Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan bloggerku dan pembaca semua? so apa adventure trip korang minggu ni?…. Ok!..Ok!..Β  Jom, aku ada cerita nak kongsi dengan korang semua. Entri “Moh Ke Perak” kali ni, aku bawak korang semua untuk mengembara dan meneroka Gua Tempurung bersama aku. Aku dan wife memang dah lama nak ke Gua Tempurung sebenarnya tapi takde geng lak, maleh nak gi berdua dengan wife aku.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Akhirnya tercapai jugak hasrat kitaorg untuk meneroka Gua Tempurung bersama geng-geng outdoor yang lain. Ada 50 orang yang turut serta dalam trip ni, seperti biasalah…aku cuma kenal 2-3 orang jer (geng-geng outdoor yang aku selalu join). Walaupun ramai yang kitaorg tak kenal tapi biler kat sana macam dah lama kenal jer…hihihihihi.. πŸ˜€ .

Seawal pukul 7 pagi kitaorg dah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke RnR Tapah, tempat berkumpul sebelum nak ke Gopeng. Sarapan dulu sementara menunggu peserta lain. Bagi sesiapa yang tak pernah sampai di Gua Tempurung ni, senang jer sebenarnya, korang ikut jer Lebuhraya Utara Selatan Plus menuju ke Ipoh tapi exit kat Gopeng (jangan sampai ke Ipoh pulak), keluar jer tol Gopeng pastu amik kiri kat simpang 3 lepas tol. Ikut jer jalan tu sampai jumpa papan arah ke Gua Tempurung pastu masuk kiri dan terus ikut jalan tu sampai ke Gua Tempurung. Memang tak akan sesatnya, kalau sesat jugak…entah ler…hihihihihi. πŸ˜€

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Gua Tempurung yang berusia lebih 400 juta tahun itu adalah yang terbesar di Perak, manakala trek guanya sejauh 1.9 kilometer sehala. Terdapat lima kubah yang besar di sini dan dari situlah nama gua ini diambil disebabkan kubahnya yang kelihatan seperti bawah tempurung kelapa.

Nak tahu info lagi tentang Gua Tempurung, boleh ler baca kat gambar di bawah ni…..ekekekeke.. πŸ˜€

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Sementara menunggu peserta-peserta lain sampai, cam biasalah mesti ler bergambar dulu kan…hihihihihi.. tengah kitaorg sibuk bergambar, tertiba ada orang tegur. Rupa-rupanya Bro Janggut daripada Belum Outdoor Adventures, salah seorang krew houseboat semasa kitaorg gi ke Royal Belum tahun lepas. Tak sangka Bro Janggut masih ingat kat kitaorg…ekekekeke… TQ Bro Janggut… :D.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographySelfie bersama Bro Janggut a.k.a Pakcik Eiskrim a.k.a Pakcik Cleaner…tapi sekarang dia dah kerja kat Gua Tempurung ni…

Gua Tempurung menawarkan 4 jenis tour yang boleh dipilih oleh pengunjung, 2 dry tour (tak mencabar) dan 2 wet tour (confirm lenjun ok!..).Β  Organizer kitaorg pilih Tour No.3 iaitu Tour Top Of The World & Short River Adventure. Harga tour korang leh tengok kat gambar di bawah yer….memang berpatutan harganya.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographySumber gambar : Google . Aku terlupa nak snap gambar ni…

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyGeng-geng yang selalu kitaorg join, dorang ni memang kaki outdoor yer… tiap-tiap minggu ada jer adventure trip..kitaorg ni hanya menumpang jer….hihihihi.. πŸ˜€ . Dari kiri: Syam, Syiera dan Jasper.

Akhirnya, tibalah masa group kitaorg untuk meneroka Gua Tempurung tapi sebelum tu kena dengar briefing dulu daripada tour guide mengenai isu-isu keselamatan semasa perjalanan di dalam gua nanti. Tour guide kitaorg Pakcik Manan namanya, dorang cakap dia ni otai ooo kat Gua Tempurung ni.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographySalah seorang tour guide Gua Tempurung yang tengah bagi briefing tu tapi ini bukan Pakcik Manan….

Selesai jer dengar briefing, terasa jantung aku terus berdenyut dengan kencang seperti genderang mau perang…hihihihihi.. πŸ˜€ . Tapi sebelum tu tour guide tu tanya ada tak sesiapa yang mengidap penyakit asma sebab takut sesak nafas pulak dalam gua nanti kan… tak ker naya nanti?. Sesiapa yang ada asma memang dorang tak bagi masuk dalam gua diatas faktor-faktor keselamatan.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyPintu masuk ke Gua Tempurung…

Suasana gelap di dalam gua diterangi oleh lampu spotlight berwarna kuning dan menghasilkan cahaya yang unik di sekitar gua…memang lawa lighting dalam gua tu. Aku nasihatkan, biler korang nak datang sini nanti kena sediakan lampu suluh atau headlight yang high power nyerΒ  sebab korang boleh suluh dengan lebih jauh, dalam gua ni memang besar dan luas. Headlight kitaorg biasa-biasa jer tapi setakat nak suluh depan mata tu nampak ler. Di dalam Gua Tempurung ni korang boleh lihat bermacam-macam bentuk formasi batu di sekitar gua, ada yang bentuk tangan manusia, badan manusia, ikan lumba-lumba, gajah, perempuan sedang mengandung, osama bin laden, obor-obor, zorro, koboi, kuda laut, orang tua dan banyak lagi. Macam-macam korang boleh nampak ooooo… mainan mata jer tuuu sebenarnya…ekekekekeke.. tapi memang menarik. Tour guide kitaorg, Pakcik Manan akan tunjuk satu persatu formasi batu tersebut dan memberi sedikit penerangan. Aku mintak maaf ler sebab tak dapat nak snap gambar-gambar formasi batu tu sebab guna GoPro jer so takleh ler nak zoom sangat pastu cahaya pun tak cukup. Kalau korang nak tengok gak kena la gi Gua Tempurung ok!…ekekekeke.. πŸ˜€

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographySusah lak nak selfie dalam gua ni sebab kurang cahaya so kamera jadi tak betol ler….

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyLawa kan cahaya lampu dalam gua ni…

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyCuba cari ikan lumba-lumba kat gambar ni?… cer cari…cer cari…

Kitaorg terpaksa mengharungi 640 anak tangga untuk sampai ke Platform ke 5 iaitu merupakan kawasan tertinggi di Gua Tempurung. Dikenali sebagai Top of the World dengan ketinggian 125 meter dari aras laut. Penerokaan kitaorg menjadi lebih menarik dan seronok apabila mula menyusuri anak sungai di dalam gua pastu masing-masing perlu merangkak, menggelungsur, menyusur dan meniarap dan menyusup kedalam lubang lubang kecil bagi meneruskan penerokaan. Memang kelakar sebab macam-macam aksi yang dipamerkan oleh geng-geng yang lain….ahahahaha… memang serius kelakar sebab aku asik tergelak jer tengok gelagat dorang.

Jom layan gambar dulu lah…. nak kasi korang semua jeles…ekekekeke.. seronok ooooo……. πŸ˜€

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyLubang ni dipanggil lubang tikus. Wife aku tengah turun ke bawah lubang tuuu…

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyDisebelah bawah lubang tikus, kena ada orang sambut dari bawah….

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyKena merangkak sampai begini tau untuk meneruskan penerokaan…. part ni ler yang paling seronok ooooo…serius seronok…

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyDi dalam terowong gua yang dipenuhi air hingga ke paras pinggang….

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyPun kena merangkak jugak tapi yang ni airnya cetek jer… kebanyakkannya paras peha atau pinggang..

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyBergambar dulu sebelum keluar…. yeaaaaaa… kami sudah, anda biler lagi???…

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographySeram tak?..seram tak?…

Akhirnya, kitaorg semua sampai ke penghujung penerokaan kami dan aku rasa cam tak puas jer, rasa cam nak pusing balik untuk main-main air dalam gua tu. Aku rasa lebih kurang 2 jam jugak ler kitaorg berada di dalam gua tu tapi biler dah enjoy memang tak hiraukan masa la kan…hihihihihi.. :D.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography
Yeaaaa…. kitaorg sudah meneroka Gua Tempurung, anda biler lagi?…. serius seronok ok!..
Untuk membuatkan korang semua bertambah jeles, jom tengok video yang aku rekod semasa dalam Gua Tempurung tu… nak rasa seronok ker tak?.. apa tunggu lagi, tonton ler video kat bawah… πŸ˜€

Kalau nak tengok dalam Youtube pun ada, klik jer kat —-> Explorasi Gua Tempurung

Lepas jer keluar dari Gua Tempurung, terus lunch bersama geng-geng yang lain. Kasi perut kenyang dulu sebab lepas tu kitaorg nak layan White Water Rafting kat Sungai Kampar pulak. Entri White Water Rafting akan menyusul kemudian yer so macam biasa lah …tungguuuuuuuuuuu…… πŸ˜€

Sebelum tu, kalau korang nak gi teroka Gua Tempurung. Bagi tour no.3 dan 4 aku nasihatkan supaya:

1) Wajib bawa lampu suluh atau headlamp. Kalau nak best, beli yang high performance sket.
2) Pakai pakaian yang sesuai, kalau boleh seluar tu biar yang tebal sket. Seluar sukan pun boleh tapi cuba cari yang tebal sket sebab takut terkoyak masa nak mengelonsor turun nanti.
3) Kalau nak best, pakai kasut yang sesuai untuk aktiviti air… cuba cari tapak yang grip. Kasut sukan pun boleh tapi pastikan tapaknya still kuat lagi..kalau tak nanti dalam air boleh tertanggal tapaknya…ekekekekeke.. kasut getah (adidas kampung pun sesuai tapi jangan lupa pakai stokin)
4) Sila bawa makanan ringan dan minuman secukupnya sepanjang trip ini yang diisi di dalam DRYBAG. Drybag amat penting yer, kalau korang taknak peralatan elektronik korang berendam sekali dalam air. Memang perlu merangkak di dalam air yer…kalau tak caya sila tonton video diatas…ekekekekeke… πŸ˜€

20 comments to Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014

  • Khir Khalid  says:

    Fuhh menarik.. eksplorasi ke alam belantara lah kiranya ni kan.. & berkongsi pengalaman di alam maya.. Mmg menarik bro.. serius. T kasih atas perkongsian ye.. seronok tngok gmbr2 tu.. tempat pun menyegarkan.. πŸ™‚

    • eshamz halim  says:

      Memang menarik bro…. sesuai jugak kalau nak bawak family.. ada jer group budak-budak sekolah masuk Gua Tempurung ni jugak… nanti aku nak repeat balik sebab tak puas berendam dlm gua ari tu…ekekekekeke… πŸ˜€

  • sobri  says:

    wah.. exotic and advanture.. rasanya lagi mencabar dari gua gendang ke bro?.. sbab org ckap gua tempurung x lasak.. rasanya smua tu depent on pakej la.. klau ambil yg lasak, advanture jadinya..
    harga ok..not so bad.. berpatutan..siap kena merangkak dlm air ..masuk lubang tikus.. daki tangga!
    view dlm gua tu cantik jugak..tambah2 part yg dkat staligmate skali ada lampu2 plak.. alamak….osama bin ladin ..betul2 hbat gua ni bro.. ayat last! so jeles dgn g-pro! ok bai..ha..ha..ha..

    • eshamz halim  says:

      Mmg best bro… Gua Tempurung kalau nak lasak kena amik pakej tour no 3 & 4, Tour no. 4 yang paling mencabar, jauh dan paling lama (3 jam). Gua Tempurung lagi panjang daripada Gua Gendang tp Gua Gendang ada cabarannya yang tersendiri kan sebab kena trekking dulu.. yup bentuk batu menyerupai Osama bin Laden pun ada oooo…. pakcik guide tu ada tunjukkan. Mmg cantik lighting nya bro.. tp kalau nak merangkak dalam air kena bwk kamera waterproof ler, kalau bwk dslr kena berendam ler jawabnyer…ekekekekeke… πŸ˜€

      • sobri  says:

        owh itulah klau bwa dlsr..mau terendam dlm ayor! ..itulah tgok gmbar lawa ligthing dia kat farmsi2 batu.. abg yg g-pro celop tu? bleh underwater jugak ke? ..

        p/s:waiting entry water rafring pulak…..

  • nanee sharif  says:

    BEST!! Bravo sham…gd article..sgt menarik..paling tabik skali bab jaga camera time adventure gini..teruskan mengembara dan menulis dan mengembara dan menulis dan mengembara.

    • eshamz halim  says:

      TQ kak Nanee,… hihihihi… tak bawak dslr, juz bawak GoPro jer sebab waterproof…. mmg saya akan terus menulis dan mengembara dan menulis dan mengembara dan menulis dan…..berapa banyak dan laaaaaa????…ekekekeke.. πŸ˜€

  • PakcikLie PCL  says:

    meneroka gua tempurung..ahahaaa aku belum lg , entah bila tp ada juga keinginan…selalu ulang alik blk kpg duk lalu tgk dr hiway jer…

    • eshamz halim  says:

      Ada masa nanti..boleh la bwk family bro.. mmg best dan adventure… anak-anak hang pun boleh join sekali… nanti aku nak organize small trip untuk ke sini lagi…kalau ada masa leh aa join sekali…ekekekekeke… πŸ˜€

  • Strider  says:

    aku pernah explore dulu gua tempurung ini…mcm route yang hampir sama ko amik..hehehe..siap lalu tempat KRU buat pengambaran filem Vikings lagi..hehehe..kepada mereka yang suka outdoors activities, explore gua tempurung nie memang berbaloi…

    Regards
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Betul cakap Bro Strider, mmg wajib explore gua tempurung bagi mereka yang suka outdoor activities.. berbaloi-baloi… hihihihihihi… πŸ˜€

  • Abdur  says:

    Cantiknya….

    • eshamz halim  says:

      yup bro…mmg cantik dan best….ekekekeke… πŸ˜€

  • Amirah Izzah  says:

    Huhu..teringat waktu saya dan kawan2 buat eksplorasi gua tempurung tahun 2012..kami amek tour 3 jgk…Masa tu kami just 8 orang semuanya perempuan plus sepasang suami isteri..rasa gua tu betol2 kami yang punya dengan guanya yg tinggi dan besar..btw nice entry !!

  • bromeo  says:

    SALAM BRO. NAK TANYA. TAKDE JUMPA ULAR KE. RISAU GAK KLU DLM AYOR TU ADA ULOR…HEHE

    • eshamz halim  says:

      Hahahahahaha….. setakat ni ok lagi…takde ler pulak jumpa ular…tp mintak2 dijauhkan ler…hihihihihihi.. πŸ˜€

  • Emraneddy  says:

    Memang kita akan gerak dalam grouo ke?kalau kita pergi sana dalam 4 org,nanti kita akan join group lain yg sampai eh?ke kita2 je?

    • eshamz halim  says:

      Biasanya dalam group. Saya akan organizekan event Eksplorasi Gua Tempurung dan White Water Rafting lepas raya nanti. Pagi kita masuk Gua Tempurung, lunch dan lepas lunch kita water rafting. Bolehlah join sekali nanti. Detail nanti saya akan updatekan dalam blog ni. Tungguuuuuuuuu……..hihihihihi.. πŸ˜€

  • NRMN  says:

    kat sane ade sediakan x head torchlight??

    • eshamz halim  says:

      Takde..itu peserta kena bawak sendiri. πŸ˜€

Isikan Komen Anda Disini