Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Royal Belum…hihihihihi.. 😀

Entri Royal Belum kali ni lebih berunsurkan penceritaan secara santai jer sebenarnya. Aku nak bercerita al-kisah aktiviti berakit semasa di Kem Sungai Tiang, Royal Belum. Mungkin di antara korang dah biasa dengan aktiviti berakit tapi bagi aku ini adalah kali pertama….hihihihihi… 😀

Aktiviti berakit ni sebenarnya ialah salah satu program yang telah diselitkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak khas buat FAM Trip Royal Belum kitaorg. Sebelum terlupa, terima kasih juga diucapkan kepada Puan Noor Fadhilah Ismail daripada Perbadanan Taman Negeri Perak yang sentiasa sudi melayani karenah kitaorg semenjak dari hari pertama lagi…hihihihihi.. 😀 .

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Dorang berdua ni langsung tak turun ke tasik…hihihihihi…

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aku bergambar dengan Pegawai Renjer Taman Negeri Perak

Bagi korang yang akan ke Royal Belum dan bermalam di Kem Sungai Tiang nanti, bolehlah mencuba aktiviti berakit ni tapi aku rasa mungkin kena bincang atau minta kebenaran dulu dengan pihak yang bertanggungjawab menguruskan lawatan korang di Royal Belum. Aktiviti berakit sememangnya boleh dijadikan daya tarikan dan boleh diselitkan juga di dalam jadual aktiviti lawatan ke Royal Belum nanti. Seronok jugak dapat beriadah begini bagi mengisi masa lapang semasa di Royal Belum disamping dapat beramas-mesra dengan alam semulajadi.

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Dari kiri: Puan Noor Fadhilah, Puan Diana dan lupa lak nama sorang lagi ni….hihihihi…

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Ini merupakan kali kedua aku bermandi mandi di tasik Royal Belum. Kali pertama aku terjun tiruk ke dalam tasik ni pada tahun lepas pastu kitaorg main polo air beramai-ramai. Ini pun satu aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada berakit. Aku nasihatkan jangan ler korang pikir yang bukan-bukan semasa berada di dalam tasik tu….. nanti haru biru lak jadinya….tapi jangan risau sebab life jacket ada disediakan  ..ahahahahaha… 😀

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Menanti sunset di tengah tasik Royal Belum…hihihihi…

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Dayung jangan tak dayung…hihihihi… 😀

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Cik Farhana (Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Perak)

Mesti korang ingat air tasik tu sejuk kan?…. tapi sebenarnya suhu di permukaan tasik hanya suam-suam kuku jer tau!.. mungkin kalau kedalaman lebih daripada 1 meter baru suhunya akan bertukar menjadi sejuk. Bila semua dah sampai keriangan tahap dewa, macam-macam gelagat dan aksi yang keluar…ahahahaha… lawak betul dorang semua.. 😀

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Blogger bro Sobri Yaacob mempamerkan aksi buaya puchong menggunakan rakit…ekekekekeke….

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aksi underwater selfie aku dan Dik Wan….

Seperti biasa, entri ini tidak akan lengkap tanpa video. Jom tonton video FAM Trip kitaorg melakukan aktiviti berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ke tepian….hihihihi.. 😀 . Mesti perasaan korang akan membuak-buak untuk ke Royal Belum selepas tonton video ni…ahahahaha.. 🙂

Kalau nak tonton dalam Youtube pun boleh, klik jer —> Jom Berakit Di Royal Belum

Bagi korang yang berminat untuk berkunjung ke Royal Belum, boleh ler hubungi dengan salah satu agensi yang aku ada nyatakan pada entri  Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014 atau korang boleh jer berhubung dengan Pejabat Tourism Malaysia Perak.

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

9 comments to Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014

  • eshamz halim  says:

    Testing.. Testing… 😀

  • nanatron14  says:

    hahahha besssttt!

    cung ganba ko berdiri atas rakit menanti sunset tu.
    sobri pose buaya puchong??? hahaha sejibik sama !
    ko tak tanye renjer ke..ikan kat tasik tu karnivor tak…kot dia ngap kaki korang ! errkk…

    lagisatu soklan yang tak related : ganba header web ni, yang ko n wife posing pakai baju diving tu kan…tudung kepala wife tu…dia beli katne eh….tolong tanyekan. 😀 tu tudung biasa or cap diving ?

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha… semestinya best kan…. Sobri mmg ada gaya buaya puchong kan…ekekeke… jgn tanya apa yg ada dalam tasik tuu… naya kang… 😀

  • D_08  says:

    siriyesli …. trip tak best… sebab tak cukup korem…. kekekeke…. naseb baek aku tgh tak boleh masa tu ….. kalo takkkk…. maklumle… ROyal Belum ni top peberet dlm list yg aku suke pegi…

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha…. best ooooooooo… eleh!.. jeles ler tuu..hihihihi… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Mmg best.. seronok + syok.. indah & mengasyikkan.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang seronok bro….. mandi air tasik…ekekekeke.. 😀

  • The Province of Chroma  says:

    We were in Royal Belum a few months back. Seriously, memang best gile. A short nature retreat for all of us. Tapi kami tak naik houseboat yg mewah mcm kat atas. Yg biasa biasa jek. Tapi our house boat operator dapat tangkap ikan toman dari tasik tue. First time tgk. Boleh tahan besar jugak lar.

    • eshamz halim  says:

      Memang best kan… u pergi dengan Belum Outdoor Adventure ek?… Aku pun pernah ikut BOA jugak last year. Ikan Toman ek… huyooooo…best2… maybe lepas ni banyak lagi trip yang aku akan join ke Royal Belum. Memang tak pernah gi sana…ekekekeke… 😀

Isikan Komen Anda Disini