Moh Ke Perak: Homestay Pendiat Bota Kanan Perak #VMY2014

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kampung Pendiat adalah lokasi pertama yang dilawati oleh FAM Trip Jom Mancing Udang anjuran Tourism Malaysia Perak semasa program ini berlangsung. Ketibaaan FAM Trip kitaorg disambut meriah dengan paluan kompang, persembahan silat dan juga jamuan makan tengahari dengan hidangan masakan kampung yang sungguh menyelerakan.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPersembahan silat oleh adik-adik Kampung Pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakSajian masakan kampung yang cukup menyelerakan.

Terlebih dahulu, jom aku ceritakan serba sedikit mengenai Kampung Pendiat. Kampung Pendiat terletak di Bota Kanan, Perak dan menawarkan pakej penginapan Homestay bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan harmoni serta jauh daripada kesibukkan kotaraya. Menurut maklumat yang aku perolehi, Kampung Pendiat ini merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3km persegi di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Apa yang menariknya Homestay Pendiat ini ialah masih terdapat warisan berzaman yang dipraktikkan sehingga kini seperti permainan rebana, marhaban, seni pertahanan silat gayung, pelbagai makanan tradisional dan permainan tradisional.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Pelbagai aktiviti air yang amat menarik boleh dilakukan di aliran Sungai Perak seperti memancing, menjala serta mengagau ikan, berkayak dan berakit khas buat para pengunjung yang menginap di Homestay Pendiat. Selain daripada aktiviti air, Homestay ini juga terletak berhampiran dengan beberapa produk pelancongan yang terkenal di negeri Perak yang boleh dilawati oleh pengunjung seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak serta juga Lumut iaitu sebuah Bandar Pelancongan dan Maritim.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menginap di Homestay Pendiat, aku sertakan maklumat pakej serta senarai aktiviti yang cukup menarik dibawah  ni haaa.

Pakej Homestay Pendiat:

  • Sambutan selamat datang.
  • Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
  • Penginapan di rumah keluarga.
  • Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung.

Aktiviti Homestay Pendiat:

  • Lawatan ke Industri kecil dan sederhana (IKS).
  • Persembahan Kebudayaan.
  • Lawatan sekitar kampung.
  • Sukan rakyat.
  • Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan.
  • Penyerahan cenderamata.

Untuk tempahan ataupun sekiranya masih memerlukan maklumat yang lebih lanjut, bolehlah menghubungi maklumat di bawah:

Puan Mariam binti Ishak
Pengerusi / Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056 Bt 7 3/4
Kampung Pendiat Bota Kanan, 32600 Bota
Perak Darul Ridzuan
Tel: 017-579 6251
Email: [email protected]
Facebook : Homestay Pendiat

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Jom aku coretkan sedikit pengalaman-pengalaman manis ketika berada di Kampung Pendiat. Perjalanan program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Alias bin Abdul dan selepas itu satu sesi taklimat telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat selepas jamuan makan tengahari oleh Puan Mariam binti Ishak selaku Pengerusi Homestay Pendiat yang bertujuan untuk memberi penerangan serta memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Homestay Pendiat ini. Kitaorg juga telah diperkenalkan dengan Ketua Kampung Pendiat iaitu Tuan Haji Shaidin bin Nekmat yang telah menyampaikan sedikit ucapan ringkas serta mengalu-alukan lawatan kitaog dan diikuti pula sedikit ucapan ringkas oleh Tuan Haji Ibrahim Seddiqi yang merupakan Pengarah Tourism Malaysia Perak.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakBarisan VIP

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakSelfie dengan Blogger tersohor Khir Khalid.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPara peserta FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 yang terdiri daripada wakil media, agen pelancongan dan wakil blogger.

Sayangnya masa yang ada adalah terlalu singkat untuk kitaorg meneroka segala keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Kampung Pendiat disebabkan terpaksa memberi fokus kepada tujuan utama program ini iaitu Jom Mancing Udang 2014. Masa yang ada tidak sama sekali di persia-siakan, kitaorg dibawa ke sebuah rumah lama Residen British yang dikatakan telah berusia 200 tahun dan selepas itu kitaorg dibawa pula ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan serta melawat sebuah perniagaan IKS (Kuih Bangkit Seri Pendiat) di sekitar Bota Kanan.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakAku berselfie dengan Khir Khalid dan D.Shahril

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakRumah Residen ini sering dijadikan lokasi pasangan pengantin baru untuk bergambar.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPandangan sisi…

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakMasih berdiri teguh walaupun telah berusia 200 tahun.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPusat Konservasi Tuntung yang akan aku ceritakan di entri yang akan datang..

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPerusahan IKS Kuih Bangkit Santan Seri Pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakProduk yang telah siap untuk dipasarkan.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakProses pembuatan kuih bangkit santan seri pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Di sebelah petang pula, kitaorg berpeluang untuk mengikuti dan merasai sendiri pengalaman aktiviti sukan rakyat yang dikelolakan oleh penduduk Kampung Pendiat. Memang seronok dan betul-betul mengimbau kembali zaman kanak-kanak dengan permainan sebegini.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakDiantara acara sukan rakyat.
Kredit gambar: FB Tourism Malaysia

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakAcara boling menggunakan buah kelapa.
Kredit gambar: FB Tourism Malaysia

Kitaorg dijamu dengan minum petang sebelum mengakhiri program dengan upacara menyampaian cenderamata kepada para peserta dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah memenangi acara sukan rakyat. Masih terasa lagi kemanisan bubur anak lebah yang disajikan khas kepada pengunjung Homestay Pendiat dan bagi aku itu adalah salah satu keunikan dari segi makanan yang terdapat di Kampung Pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakBubur anak lebah ni memang menyengat….
Kredit gambar: FB Tourism Malaysia

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakTerima kasih kepada warga penduduk Kampung Pendiat dan sememangnya satu pengalaman yang manis.

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

9 comments to Moh Ke Perak: Homestay Pendiat Bota Kanan Perak #VMY2014

  • Mawardiyunus  says:

    wah meriah. en khir khalid pon ada 🙂

    • eshamz halim  says:

      memang meriah… blogger tersohor khir khalid pon ada join sekali… 😀

  • nanatron14  says:

    homestay ni terima ke kalau yang menginap hanya dua orang ? masih dijalan kan ke aktiviti2 yang dinyatakan tu ?

    • eshamz halim  says:

      Rasanya boleh jer 2 org …. kalau berminat leh laa kolling2 no tel kat atas tuu… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Mmg meriah kat kg Pendiat ni… in shaa Allah, ada kesempatan lain mmg aku bercadang nak bermalam beberapa hari kat Homestay Pendiat… cari inspirasi smbil mancing dlm botol mcm bro tu ahahaa…
    Pss.. Tengok bubur anak lebah tu buat aku teringat2 kesedapannya… mmg menyengat!!.. Kecurlah pulak neh.. 😀 😀

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… mesti best kan kalau dpt bermalam kat sini ari tuu… leh layan kayak…. mancing dlm botol tu yg legend tuuu…. 😀

  • Hasnieda  says:

    Meriahnyaaa… suasana kampung mmg sgt mendamaikan…

    • eshamz halim  says:

      Memang meriah, tenang dan mendamaikan….. 😀

  • sha  says:

    Wah best dptbkonvoi ramai2..
    suasana kg pulak tu..tenang je..
    Follow & singgah..
    Salam dr
    tellingstory11.bligspot.com

Isikan Komen Anda Disini