Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Mesti anda dah biasa baca entri aku bersegmen ‘Moh Ke Perak’, dalam usaha aku bersama-sama pihak Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan tempat tarikan pelancongan terutamanya di negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis bagi segmen Moh Ke Perak ni tapi nak mencari masa untuk menulis tu sangat mencabar, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang lepas.

Entri kali ni, aku akan membawa anda semua untuk kembali ke alam semulajadi. Aku pasti ramai yang biasa dengar mengenai Royal Belum kan?. Mustahil la kalau tak pernah dengar. Aku sebenarnya sangat teruja untuk menulis entri kali ni sebab tempat ni merupakan salah satu tempat kesukaan aku.

Royal Belum!… memang sebuah tempat yang penuh dengan mistik dan keunikan flora dan fauna. Aku pun dah selesai menulis mengenai FAM Trip Bike Ride di Padang Rengas serta tempat-tempat yang menarik di Kuala Kangsar di entri-entri sebelum ni. Kali ni aku bersama-sama kumpulan FAM Trip yang sama dalam misi untuk meneroka keindahan semulajadi yang terdapat di Hutan Simpan Royal Belum.

Ini adalah kali kedua aku bertuah kerana dapat menikmati keindahan di Royal Belum. Bagi anda yang dah lama mengikuti blog ni, pasti pernah terbaca kisah aku, wife dan rakan-rakan yang lain dalam misi explorasi buat pertama kali ke Royal Belum pada tahun lepas. Anda boleh baca entri tu di url di bawah ni haaaa…..

Royal Belum Adventure Trip – 1st Episode
Royal Belum Adventure Trip – 2nd Episode

Bagi entri kali ni, jom aku bawa anda untuk mengimbau semula kisah dan sejarah mengenai Hutan Royal Belum. Sejarahnya memang panjang tapi aku cuba ringkaskan mana-mana bahagian yang penting.

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Anda mesti dah pernah dengar mengenai Hutan Amazon kan? dan mesti anda rasa Hutan Amazon merupakan hutan yang tertua di dunia. Ermm!!… salah sebenarnya fakta tu!.. Walaupun Hutan Amazon berkali ganda lebih luas daripada Hutan Royal Belum tetapi Hutan Royal Belum merupakan hutan yang tertua di dunia. Berdasarkan bukti saintifik dan sejarah, memang ternyata usia Hutan Royal Belum adalah 130 juta tahun lebih tua dari Hutan Amazon.

Hutan Royal Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan “gazette” sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diterokai manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Mengikut sesetengah sumber yang aku dapat, sebenarnya nama Hutan Belum ni diberi sempena bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan tersebut. Dikatakan belalang besar tu menghasilkan bunyi yang kedengaran seperti belum, belum, beluuuuummmm!. Apa yang dapat aku kupas lagi, kawasan di dalam tasik yang mengelilingi sekitar Hutan Royal Belum dan Temenggor ni dahulunya terdapat perkampungan Orang Asli yang dinamakan Kampung Belum. Perkampungan tersebut telah dipindahkan dan kawasan tersebut telah ditenggelamkan akibat pembukaan empangan untuk mengelakkan kedatangan dan kegiatan komunis pada ketika itu.

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Hutan Royal Belum sememangnya kaya dengan pelbagai biodiversiti serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai. Dianggarkan, Hutan Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai. Hutan Royal Belum juga mempunyai 3 daripada 20 spesies bunga terbesar di dunia (Bunga Pakma atau Rafflesia), di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Almarhum Sultan Azlan Shah. Hutan Royal Belum juga menjadi habitat hidupan liar seperti Burung Enggang, Badak Sumbu Sumantera, Gajah, Beruang Matahari, Harimau Malaya dan Tapir serta juga mempunyai tarikan sungai seperti Sungai Kejar, Sungai Papan, Sungai Ruok, Sungai Tiang dan Sungai Kooi.

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalimAku bergambar dengan Bunga Rafflesia Azlanii semasa trip pertama aku pada tahun lepas.

Hutan Belum diisytiharkan sebagai Royal Belum (Hutan Diraja Belum) oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 2003 serta telah diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Hutan Royal Belum juga dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan hidupan liar.

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalimAir Terjun Sungai Kooi di Royal Belum

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Itu adalah serba sedikit maklumat dan sejarah mengenai Hutan Royal Belum yang dapat aku salurkan di entri ni. Sebenarnya, banyak jugak program disepanjang tempoh 3 hari 2 malam FAM Trip kami berada di sana. Kali ini, segala urusan penginapan serta program-program diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak serta dibantu oleh Tourism Malaysia Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority). Kat bawah ni, antara program-program semasa kami berada disana yang akan aku ceritakan nanti.

  • Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014
  • Melawat perkampungan Orang Asli Jahai
  • Meneroka Air Terjun Kooi dalam misi mencari Bunga Rafflesia
  • Meneroka Sungai Ruok dan berjinak-jinak dengan ikan kelah
  • Mengenal pasti flora dan fauna dan melawat sira garam di Kem Sungai Papan
  • Aktiviti berakit di Kem Sungai Tiang

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalimAku bergambar di Kem Sungai Tiang iaitu salah satu kem yang terdapat di Hutan Royal Belum.

Bagi entri permulaan ni, aku akan berkongsi tentang bagaimana hendak ke Hutan Royal Belum dan maklumat-maklumat yang penting untuk ke sana.

Bagaimana Untuk Ke Hutan Royal Belum?

Setakat ni ada 2 cara untuk ke sana:-

1- Memandu dengan mengunakan pengangkutan sendiri.

Menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan Plus dan susur keluar exit 143 kuala kangsar. Terus memandu menuju ke Gerik, sila ambil laluan kanan jalan apabila jumpa bulatan untuk ke kelantan sehingga sampai ke Jeti Pulau Banding. Anda tak perlu risau sebab banyak papan arah disediakan sepanjang jalan yang boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Aku cadangkan kalau anda nak beli barang keperluan atau nak isi minyak, boleh ler berbuat demikian di Pekan Gerik sebab perjalanan seterusnya tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian.

2- Menaiki kenderaan awam bas dan teksi

Menaiki bas daripada Kuala Lumpur, Penang, Ipoh atau Kelantan untuk ke stesen bas gerik dan pastu boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik untuk ke Jeti Pulau Banding.

Maklumat Mengenai Pakej Hutan Royal Belum

Bagi anda yang berminat atau ingin mengetahui pakej yang disediakan untuk ke Hutan Royal Belum ni bolehlah berurusan dengan agensi-agensi dibawah ni haaa…

i) Melalui Pihak Perbadanan Taman Negeri Perak

Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Banggunan Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak, Jalan Sultan Abd Aziz
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.

Tel: 05-7914543/05-7917858
Email: [email protected]
Website : Royal Belum State Park

ii) Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak

Zulkarnain Manas : 019 – 408 3043
Azmi : 012 – 578 9554
Samsudin : 019 -526 0067

iii) Melalui Pihak Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding, 33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-791 6800
Fax: 05-791 7600
Email : [email protected]
Website: Belum Rainforest Resort

iv) Melalui Pengusaha-Pengusaha Houseboat

Arus Belum Houseboat adalah salah satu pengusaha houseboat di Royal Belum serta terdapat juga pengusaha-pengusaha yang lain.

Arus Belum Houseboat
Arus Belum Sdn. Bhd, Royal Belum
Gerik 33320, Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-7917909/ 019-5260067 ( Din @ Gopa) / 019-3455233 ( Zain)
Email: [email protected]
Website: Arus Belum

v) Melalui Agensi Pelancongan yang berdaftar

Zuk Travel & Tour Sdn. Bhd. merupakan antara agensi pelancongan yang berpengalaman dalam menguruskan pakej pelancongan di negeri Perak.

Zuk Travel & Tours Sdn Bhd
Tel: 010-2254 668
Email: [email protected]
Facebook Pages: Zuk Travel & Tours

Rasanya entri ini tidak akan lengkap tanpa video….hihihihi… ni aku ada siapkan 1 video khas montage mengenai lawatan kami ke Hutan Royal Belum. Aku sajer jer nak bagi anda semua jeles…hihihihihihi… 😀

Aku akan menceritakan lebih banyak lagi mengenai lawatan FAM Trip kami di sana di dalam entri-entri yang akan datang….. tungguuuuuuuuuuu………. 😀

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya anda ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, anda boleh hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu anda… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

6,587 total views, 2 views today

11 comments to Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014

  • nanatron  says:

    baruuuu je nak karang pasal Royal Belum…
    tapi mine more personal touch…kalu bab2 fakta pasal hutan ni, ko menang hands down ! hahaha. tapi utan ni memang besar kannn….tak sangka dah nk dkt Thailand gak kami pegi tuari…

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha… tu laa.. tertunggu-tunggu gak entri Royal Belum Nanatron ni… aku nyer untuk personal touch mengenai royal belum dah pernah tulis tahun lepas… bagi entri ni..aku wat khas usahasama dengan tourism malaysia perak so kena lebih kepada infomation…ekekekeke… 😀

  • Strider  says:

    rasa rugi plak tak ikut member pergi royal belum aritu..tapi tu laa, dorang pergi weekdays..mana den nak dpt cuti..hehehe..insyallah nanti kalau ade rezeki nak datang sini laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Wajib pergi sini bro… memang best dan menarik…. dapat beramas mesra dgn nature…. aku budget mmg nak organizekan 1 trip ke sini nanti… 😀

  • sobri yaacob  says:

    perh memng menarik..salah satu destinasi pcutian yg korang wajib pergi di perak..royal belum..tq sharing bro.. great information..bravo 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup bro.. destinasi percutian yang wajib pergi… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Mmg suasananya nmpak sungguh menyegarkan… sungguh semulajadi. Tempat yg sgt bagus utk mencari ketenangan & merihatkan minda sambil menikmati keindahan hutan Malaysia.. thanks sharing bro Sham. Sungguh indah… 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang menarik bro… back to nature katanya..ekekeke… 😀

  • Nazlee Ismail PCL  says:

    terima kasih eshamz..sangat membantu kepada yg belum ke Belum ..penerangan yg jelas… moh ke Perak.

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama bro… memang tujuan entri ni untuk mempromosikan Taman Negeri Royal Belum… 😀

  • IP Rina  says:

    Salam. sy quote some sentence dari entri ni utk my entri ye.. http://lifeofusea.blogspot.com/2014/11/cabaran-perak-episod-3-akuip2014.html

Isikan Komen Anda Disini