Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Apa!!… Pesta Songkran di Malaysia?.…. mesti korang ingat Pesta Songkran ni hanya disambut di Thailand jer kan!. Moh aku cerita sket, sebenarnya negara kita ni penuh dengan pelbagai kaum serta etnik dan itu adalah keunikan Malaysia. Apabila ada pelbagai kaum, mesti lah ada pelbagai perayaan kan…tul tak? 😀

Jikalau Masyarakat Melayu menyambut  Awal Muharam (Tahun Baru Islam), Masyarakat Cina dengan Gong Xi Fa Chai (Tahun Baru Cina) atau Masyarakat Tamil dengan Vishu (Tahun Baru Tamil). Masyarakat Siam di Malaysia juga menyambut  Tahun Baru Thai atau yang biasa dikenali sebagai Songkran tapi ramai juga yang menganggap Pesta Songkran ni sebagai Pesta Air. Pesta Songkran ni ada juga disambut di Malaysia oleh Masyarakat Siam-Malaysia terutamanya di negeri–negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perak, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Dalam segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku telah mengembara bersama-sama FAM Trip Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014 ke salah satu Pesta Songkran yang dirai oleh masyarakat Siam di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Hulu Perak. Hati aku memang berbunga-bunga yer apabila dijemput sebab ini merupakan pengalaman baru bagi aku…hihihihihi. Bukan senang kan untuk dapat ditaja untuk kesana….. penginapan, pengangkutan dan makan-minum semua ditaja oleh Tourism Malaysia Perak ….hihihihi.. terima kasih aku ucapkan sekali lagi.. 😀

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Ok! Sebelum tu moh aku bagi sedikit pencerahan tentang Pesta Songkran ini…..

“Perayaan atau Pesta Songkran lebih dikenali dengan nama jolokannya iaitu Pesta Air yang merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam yang diwarisi sejak turun-temurun. Pesta Songkran yang biasanya disambut pada tanggal 13-15 April yang secara kebetulan jatuh pada pertengahan bulan yang terpanas di Thailand (menurut sumber suhunya boleh mencecah sehingga 40°C). Perkataan “Songkran” berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud atau boleh ditafsirkan sebagai selepas atau peralihan yang menandakan kemunculan tahun baru. Mengikut kalendar lunar Siam, ia jatuh pada bulan kelima iaitu sewaktu bulan purnama dan hari ke 15. Acara simbah menyimbah air tu sebenarnya sebagai simbolik untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tidak baik. Semoga dengan pencerahan ini dapat membantu korang semua lebih mengenali tradisi-tradisi serta budaya pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.”

Pesta Songkran yang disambut di Malaysia hanyalah berskala sederhana dan tidaklah sebesar seperti di bandar Bangkok, Chiang Mai , Phuket dan Pattaya. Pada tahun ini, aku  sendiri berpeluang untuk melihat dan merasai kemeriahan dan keunikan sambutan Pesta Songkran di Kampong Tasek, sebelum tu jom layan sket gambar-gambar kemeriahan Pesta Songkran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu.

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripKanak-kanak merupakan kemeriahan di sebalik pesta ini, seronok giler dorang main tembak-tembak air…

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripTengok tu siap panggil geng untuk reload amunition….

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripPesta Songran disambut dengan suasana yang meriah dan berwarna-warni seperti pesta-pesta yang lain…

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGendang Panjang merupakan alat muzik wajib bagi pesta ini…..

Lupa pulak aku nak bagi direction kat korang untuk ke Kampung Tasek ni, sebenarnya Kampung Tasek ni terletak kira-kira 7km daripada Pekan Pengkalan Hulu atau Kroh. Biasanya kalau korang dah sampai ke Pekan Pengkalan Hulu mesti senang jer cari Kampung Tasek ni atau ikut jer pandu arah (signboard), kalau nak senang lagi tanya pada penduduk di situ. Seperti yang aku dah nyatakan pada entri yang lepas, Pekan Pengkalan Hulu dan Pekan Kroh adalah pekan yang sama. Jangan ler korang kompius pulak tau…. 😀

Panduan Ke Pengkalan Hulu

  • Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah selatan, anda boleh menggunakan laluan keluar Kuala Kangsar. Teruskan perjalanan anda dengan melalui Lenggong, Lawin, Gerik, Kelian Intan dan seterusnya Pengkalan Hulu.
  • Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara, anda boleh keluar di Exit Gurun. Teruskan perjalanan ke Batu Lima, Baling dan Pengkalan Hulu.
  • Bagi mereka yang berada dari arah barat (Pulau Pinang), anda boleh menggunakan laluan keluar Seberang Jaya. Teruskan perjalanan dengan melalui Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Kulim, Baling dan Pengkalan Hulu.
  • Bagi mereka yang berada dari arah timur (Kelantan), anda boleh melalui laluan Jeli, Gerik, Pengkalan Hulu

Pesta Songkran Pengkalan Hulu 2014 telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Gerik dan telah diiringi oleh YDP En. Syukri bin Azaari. Perasmian diikuti dengan acara pertunjukan nyanyian, tarian gedang panjang dan juga pemilihan Ratu Songkran 2014.

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-13Acara perasmian Pesta Songkran dengan mengetuk Gendang Panjang…

Jom kita tengok gambar-gambar semasa acara perasmian berlangsung……

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAntara geng-geng aku yang sporting sewaktu di sana…..

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripBlogger tersohor negeri Perak dkosonglapan.blogspot.com a.k.a En. D.Shahril Hakime dan dibelakangnya Cik Shiela dan Pn. Mariyah.

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripNak rasa duduk di kerusi VIP….

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAcara persembahan tarian menggunakan Gendang Panjang….. happening tuuuu….

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripEn. Zubir dari Berita Harian selfie beramai-ramai menggunakan GoPro aku….hihihihihihi…

Acara seterusnya adalah pemilihan Ratu Songkran 2014, semua ni awek-awek Siam Malaysia dan ada 3 peserta adalah daripada Kampung Tasek tersebut. Sebenarnya proses pemilihan Ratu Songkran ini telah pun berlangsung dan masa ini hanyalah untuk mengumumkan pemenangnya jer. Ada 7 finalist bagi pemilihan Ratu Songkran ni dan semuanya comel-comel dan cute-cute belaka…..hihihihihihi… (marah ler wife aku karang…). Juri bagi pertandingan Ratu Songkran ini telah didatangkan khas daripada Thailand so memang hebat-hebat yer juri-jurinya.

Calon-calonnya adalah….jeng…jeng…jeng…

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripIni adalah finalist acara pertandingan Ratu Songkran 2014 bagi Pengkalan Hulu…

Seperti pertandingan Ratu-Ratu Cantik yang lain, kiteria pemilihan haruslah berdasarkan kesopanan, penampilan diri, kelembutan, keayuan, kebijaksanaan tutur kata dan kecantikan awek-awek Siam ni.

Pada tahun ini gelaran Ratu Songkran 2014 telah  dimenangi oleh seorang gadis berdarah kacukan India dan Siam yang berasal daripada Perlis. Aku rasa di atas sifat keayuan dan kelembutan serta mempunyai tubuh yang tinggi lampai menjadi faktor kemenangannya.

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAmacam??… semua lawa-lawa kan….ekekekeke.. semua ni berumur dalam lingkungan 18-25 tahun.

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-06Ratu Songran bergambar bersama VIP dan VIP daripada Thailand… dikalangan VIP ni ialah Ketua Polis Negara Thailand.

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripIni ler jadinya apabila kitaorg semua disuruh bergambar dengan Ratu Songkran, semua lupa daratan….ahahahahahaha…  😀

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGroup photo adalah satu kemestian….

Selepas selesai semua acara di pentas maka bermulalah aktiviti Perang Air Pesta Songkran. AWAS DAN PERINGATAN KEPADA KORANG SEMUA: Bila dah sampai kat sini, korang kena sporting sikit ok kalau setakat kena tembak air atau kena sapu bedak itu merupakan perkara biasa dalam tradisi Pesta Songkran ni. Jangan ler sampai bergaduh pulak…ahahahahahaha…hang jangan buat NAYA!. Aku nasihat supaya bawak kamera yang waterproof atau pun balut jer DSLR korang dengan plastic wrap tapi jangan ler bungkus dengan lens sekali, nanti korang snap gambar plastik jer kang…ekekekekeke… :D. Lagi satu aku nak bagi info, biler korang berada di Pesta Songkran nanti…dialu-alukan supaya menyebut ucapan dalam bahasa Thai “Sa-Wat-Di Pi Mai-Thai” yang bermakna “Selamat Tahun Baru Thailand” atau “Suk-San Wan Songkran” bererti “Selamat Hari Songkran”. Jangan sebut “Ikan Siakap Goreng” sudah ler…. 🙂

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAntara group kitaorg yang terus beli senapang air sebab panas jer asik kena tembak….ahahahahaha… pastu aku pulak yang dorang nak tembak…ahahahahaha…

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripDikwan tengah wat muka ganas…..

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripRehat dulu sebelum berperang….

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripMasing-masing datang bawak bedak oooooo……

Acara yang paling kemuncak ialah acara perarakan Ratu Songkran tadi mengelilingi kampung, memang havoc dan happening… Ratu Songkran diiringi dengan nyanyian, tarian dan pukulan Gendang Panjang sepanjang perarakan. Masa ni aku takde snap gambar sangat tapi aku shoot video jer. Time ni ler aku habis lenjun sebab dorang simbah kat aku masa tengah shoot video…..ahahahahaha… tapi ok jer….aku tak marah pun…ahahahahahaha…

pesta-songkran-pesta-air-kg-tasek-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Jom tengok video pendek disepanjang Pesta Songkran tuu…. video pendek jer tau… ekekekekeke…

Kalau nak tengok dalam Youtube pun ada…klik jer —-> Pesta Songkran Pengkalan Hulu 2014

Pesta Songkran di Kampung Tasek ni telah dicadangkan oleh Majlis Daerah Hulu Perak untuk dimasukkan sebagai salah satu tarikan perlancongan di Perak. Sememangnya masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan berbagai perayaan dan aku rasa ini adalah salah satu cara untuk kita menghormati dan mempelajari tradisi serta budaya kaum yang lain supaya boleh hidup dengan aman antara satu sama lain.

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014Sekiranya ada pertanyaan mengenai tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu anda… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194

atau pertanyaan mengenai Pesta Songkran di Pengkalan Hulu, korang bolehlah menghubungi Majlis Daerah Pengkalan Hulu di maklumat dibawah:

Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Jalan Pejabat,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan
TEL : 04 477 8148
FAKS : 04 4778735
Emel : [email protected]

Ada lagi weiiiii sambungan segmen “Moh Ke Perak” yang best-best dan menarik so sila-sila bersabar ok….. 😀

10 comments to Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014

  • D_08  says:

    amboiii… macam pulang paku buah keras je…. tersohor negeri Perak ye…. kekeke… apepun entri yang lengkap dengan semua info…. mabeles!!! macam selalu bgtau… jangan serik join lagi…..

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha…. betul ler tuu mike kan blogger tersohor negeri Perak…hihihihi… TQ yeop.. teman mmg nak bg info selengkap yg boleh…. mcm selalu yg teman jawap ler…..mmg tak serik-serik pon…ekekeke.. 😀

  • sobri  says:

    alamak… terbaik entry ni abg sham..nora bg 4 bintang…blogers tersohor..fullamak… untunglah… terasa kemeriahan pesta songkran..btw tumpang tanya bang..group yg p ni semua suka selfie ke?? ha..ha..ice entry love it

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro…. mmg meriah pon sampai ada org tu beli senapang air utk bawak balik ke Gerik….ekekekekekeke… haruslah semua ber selfie… selfie kan trend zaman sekarang…. ekekekeke… Bro Sobri nyer entry pon terbaekk jugak…..hihihihi …. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh menariklah pesta ni.. havoc 3x… syok dpt main air tembak2 mcm tu.. info terbaik.. gmbr pun cantik2 mcm ratu2 tu hahahaa.. nice sharing bro Sham.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang unik dan menarik bro… Abis semua kena tangkap basah sbb kena simbah dgn air.. Ahahahahaha.. Ada lg entri2 yg menarik ni… Tgh edit video lg 🙂

  • Strider  says:

    owh…muda2 lagi rupanya ratu2 songkaran nie…kalau aku pejam mana dapat yang mana satu pun tak kisah….last aku pegi songkran kat bangkok aku kuar tak bawak camera..takut basah kena simbah dengan air..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      ekekekekeke…. muda2 lagi semuanya bro… leh aaa pilih wat calon… sbb tu aku bwk gopro jer sbb takut dslr aku basah , drg tak kira korang tgh pegang apa…dorang semua main simbah air jer….ekekekekekeke… 😀

  • Sop  says:

    meriah
    kalau Sop join mesti best ni.. hehhee
    xsangka kat mesia pun ada pesta ni.. ingat kat thai je

    • eshamz halim  says:

      Mmg best bro… boleh simbah org takpa kena marah…ekekekekeke.. ramai jugak masyarakat siam kat malaysia ni tp pengkalan hulu ni salah satunya… next year leh ler dtg sini…ekekekeke… 😀

Isikan Komen Anda Disini