Moh Ke Perak: Mariwasa Kraftangan Kuala Kangsar

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pengembaraan ‘Moh Ke Perak’ dan FAM Trip kitaorg diteruskan lagi dengan lawatan ke Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd. yang beroperasi di Kuala Kangsar. Jom aku bagi info sikit pasal Mariwasa Kraftangan ni…..

Mariwasa Kraftangan ni merupakan pengeluar produk barangan silver hasil buatan tangan, pingat dan aksesori seragam. Ditubuhkan pada tahun 1975 dan mempunyai lebih 30 tahun kemahiran dan pengalaman untuk menawarkan hasil dan kualiti yang tinggi. Apa yang menariknya ialah Mariwasa Kraftangan ni merupakan pengeluar tunggal bagi Pingat-Pingat Darjah Kebesaran untuk seluruh Malaysia

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyAntara kraftangan yang dijual di Mariwasa Kraftangan.

Sebelum itu, jom aku bawa korang mengimbau lebih jauh lagi mengenai sejarah Mariwasa Kraftangan ni.  Mariwasa Kraftangan ni diasaskan pada tahun 1975 dan pada ketika itu dikenali sebagai Saunders Medallist (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur dengan mempunyai 6 orang tukang kraftangan yang mahir. Pada tahun 1979, nama Saunders Medallist telah ditukarkan ke Mariwasa Kraftangan untuk melambangkan identiti sebuah syarikat Malaysia serta mewakili produk-produk yang dikeluarkan. Oleh kerana perniagaannya berkembang dengan pesat dan memerlukan lokasi yang lebih besar, Mariwasa Kraftangan telah berpindah ke Kuala Kangsar pada tahun 1989 dan menawarkan lebih banyak produk-produk yang berkaitan dengan kraftangan, perak, pingat dan lain-lain lagi.

Lawatan kitaorg telah disambut mesra oleh Encik Masmudin serta kakitangan Mariwasa Kraftangan dan sedikit taklimat ringkas juga telah disampaikan oleh Encik Masmudin bagi menerangkan mengenai latar belakang, produk yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang ditawarkan Mariwasa Kraftangan.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyEncik Masmudin sedang memberi penerangan mengenai Mariwasa Kraftangan.

Selesai jer taklimat, FAM Trip kitaorg dibawa ke kawasan kilang untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses pembuatan pingat atau medalion dijalankan. Satu pengalaman yang menarik bagi aku sebenarnya sebab sebelum ni aku pun tak tahu bagaimana Pingat Darjah Kebesaran dihasilkan, selalu tengok orang terima pingat jer….hihihihihi.. 😀

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographySedang fokus mendengar penerangan…hihihihi…

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyAntara contoh-contoh Pingat Darjah Kebesaran yang dipamerkan.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

Untuk menghasilkan pingat dan medalion merupakan satu proses yang agak rumit dan semestinya memerlukan ketelitian serta kesabaran yang sangat tinggi. Aku tak berani nak terangkan secara terperinci sebab aku pun kurang pasti tentang prosesnya. Apa yang dapat aku perhatikan, untuk menghasilkan pingat-pingat ini akan memerlukan seseorang yang mahir dalam seni ukiran dan ketelitian mata untuk mendapatkan hasil produk kraftangan yang bermutu tinggi.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography
Dilakukan dengan teliti menggunakan hasil tangan.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyAntara mesin-mesin yang terdapat di Mariwasa Kraftangan

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyMesin metal press

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyProses membakar pingat.

Daripada apa yang aku perhatikan, rasanya 70% pembuatan pingat-pingat ni adalah hasil pembuatan tangan dan 30% lagi dihasilkan menggunakan mesin seperti memotong, membentuk dan metal press.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyPingat yang telah siap. Aku tak pasti pingat apa ni tapi rasanya dapat gelaran Tan Sri kot!.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography3D Printer bagi proses menghasilkan mould.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyLukisan rekaan-rekaan di Mariwasa Kraftangan.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotographyPara peserta FAM Trip melihat sendiri peralatan yang digunakan.

mariwasa-kraftangan-kuala-kangsar-perak-shamphotography

Terima kasih aku ucapkan kepada pihak Mariwasa Kraftangan diatas layanan baik yang telah diberikan serta sudi melayan dan menjawab soalan-soalan yang telah dilemparkan. Di penghujung lawatan , Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib selaku Pengarah Tourism Malaysia Perak telah menyampaikan cenderahati kepada Encik Masmudin sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima lawatan FAM Trip kitaorg.

Bagi sesiapa yang ingin mengadakan lawatan ke Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. untuk melihat sendiri bagaimana proses-proses pembuatan pingat dan medalion ni, bolehlah menghubungi melalui maklumat kat bawah ni haaaa……

Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd
Lot 522, Kawasan Perusahaan
33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-776 5888
Fax: 05-776 0213

Email: [email protected]
Website: www.mariwasakraftangan.com

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

6 comments to Moh Ke Perak: Mariwasa Kraftangan Kuala Kangsar

  • Kaio  says:

    nice artikel! btw, pemandu pelancong tu aku kenal. Nama dia zukni kan? dia yang ajar aku dulu masa amik kursus pemandu pelancong. meh singgah blog. ada artikel baru pasal pemandu pelancong.

    • eshamz halim  says:

      Yup..betul tu bro….abg zukni tuuu… tourism malaysia perak mmg akan suruh dier jadi pemandu pelancong kitaorg.. abg zukni best.. mmg lawak…asik gelak jer kejenya…ahahahahaha… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. seronok dpt melawat ke tmpt mcm ni… bnyk pengetahuan yg diperolehi.. best. Thanks sharing bro Sham.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Mmg best bro…dapat tahu bagaimana proses2nya… selalu tgk yg dah siap jer… 😀

  • sobri yaacob  says:

    perh memng menarik..
    melihat bagaimana produk2 ini dihasilkan..
    pengalaman yg baru 🙂

  • Strider  says:

    fuhh…nampaknya ini bukan calang-calang tempat kraftangan nie..semua hasil dia mesti berkualiti tinggi sebab dia hasilkan pun bukan untuk orang sebarangan pakai..tak mintak satu sebagai kenang-kenangan ke bro??hehehe

    Regards,
    -Strider-

Isikan Komen Anda Disini