Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakKredit gambar: Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Menara Condong Teluk Intan atau pun dikenali juga sebagai Menara Jam Tinggi merupakan sebuah mercu tanda bagi bandar Teluk Intan. Ini adalah salah sebuah lokasi yang aku lawati bersama rakan-rakan FAM Trip sempena program Jom Mancing Udang 2014 di Teluk Intan anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hinga 18 Ogos yang lalu. Menara Condong Teluk Intan ini semestinya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri selain daripada keunikan dan kehebatan senibinanya. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perak

Terlebih dahulu, jom aku singkap serba sedikit sejarah disebalik pembinaan menara ini.

Menara ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor cina yang dikenali sebagai Leong Choon Choong serta Kontraktor Ceylon yang turut membina dan menjadi penderma utama kepada menara ini. Menara ini berbentuk Pagoda disebabkan pengaruh senibina masyarakat cina yang kuat. Menara ini memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 5 meter. Apa yang uniknya menara condong ini adalah ia menyerupai Menara Condong Pisa, Itali. Senibinanya yang cukup hebat sememangnya terbukti kerana menara ini tetap berdiri kukuh walaupun telah berusia lebih daripada 100 tahun.

Tujuan utama pembinaan menara ini sebenarnya merupakan tangki takungan air untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan dan untuk membekalkan air jika berlakunya kebakaran serta bagi persediaan awal menghadapi musim kemarau sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Kalau diperhatikan dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini seperti sebuah bangunan 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 tingkat sahaja dan dilengkapi dengan sebuah jam besar. Senibinanya diperbuat daripada struktur kayu dan batu, setiap tingkat dilengkapi dengan lorong selebar 1.8 meter serta berdindingkan tembok setinggi 0.6 meter yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibina dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi penggunaannya iaitu sebagai tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat 3 yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5 meter dengan muatan 18.36 meter padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

Menara ini pada asalnya dibina secara tegak dan ianya telah menjadi condong oleh kerana struktur tanah yang lembut dan juga faktor bebanan tangki air yang ditampung oleh menara tersebut. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya dijadikan sebagai menara jam serta menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat jolokan sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Menara Condong ini juga telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara.

FAM Trip kitaorg telah singgah pada hari isnin dan sayangnya pada hari itu menara tersebut ditutup. Nampaknya masing-masing hanya bergambar di luar menara sahaja untuk diabadikan sebagai kenangan. 😀 Dibawah ni, aku sertakan jadual waktu lawatan sebagai rujukan kepada sesiapa yang ingin singgah ke sana.

Waktu Lawatan Menara Condong Teluk Intan

Selasa hingga Jumaat:
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am:
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Isnin : Tutup

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakLukisan Menara Condong di dataran menara tersebut…menarik kan?..

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakWalaupun baru berjumpa tetapi tetap mesra…

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakSelfie dan Groupfie adalah satu kemestian..

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakProgram utama Jom Mancing Udang.. 😀

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakGroupfie di malam hari berlatarbelakangkan Menara Condong Teluk Intan

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakLampu menara ini akan sentiasa bertukar warna…

Sebenarnya, Menara Condong Teluk Intan ini juga telah memberi kenangan manis bagi aku dan wife kerana menara ini juga telah dijadikan lokasi bergambar semasa hari perkahwinan aku dan wife…. 😀 dan bandar Teluk Intan juga sering menjadi tempat persinggahan aku setiap kali aku pulang ke kampung halaman di Hutan Melintang. Jom aku kongsi beberapa gambar aku, wife dan Menara Condong Teluk Intan…hihihihi… 😀

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakGambar perkahwinan aku dan wife di dalam satu artikel suratkhabar Star Metro mengenai Menara Condong Teluk Intan pada tahun 2011.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakStruktur senibina kayu dan batu di dalam menara tersebut.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakBergambar di tangga menara condong.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakMenara ini sering dijadikan lokasi bergambar bagi pasangan pengantin baru…. rasa cam pengantin baru ler pulak…hihihihi.. 😀

Kepada sesiapa yang  melalui bandar Teluk Intan, jangan lupa untuk singgah sebentar dan menyaksikan sendiri Keunikan Menara Condong Teluk Intan serta jangan lupa bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan. 😀

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

5 comments to Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. cantik2 gambar & yg paling cantik gambar2 wedding tu hehee. Masuk paper lagi.. Romantis tengok awal2 pagi ni. Banyak kenangan manis di menara condong. Lain kali, klu ada kesempatan kita ke sana lagi, jngn lupa ajak aku pekena cucur udang kat situ eh.. 😀 😀

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro…ekekeke… ok2..nanti kalau ada masa, aku belanja ko cucur udang a.k.a gado-gado kat sebelah menara condong… 😀

  • Mawardiyunus  says:

    waaa. awesome, dh lama nk p sini, tp x sampai2 lagi walaupun dh banyak tmpat dh p. :”

  • rokiah  says:

    menarik..teringin nak ke sana..bila lah che abe nak bawa ni

    • eshamz halim  says:

      Inshaa Allah!.. nanti ada ler che abe bawak ke sana tuu… cuma bodek2 sket.. hihihihi.. 😀

Isikan Komen Anda Disini