Moh Ke Perak: Eksplorasi Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku harap anda janganlah bosan dengan entri-entri aku kebelakangan ini yang banyak berkisarkan Taman Negeri Royal Belum….hihihihi.. πŸ˜€ Bukannya apa! ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman aku semasa berada di sana di atas tajaan Tourism Malaysia Perak serta Perbadanan Taman Negeri Perak yang bermurah hati untuk menjemput aku. Mungkin di antara anda yang sudah pernah menjejakkan kaki di Royal Belum dan mungkin juga ada yang belum. Dengan adanya entri-entri seperti ini, pasti akan timbul perasaan membuak-membuak jauh di sudut hati sanubari anda untuk berkunjung ke Royal Belum bagiΒ menulis pengalaman serta melakarkan pengembaraan sendiri di sana. Amat rugi jika tidak ke sana kerana Taman Negeri Royal Belum merupakan satu khazanah negara dan juga permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Explorasi FAM Trip Royal Belum ini menuju ke penghujungnya apabila kami dibawa mengembara ke satu lagi lokasi yang menarik di Taman Negeri Royal Belum iaitu Air Terjun dan Santuari Ikan Kelah di Sungai Ruok. Sebenarnya sudah 2 kali aku merasa kedinginan air terjun dan kemanjaan ikan-ikan kelah di sini tetapi hakikatnya memang tidak pernah puas. Kesejukan dan kedinginan Air Terjun Sungai Ruok sememangnya dapat menyejukkan dan menyegarkan badan. Untuk maklumkan anda semua, selain daripada Air Terjun Sungai Kooi dan Air Terjun Sungai Ruok ni, memang terdapat banyak lagi air terjun di sekitar Taman Negeri Royal Belum tapi aku masih belum berkesempatan untuk meneroka kesemuanya…ermm… mungkin satu hari nanti..Inshaa Allah!.. πŸ˜€

Seperti biasa, kedengaran bunyi enjin bot-bot kecil yang akan menemani kami sehinggalah ke jeti kecil Sungai Ruok. Perjalanan daripada jeti ke air terjun akan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja sekiranya air tasik sedang naik. Tahun lepas, aku terpaksa berjalan lebih kurang 15-20 minit disebabkan air tasik sedang surut dan bot tidak boleh menyusuri jauh ke dalam.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Gambar di atas ni adalah laluan yang kami guna menuju ke Air Terjun Sungai Ruok menggunakan bot kecil hingga masuk ke dalam dan gambar di bawah ni pula adalah laluan yang sama pada tahun lepas semasa air tasik sedang surut. Kami boleh berjalan di situ hingga menuju untuk ke bot. Memang beza kan?…

trekking-air-terjun-ruok-eshamzhalimGambar dari trip yang pertama pada tahun lepas.

Penat berjalan itu hilang entah kemana apabila melihat permandangan Air Terjun Sungai Ruok yang mendamaikan seperti gambar di bawah…hihihihihi. πŸ˜€

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Sebelum aku terlupa, bagi anda yang tidak pandai atau tidak yakin untuk berenang, bolehlah bawa bersama jaket keselamatan untuk bermandi-manda di kolam air terjun itu nanti. Di bahagian tengah kolam air terjun memang agak dalam. INGAT! UTAMAKAN KESELAMATAN… Jom layan gambar kami beraksi apabila jumpa air terjun…hahahahahaha… masing-masing seperti lupa daratan.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Tuan Haji Ibrahim (Pengarah Tourism Malaysia Perak) pun layan air terjun jugak. Kalau nak tahu yang mana satu, tu yang berbaju putih tu haaa…hihihihihi.. memang sportinglah Tuan Haji ni… πŸ˜€

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Shiela, Abang Rosli dan aku berselfie…

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Acara nganga mulut… Ok! semua bukak mulut!…

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Happening tak FAM Trip kami?… hihihi..

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Bunga-bunga FAM Trip Royal Belum..

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Selfie dalam air mestilah ada… aku dengan bro Helmi dari NST

Di samping bermandi-manda tu, jangan lupa untuk bermanja-manja dengan ikan kelah di situ. Mata anda mesti melilau dan tangan mesti terasa gatal apabila melihat sendiri ikan-ikan kelah itu berenang-renang bebas di dalam air, memang banyak ikan kelah di santuari ini tetapi TIDAK DIBENARKAN untuk memancing dan menangkap ikan-ikan ini. Jangan cuba-cuba nak tangkap ikan tu ok!.. tak pasal-pasal kena pekik dengan renjer nanti…hahahahahaha. Kalau ada nasi-nasi lebih daripada houseboat, bolehlah bawa sekali nanti sebab boleh bagi ikan makan. Anda tabur sahaja apa-apa di kolam itu nanti, berebut-rebut ikan makan.. dah macam ikan pirahna jer aku tengok dan sambil-sambil itu, jangan lupa untuk rendamkan kaki bagi sesi fish spa..hahahahahahaha… πŸ˜€

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Fish Spa..

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Groupfie Ikan Kelah pulak.. seekor ikan jer yang pandang kamera..ahahahaha…

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Ikan kelah di sini memang agak jinak dan tidak takut dengan manusia. Waktu aku datang tahun lepas, rasanya banyak jugak ikan kelah yang bersaiz besar tapi sekarang kebanyakkan bersaiz kecil jer. Lebih kurang 1 jam kami berada di situ hinggalah semua anggota badan kecut disebabkan kesejukan…hahahahaha…

Akhirnya, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Air Terjun Sungai Ruok serta Taman Negeri Royal Belum dan memulakan perjalanan balik ke houseboat dan seterusnya pulang kembali kepada kesibukkan kotaraya.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Sekembalinya ke houseboat, kami semua mengemas beg masing-masing dan lepak berborak sementara menunggu houseboat berlabuh di Jeti Sementara Pulau Banding. Sedih pula rasanya untuk meninggalkan Taman Negeri Royal Belum tetapi setiap permulaan pasti ada penghujungnya.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysiaJeti Sementara Pulau Banding.

air-terjun-sungai-ruok-santuari-ikan-sungai-ruok-fish-santuary-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Aku pasti akan kembali lagi ke Royal Belum dan membawa lebih ramai lagi kawan-kawan untuk berkongsi Keunikan Taman Negeri Royal Belum. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada kesemua Team Tourism Malaysia Perak, Team Perbadanan Taman Negeri Perak, pihak-pihak terlibat dalam FAM Trip ini dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan FAM Trip Royal Belum. Anda semua memang best!!!… πŸ˜€ Semoga kita dapat jumpa lagi di FAM Trip yang lain…..hihihihihihi… πŸ™‚

Ok!.. Jom tonton video pula….. Sayangilah dan Jagailah Alam Semulajadi.

Kalau nak tonton dalam Youtube pun boleh, klik jer –> Air Terjun Dan Santuari Ikan Sungai Ruok

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya anda ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, anda boleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu anda… πŸ˜€

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

page-break-dashed-line-01 Mungkin anda berminat dengan entri-entri dibawah:

Isikan Komen Anda Disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.