Moh Ke Perak: Hutan Lipur Lata Kekabu #VMY2014

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Aku ada menulis mengenai Galeri Arkeologi Lembah Lenggong beberapa hari kebelakang ni kan. Sudi-sudi ler klik kalau nak tahu kisah galeri tu dan bagi entri ‘Moh Ke Perak’ kali ni, aku nak bawa korang untuk meneroka satu lagi kawasan menarik di Daerah Lenggong iaitu Hutan Lipur Lata Kekabu. Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh daripada Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, aku rasa lebih kurang 2 kilometer jer jaraknya atau 9 kilometer dari Pekan Lenggong dan 25 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar – Gerik. Bagi korang yang tinggal sekitar kawasan Kuala Kangsar, Lenggong ataupun Gerik mesti cukup kenal dengan tempat perkelahan ni kan. Bagi yang tak pernah datang sini atau yang teringin nak berkunjung di sini, bolehlah rujuk pada peta di bawah ni haaaaa……

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Dari jalan besar korang akan nampak papan tanda ke Hutan Lipur Lata Kekabu dan masuk lorong ke Hutan Lipur Lata Kekabu melalui jalan yang berturap hinggalah sampai di tapak letak kereta yang luas. Jarak dari jalan besar ke tapak parking tu, aku rasa lebih kurang dalam 1-2 kilometer jer. Tapak letak kereta memang luas dan selesa, korang tak perlu risau kot pasal parking. Ada juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di tapak letak kereta kat situ.

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyGerbang masuk Hutan Lipur Lata Kekabu

Hutan Lipur Lata Kekabu ni memang sesuai untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu bersama keluarga. Yang paling menariknya, di sini banyak jugak kemudahan yang disediakan khas untuk pengunjung seperti tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi bagi korang yang ingin tinggal lebih lama atau menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi atau pun riadah. Kalau nak berkhemah di sini lama mana pun tak payah risau sebab memang selesa dan semua kemudahan dah disediakan.

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyOk! nak kemana dulu ni?….

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyDewan..

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyTandas dan bilir air.. gambar surau aku lupa nak snap tapi kat area sini jugak…

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyNi nak buat tempat khemah pun boleh… tapi ada lagi tapak khemah yang lebih sesuai..

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyTempat untuk berehat…

Aku tak sempat nak teroka semua kawasan di Hutan Lipur Lata Kekabu ni disebabkan kesuntukkan masa pastu dapat singgah pun sekejap jer. Walau apa pun sempat ler jugak ronda-ronda sambil snap gambar pastu berendam dan menyelam kat sungai di situ. Air sungai yang dingin dan sejuk Hutan Lipur Lata Kekabu memang membuatkan badan kembali segar tapi lepas tu mesti mengigilnya…ahahahahaha. Di penghujung tempat berkelah tu ada air terjun setinggi 4 meter mencurah ke dalam kolam perkelahan pastu ada terdapat jambatan gantung yang disediakan bagi pengunjung yang ingin menjelajah hutan di sebelah ulu tapi aku tak sempat nak ke sana. Takpe!..takpe! mungkin lain kali…

Jom layan gambar pulak….. 😀

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyTenang dan damai jer kan… derusan air sungai yang akan membuat jiwa tenang…

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyKawan-kawan FAM Trip..

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotography2 awek di tengah-tengah tu ialah Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Perak… (Cik Shiela dan Cik Farhana)…gelak besar nampak..

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyHabis kamera aku kena simbah dengan air…

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographyBaju Bike Ride Padang Rengas…

hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-air-terjun-perak-tourism-malaysia-perak-shamphotographySelfie di dalam air mestilah ada ok!…

Hutan Lipur Lata Kekabu ini adalah diselenggara oleh Jabatan Perhutanan Perak. Kebanyakan pokok di sini telah diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Lata Kekabu. Kawasan ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang untuk pengunjung dan bagi aktiviti perkhemahan dan bermalam pula, korang mesti minta kebenaran dengan Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak,
33300 Grik, Perak
Tel.    : 605-7912 384
Faks  : 605-7913 797

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

4 comments to Moh Ke Perak: Hutan Lipur Lata Kekabu #VMY2014

  • Anwar Abdullah @ Kaio  says:

    fuhhh. sekarang ni bulan puasa. lapar dahaga. lepas tu panas pulak. tengok gmbar tu dapat mandi kat air sungai tu mesti nyaman. laaaaagilah tergoda iman ni. hoho..

    so, bro memang attach dengan tourism perak eh? berjalan. share lah sikit.

  • Khir Khalid  says:

    Pehhh… segar rasa bila tengok gambar2 ni. Mmg semulajadi & menyeronokkan. Apa pun selfie dlm air tu mmg terbaik. Nnti aku pun nk buat guna tab aku boleh tak… aku balut dgn plastik kedap air hohoho.. 😀

  • kak yatiadam  says:

    indahnya ciptaan Allah swt.. akak memang suka tempat2 macam ni..
    best bercuti dgn family..

    jemput jalan2 ke blog akak yr..

    • eshamz halim  says:

      Memang sesuai untuk bercuti dengan family..nanti saya terjah blog akak yer.. 😀

Isikan Komen Anda Disini