ni…hahahahaha… 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsTak boleh blah gambar ni…sopan jer….hahahahaha… 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsNasib baik Am tak tolak semua masuk tasik..hihihihi.. 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-07Rimau di tepian tasik… 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsmizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsAwat Azzam tak pandang kamera?… 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-06Romantik tak?…. romantik tak?…hihihihihi.. 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsRedbull dengan Tiger sedang dating…hihihihi.. 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsPeace uolssss!!!!…

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholics-14Abang ni kata selalu nampak kitaorg berlari, terus dia ajak bergambar…hihihihi..Terima kasih bro…cuba cari dalam fb tapi tak jumpa.

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsRavennaku yang setia bersama medal Mizuno Wave Run 2015.

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsCatatan masa dalam apps Runkeeper… berjaya dapatkan PB untuk 10km…yeayyyyy!!!!!… 😀

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-malaysia-putrajaya-runholicsOfficial timing aku 1:18:25 (nett time). Sasaran aku sebenarnya 1 jam 10 minit. Walau apa pun, inilah 10km aku yang paling laju, sebelum ni mesti dalam lingkungan 1 jam 20-30 minit. 😀

Komen aku mengenai acara Mizuno Wave Run 2015:
Bagi aku, Mizuno Wave Run 2015 kurang ‘wow!’ dan seperti acara larian yang biasa. Rasanya ramai juga peserta yang dah daftar tapi tidak dapat turut serta untuk berlari pada tarikh yang baru. Aku dan wife pun kebetulan dapat luangkan masa untuk berlari walaupun menggunakan bib orang lain. Dari segi masa flag off dan laluan larian memang cukup teratur walaupun ramai juga peserta yang terlambat sampai di lokasi larian.

Medalnya agak kecil dan rasanya kesian pula bagi yang dah berlari untuk kategori 21km Half Marathon…hihihihihi.. 😀 Cadangan aku untuk tahun depan, harap penganjur boleh sediakan Finisher Tee bagi peserta kategori 21km Half Marathon disebabkan kategori 21km merupakan jarak yang paling jauh di dalam Mizuno Wave Run. Mungkin kerana ini adalah tahun pertama kategori 21km Half Marathon ditawarkan oleh penganjur.

Aku pun tak tahu apa nak komen lagi…hahahaha…walaupun aku beli bib orang lain tapi bagi aku yuran penyertaannya agak mahal juga untuk kategori 10km. Habis larian hanya dapat medal kecil, sebiji pisang dan sebotol air mineral bagi kedua-dua kategori 10km dan 21km…kalau ada finisher tee untuk peserta 21km mesti lagi menarik kan?……hahahahahaha… 😀

Kesimpulannya, mungkin aku dan wife akan berfikir dulu sebelum sertai lagi untuk tahun depan sebab bagi aku acara Mizuno Wave Run pada tahun ini agak bosan…hihihihihi.. 😀 tapi yang paling seronoknya aku dan wife dapat buat PB untuk 10km di acara ini….ermmm…mungkin sebab bosan kot, tu yang berlari jer dan malas nak singgah untuk bergambar…hahahahaha… 😀

171 total views, 1 views today

Isikan Komen Anda Disini