Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.

Pasir Salak selalu mengingatkan bangsa Melayu terhadap perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum menentang penjajah British sehinggalah dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Begitu juga kisah Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi manakala pula Raja Ismail dibuang negeri ke Johor dalam usaha pihak British untuk menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak yang telah berlangsung pada 16 – 18 Ogos yang lepas, kitaorg telah berpeluang untuk mengakhiri FAM Trip ini dengan lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak bagi mengimbau kembali kronologi sejarah negara melalui Terowong Sejarah Pasir Salak yang berbentuk diorama bertemakan perjuangan Patriotisme dan Nasionalisme. Pastinya dapat membuatkan para pengunjung sedar betapa hebatnya perjuangan bangsa Melayu waktu itu. Antara yang penting di kompleks ini ialah sejarah peristiwa Pasir Salak, diorama dan pameran senjata seperti keris, golok, pedang, senapang dan lain-lain lagi.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat   beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato’ Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak. Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina pada tahun tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini telah dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah (sekarang ialah DYMM Seri Sultan Perak) pada 26 Mei 1990. Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British. Kompleks Sejarah Pasir Salak ini adalah salah satu juga sebagai destinasi pelancongan di Negeri Perak Darul Ridzuan yang kian diketahui umum.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Terowong Sejarah Pasir Salak

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Lawatan FAM Trip kitaorg telah disambut mesra oleh En. Fauzi yang merupakan Penolong Kurator Terowong Sejarah dan telah sudi menemani kitaorg sambil memberi penerangan yang amat mengasyikkan berkaitan kronologi sejarah negara kita. Perjalanan dalam terowong bermula dengan sejarah pembukaan negeri Perak. Di sini banyak replika, potret bergambar, bahan sejarah dan juga dokumen-dokumen penceritaan. Dari zaman purba, permulaan penjajahan, zaman kolonial, sehingga pasca merdeka dan akhir sekali zaman pembangunan moden, semuanya ada dicoretkan disini. Terowong yang gelap membuatkan aku sukar untuk mengambil gambar bagi tontonan para pembaca semua.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-22

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

En. Fauzi memberi penerangan berdasarkan fakta-fakta mengikut rentetan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di Tanah Melayu serta kaitannya dengan peristiwa Pasir Salak. Aku rasa ramai yang tidak tahu apakah hubungkaitnya Pasir Salak dengan perjuangan orang Melayu menentang penjajah British di Perak. Lawatan disini memang cukup memberi kesedaran untuk menghargai jasa serta pergorbanan para pejuangan Melayu dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Galeri Keris

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Pengembaraan FAM Trip diteruskan lagi ke Galeri Keris di dalam Kompleks Sejarah Pasir Salak. Keris adalah merupakan senjata terulung pahlawan dan perjuang Melayu. Keris mempunyai pelbagai jenis dan pembuatan. Mengikut penerangan En. Fauzi senjata keris ini dibentuk dan jumlah luk mengikut kesesuaian si pemakainya.

Menurut kata En. Fauzi, disamping keris yang diperolehi sendiri oleh pihak muzium, ada juga koleksi keris yang diserahkan atau didermakan oleh waris untuk dipamerkan di galeri ini. Paling hebatnya, ada juga keris-keris yang diperolehi dari seluruh pelusuk Nusantara. Kitaorg tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana gambar keris secara individu disebabkan pelbagai kejadian aneh dan mistik yang berlaku sebelum ini.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakEn. Fauzi sedang memberi penerangan mengenai asal usul keris.

En. Fauzi sememangnya seorang yang berlimu tinggi berkaitan dengan keris-keris disini. Pengkongsian beliau bersama kitaorg memang amat dihargai dan sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan berkaitan dengan keris yang merangkumi dari segi pembuatan, penjagaan dan penggunaan.

Setiap keris boleh menampilkan perwatakan sebenar pemakainya melalui cara-cara pemakaian yang tertentu. Walaupun bersaiz kecil, pendek ataupun berbengkang-bengkok tetapi ianya merupakan diantara senjata yang paling berbahaya di dunia dan pembuatan sesebuah keris amat rumit dan boleh memakan masa yang lama. Ilmu keris adalah ilmu yang tinggi, aku cukup respek kepada sesiapa yang mengkajinya.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakRuang pameran yang luas dan selesa.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPeserta FAM Trip sedang kusyuk mendengar penerangan daripada En. Fauzi.

Terima kasih diucapkan kepada En. Fauzi yang sudi meluangkan masa untuk membawa FAM Trip kitaorg kembali ke zaman dahulu dan mengimbau kembali rentetan sejarah yang berlaku di negara kita terutamanya di negeri Perak. Kepada yang berkesempatan untuk melancong ke negeri Perak, Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah salah satu lokasi bersejarah yang amat penting untuk dilawati. Terdapat banyak lagi tempat bersejarah di Kompleks Pasir Salak tetapi sayangnya kesuntukkan masa untuk meneroka kesemuanya.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakBanyak kisah-kisah sejarah disini.

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Waktu Lawatan Ke Terowong Sejarah Pasir Salak:

Dibuka setiap hari Isnin – Khamis (9:30 pagi – 5:00 petang)
Hari Jumaat (9:30 – 12:15 tengahari) (2:45 – 5:00 petang)
Sabtu, Ahad dan Cuti Am (9:30pagi – 5:00 petang)
Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Bayaran Masuk:

Dewasa : RM 4.00
Kanak-kanak (7-12 Tahun) : RM 2.00

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakAku sudah, korang bila lagi??…..

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakGroupfie bersama En. Fauzi

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakGroup photo sebelum pulang.

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

14 comments to Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

  • Khir Khalid  says:

    Mmg bnyk maklumat & ilmu baru yg aku belajar kat sini.. walaupun dirasakan sejarah tu mcm dah tahu, tapi bila mendengar penerangan dari en Fauzi tu, terasa bnyk lagi yg aku tak tahu. Terasa kerdil sungguh pengetahuan yg aku ada ttg sejarah & warisan negara kita ni.
    Apa pun ia mmg satu pengalaman yg sgt bermanfaat utk di kongsikan.. Bab groupfie tu aku boleh tak ingat ada moment bergambar cenggitu ehehee.. Menarik bro.. mmg menarik.. 😀 😀

    • eshamz halim  says:

      Betul tu bro..memang banyak yang dapat dipelajari mengenai sejarah disini…. ahahahaha… moment legend tu bro sbb en. fauzi cam tak biasa selfie jer…ekekeke.. 😀

  • sobri yaacob  says:

    bagus jugak ada tempat2 mcm ni.. sbab kita lg dkat dgn sjarah at lease x de la sejarah tu trus jadi sejarah..berminat dgn kepelbagaian keris tu..almakumlah smenjak tgok kris kat galeri sultan azlan shah..trus terpaut nak mgenali sejarah keris ni..sbab unik.. dan cantik olahan ..buatan keris ni 😛

    • eshamz halim  says:

      Yup bro… galeri keris tu mmg menarik… pelbagai bentuk, saiz dan jenis keris yang ada. 😀

  • Denaihati  says:

    penuh sejarah pasir salak ni, lawatan kesini mesti dapat dekatkan lagi dekat sejarah yg sebelum ni belajar kar sekolah je…

    • eshamz halim  says:

      Betul tu Tuan DH. Pasir Salak mmg penuh dengan kisah sejarah perjuangan bangsa melayu…. 😀

  • Hasnieda  says:

    Masih belum betul2 mendalami sejarah negeri kelahiran sendiri… harus luangkan lebih byk masa utk semua ni nnt… Perak mmg kaya dgn kisah sejarah yg menarik…

    • eshamz halim  says:

      Bolehlah singgah nanti… 😀

  • Pahan  says:

    Bestnya.hehe

    • eshamz halim  says:

      Memang best untuk mengetahui sejarah lampau… 😀

  • reezluvmedia  says:

    dah lama sangat tak datang sini..dulu selalu lalu je 😀

  • miss yatt  says:

    saya dah singgah dan follow di blog ini,

    saya join bloggera area mega giveaway

    singgah la disini:
    http://mimpicoklat.blogspot.com/

  • ikhwan  says:

    sempat pergi sekali je, itu pun masa tahun 1999.

    • eshamz halim  says:

      Singgah la lagi bro..mungkin byk dah perubahan… 😀

Isikan Komen Anda Disini