Moh Ke Perak: Galeri Arkeologi Lembah Lenggong #VMY2014

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia-2014-vmy2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Entri ‘Moh Ke Perak’ kali ini aku akan bawa korang semua ke salah satu tapak warisan dunia iaitu Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dalam misi untuk mencari Perak Man. 😀

FAM Trip Tourism Malaysia Perak sempat membawa kitaorg untuk meluangkan masa di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang terletak di Kampung Kota Tampan, Lenggong. Galeri ini dulunya dikenali juga sebagai Muzium Arkeologi Lenggong dan terletak jauh daripada jalan besar di dalam kawasan bekas ladang kelapa sawit. Apa yang menariknya di Lembah Lenggong ni ialah kawasan ini dikatakan pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini. Aku difahamkan juga Lembah Lenggong ini dapat mengupas sejarah tamadun manusia pertama yang bertapak di Asia Tenggara bermula sekitar 2 juta tahun dahulu dan meliputi Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Korang mesti pernah belajar sejarah tamadun manusia ni masa di sekolah dulu kan tapi aku rasa mesti korang dah terlupa kan?….ahahahahaha..pun sama macam aku jugak!..

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotographyMasa ni aku pakai t-shirt SBB 2014 bagi tujuan untuk promosi url blogger-blogger yang ada kat belakang baju tu…ekekekekeke…

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotographyBangunan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Galeri ini dibina di lokasi ini berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud sekitar 74,000 tahun dahulu dan lokasi ini juga merupakan tapak terawal bermula di Kota Tampan. Lembah Lenggong juga dipercayai banyak menyumbangkan data mengenai khazanah-khazanah pra-sejarah yang tersembunyi dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu.

Kalau korang semua nak tahu, Lembah Lenggong juga telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 yang telah meletakkan nama Malaysia dalam peta arkeologi dan pelancongan sedunia.

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

Banyak jugak koleksi pra-sejarah di Galeri Arkeologi ini tapi aku pun tidak berkesempatan untuk meninjau kesemuanya. Antara koleksi-koleksinya seperti di bawah ni haaa…..

  • Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin
  • Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum, Gua Gunung Runtuh dan lain-lain tapak di Lembah Lenggong
  • Rangka ‘Perak Man’ yang berusia 10,000 – 11,000 tahun ditemui di Gua Gunung Runtuh
  • Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi
  • Koleksi barangan masyarakat orang Asli dan perkaitannya dengan kehidupan manusia pra-sejarah
  • Lukisan di Gua-gua dan kajian terhadap tapak Arkeologi Sezaman dengan Lenggong
  • Alat-alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti Tembikar, Alat Batu, Perhiasan diri, Acuan dan Kapak Gangsa

Kitaorg semua telah dibawa untuk menonton satu video khas mengenai Perak Man sebelum di beri penerangan tentang koleksi-koleksi khazanah pra-sejarah yang terdapat di situ. Terima kasih juga aku ucapkan kepada kakitangan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang sudi menemani FAM Trip kitaorg disepanjang tempoh lawatan.

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

Bangunan galeri ini mempunyai 2 tingkat dan di tingkat bawah banyak dipamerkan dan menerangkan maklumat-maklumat mengenai sejarah kewujudan manusia mengikut zaman serta khazanah batuan pada zaman itu manakala di tingkat atas pulak  kebanyakkannya pameran mengenai tamadun manusia dan juga sejarah bagaimana usaha yang dilakukan sehingga mendapat pengiktirafan warisan dunia daripada UNESCO.

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography

Segan nak bagitahu sebenarnya tapi ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dan sebenarnya agak teruja jugak sebab dapat lihat sendiri rangka asal Perak Man (Manusia Perak). Siapakah Perak Man?.. Tidak! Tidak!.. Perak Man bukan diperbuat dari logam silver!…. daripada pendapat aku mungkin disebabkan terjumpanya rangka ini di negeri Perak dan di situlah wujudnya nama Manusia Perak atau Perak Man.

Jangan risau, aku ada cari info untuk korang baca kat bawah ni haaa….

INFO PERAK MAN

<– Manusia Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan Perak Man adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari Zaman Batu Era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai Congenital Deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi “foetal”, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Manusia Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah (“atrophied “) dan satu jari cacat. –>

Sebelum ni rangka asal Perak Man telah disimpan dan dipamerkan di Muzium Negara dan pada tahun ni Perak Man telah dikembalikan semula ke tempat asalnya iaitu Lembah Lenggong. Bak kata pepatah melayu “Sirih pulang ke gagang”…hihihihihi..

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography-03Sirih pulang ke gagang…

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotographyIni adalah rangka Perak Man yang asli.

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotographyIni pulak replika Perak Man yang dipamerkan di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong apabila rangka asli disimpan di Muzium Negara.

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotographyMyKad Perak Man

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-warisan-negara-tourism-malaysia-perak-famtrip-unesco-shamphotography-04Di ruang inilah Perak Man dipamerkan.

Perak Man merupakan tarikan utama di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ini dan aku rasa mesti ramai penduduk tempatan di situ gembira apabila rangka Perak Man ni kembali semula ke galeri ini.

Sekiranya korang melalui kawasan lenggong atau ingin berkunjung ke galeri ini untuk mengetahui khazanah pra-sejarah serta ingin menyaksikan sendiri rangka Manusia Perak, bolehlah meluangkan masa di sini. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh rujuk di bawah ni haaa….

Galeri Arkeologi Lenggong
Jabatan Warisan Negara Zon Tengah
33400 Kota Tampan
Lenggong, Perak
Tel : 05-7679700 / Fax : 05-7679703
Website : www.heritage.gov.my

Hari dan Masa Lawatan
Isnin – Ahad : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang

Yuran masuk : Percuma

Aku sertakan peta sekali kat bawah ni…..

peta-galeri-arkeologi-lembah-lenggong-shamphotography-tourism-malaysia-perak-perakman

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

2 comments to Moh Ke Perak: Galeri Arkeologi Lembah Lenggong #VMY2014

  • sobri yaacob  says:

    wah untunglah sbab dpt tgok real perak man..
    saya dlu tgok replika je.. good info abg sham..
    ye la kita pun lpas tinggal skolah dah memng byak sjarah2 mcm ni dlupakan..
    jadi rajinlahlah ke muzium ya :Pesanan penaja 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. menarik tempat2 mcm ni… bnyk pengetahuan yg dpt diperolehi. Aku mmg suka benda2 sejarah ni… yg buat lagi menarik ialah ic tu hehee… sempoilah.. 😀 😀
    Thanks sharing bro Sham!!.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini