Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sememangnya Negeri Perak terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah tapi korang pernah dengar tak tentang lombong bijih timah yang terbesar dan tertua kat Malaysia ni?. Oleh itu, segmen “Moh ke Perak” kali ini aku nak bercerita tentang Lombong Bijih Timah yang dikelolakan oleh Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Aku pun baru tau jugak sebenarnya tentang kewujudan lombong bijih timah ni. Semasa mengikuti FAM Trip Pengkalan Hulu, aku telah berpeluang untuk meneroka dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan di lombong bijih timah tersebut. Secara peribadi, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke kawasan lombong bijih timah ni….. kalau dulu-dulu biasanya gi memancing kat lombong jer…ekekekeke. 😀

Ok! Sebelum tu jom aku ceritakan serba sedikit tentang sejarah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd ni………. 😀

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic ni telah beroperasi semenjak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak. Korang bayangkan lombong tu dah berusia 107 tahun. Aku pun tertanya-tanya, ada ker lagi bijih timah kat situ tapi ajaibnya kat kawasan situ masih lagi dipenuhi dengan hasil galian bijih timah. Syarikat perlombongan ini menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras yang merupakan terbesar di Malaysia. Apa yang menjadikan perlombongan Rahman Hydraulic ini berbeza dari perlombongan bijih timah lain adalah ia menggunakan pam hydraulic untuk menyedut bijih timah masuk ke dalam palong. Lombong bijih timah Rahman Hydraulic ini juga sering dijadikan sebagai tempat penyelidikan dan pembelajaran berkaitan dengan hasil-hasil galian.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripProses pengasingan batu dan tanah menggunakan air…

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripPerlombongan secara terbuka..

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

FAM Trip kitaorg dibawa masuk ke kawasan lombong tersebut menggunakan jip pacuan 4 roda yang telah disediakan oleh Rahman Hydraulic. Kitaorg di bawa melawat sekitar kawasan lombong dan juga dibawa juga ke kawasan pengasingan bijih timah daripada tanah dan batu. Kakitangan Rahman Hydraulic juga banyak memberi penerangan berkaitan dengan proses dan operasi-operasi yang dijalankan bagi mendapatkan hasil bijih timah. Banyak jugak proses sebenarnya untuk mendapatkan hasil bijih timah yang 99.9% tulen.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripKakitangan Rahman Hydraulic sedang memberi penerangan..

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripGeng-geng FAM Trip sedang sibuk mengambil gambar…hihihihi..

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripProses ini dilakukan secara manual untuk mengetahui gred bijih timah tersebut, begitu ler kata salah sorang pekerja kat situ…ekekekeke…. 😀

Apa yang menariknya di Rahman Hydraulic ni ialah kita boleh mengetahui bagaimana rumit dan uniknya proses untuk mendapatkan hasil galian dari tanah. Pada pendapat aku Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. ini boleh dijadikan sebagai sebuah tarikan pelancong di Negeri Perak tetapi lebih kepada tujuan pendidikan dan juga kajian sejarah. Aku rasa bukan perkara yang mudah untuk sesebuah lombong bijih timah bertahan selama 107 tahun dan masih lagi beroperasi sehingga sekarang.

Jom tengok lagi gambar-gambar proses pengasingan bijih timah.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripAntara mesin yang digunakan untuk memproses bijih timah.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripPasir dan bijih timah yang masih belum diasingkan..

Mungkin ramai yang menyangkakan bijih timah yang mentah (belum diproses) akan berbentuk seperti ketulan batu ataupun seperti ketulan emas tapi sebenarnya bijih timah mentah ini hanyalah serbuk pasir yang halus seperti gambar dibawah.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripProses penapisan bijih timah.. serbuk seperti pasir yang berwarna hitam kekelabuan itu adalah bijih timah.

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-tripSalah satu usaha Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. dengan kerjasama FRIM untuk memulihkan kembali alam semulajadi. Satu usaha yang amat bagus bagi memastikan alam semulajadi kekal terpelihara.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak di atas anjuran program FAM Trip Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014 yang bertujuan untuk meneroka keunikan yang ada di Perak. Aku rasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana proses perlombongan bijih timah. Setelah puas layan gambar, apa kata kita layan pulak video pendek semasa aku berada di Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic. Video pendek jer sebab masa ni sibuk snap gambar jer…. ekekekekekeke… 😀

Bagi yang ingin menonton video di atas di dalam Youtube klik jer —-> Video Rahman Hydraulic Tin

Ada banyak lagi yang aku nak cerita mengenai trip aku kesana tapi harap bersabar yer….hihihihihi… pastikan korang semua tunggu entri “Segmen Moh Ke Perak” seterusnya.

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014Sekiranya ada institusi atau agensi serta sesiapa yang berminat untuk melakukan lawatan ke Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, mereka akan berbesar hati untuk membantu anda… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194

9 comments to Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014

  • D_08  says:

    Thumbs up!!!!……. pening jugak le travel agent yang ada tu nak buat pakej!!…. naseb baik le mike atas kapasiti blogger dan media!!… apapun entri mabeles dari mike !!!

    • eshamz halim  says:

      TQ Yeop….. jenuh ler travel agent tu nak memikirkan pakej ke sana nanti… sib baik teman join sebagai blogger…ekekekeke…blogger pun media jugak kan tp media sosial ler…ekekeke… 😀

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum eshamz, wahh bestnya… tak pernah sampai ke lombong biji timah.. hehehee

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam Sheila, tu laa aku pun 1st time masuk lombong bijih timah… tgk kiri kanan semuanyer jentera dan mesin yg besar2 jer…. hihihihihi… 😀

  • sobri  says:

    ish2 cepatnya yop kamu menaik entry laju bebenor..hebat..good information..bgus dijadikan rujukan.. mostly part video..

    • eshamz halim  says:

      TQ bro…. xde ler cepat sgt… juling mata dah sebenarnya asik tgk pic ngan edit video….ekekekekekekeke… 😀

  • Sop  says:

    pengalaman menarik
    bukan senang nak dpt lihat nih kecuali kena kerja kat situ
    untung jd blogger 🙂

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… pengalaman yg menarik bro… Alhamdullilah…rezeki sbb dapat jemputan dari Tourism Malaysia Perak… ekekekekeke…. 😀

  • syahiran  says:

    klau nk pergi tuh tempat tinggal kat sana macam mna ehh?

Isikan Komen Anda Disini