Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum sememangnya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan dan di antaranya adalah sungai serta air terjun yang pasti membuatkan korang tidak mahu kembali semula ke kesibukan kotaraya. Semasa FAM Trip kitaorg ke Royal Belum yang lepas, aku berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Kooi serta dalam misi untuk mencari Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di sekitar Sungai Kooi.

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Sungai Kooi walaupun ini adalah kali kedua aku bertandang di Royal Belum. Selain daripada Air Terjun Sungai Kooi, aku bersama-sama Fam Trip sempat juga singgah di Kem Sungai Papan dan Air Terjun Sungai Ruok untuk bermanja-manja dengan ikan kelah di sana tapi akan aku ceritakan di entri yang lain. Bagi entri kali ini, biarlah aku fokus dengan Sungai Kooi dulu ok!….hihihihihi.. 😀

Seperti biasa, kitaorg perlu menaiki bot kecil untuk kesana sebab laluan tersebut tidak boleh dilalui oleh houseboat. Selepas turun daripada bot, korang semua perlu bersedia untuk melakukan sedikit trekking dan hiking untuk melihat sendiri keindahan Air Terjun Sungai Kooi. Aku rasa tak jauh pun, dalam 15-30 minit jer untuk ke air terjun tapi bergantung juga kepada kemampuan masing-masing yer….ekekekekeke. Takde ler teruk sangat trail hikingnya, cuma biasa-biasa jer dan bagus untuk senaman jugak kan. 😀

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Begini ler laluan kitaorg untuk ke Air Terjun Sungai Kooi…

Setelah berhempas pulas mendaki, akhirnya mata kitaorg disajikan dengan permandangan yang indah Air Terjun Sungai Kooi. Susah untuk aku terangkan bagaimana riangnya perasaan aku apabila melihat sendiri air terjun ni tapi aku boleh gambarkan di bawah ni haaa….. hihihihi. 😀

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Air Terjun Sungai Kooi, Royal Belum

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Abang Zalani jadi model aku…ekekekeke…

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Geng Houseboat dan renjer..

Perjalanan kitaorg diteruskan lagi dalam misi untuk mencari Bunga Rafflesia a.k.a Bunga Pakma. Kedengaran juga ada geng yang mengeluh kaki dah tak larat untuk mendaki…hihihihi.. tapi demi untuk melihat sendiri sekuntum bunga terbesar (Rafflesia) di depan mata, dorang semua terpaksa melangkah jua.

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Mendaki dan terus mendaki dan terus mendaki dan terus mendaki…..

Bagaimana pun, aku rasa bukan rezeki kitaorg untuk melihat sekuntum Bunga Rafflesia yang sedang berkembang oleh kerana masih lagi berbentuk sebiji kobis. Memang banyak Bunga Rafflesia di sekitar Air Terjun Sungai Kooi tapi semuanya masih belum berkembang dan kemungkinan akan berkembang dalam masa 3-4 bulan lagi. Aku dah pernah bergambar bersama Bunga Rafflesia di Kem X Ray Rafflesia, Royal Belum pada tahun lepas dan sememangnya salah satu kenangan indah oooooo….. ahahahaha.. 😀

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Sayangnya masih belum lagi berkembang…

Semua sedang berehat sambil bergambar sebelum turun semula ke bot. Walaupun dah penat tapi masih boleh tersenyum apabila diajukan dengan kamera….ahahahahaha… 😀

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aku pun nak bergambar jugak…ahahahahaha…

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aku, Sobri dan Abang Rosli bergambar di depan salah sebuah pokok besar.

Selepas dah puas bergambar, kitaorg terus memulakan perjalanan turun ke bot dan seterusnya pulang ke Houseboat. Perjalanan turun biasanya tidak mengambil masa yang lama dan seperti biasa, gambar Groupfie adalah satu kemestian di dalam blog ni…hihihihihihi… 😀

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Ok! Ok!… Jom tonton video pulak…… Ku lihat Hijau!!… 😀

Kalau nak tonton dalam Youtube pon boleh, klik jer –> Air Terjun Sungai Kooi, Royal Belum

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

12 comments to Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014

  • aRz MoHa  says:

    Wow…url blog baru.
    Menariknya Sungai kooi
    Bila agaknya nak sampai kan?

    • eshamz halim  says:

      Yup bro… sekarang ni dah guna url baru..ekekekeke… kena gi jugak bro Royal Belum ni… 😀

  • D_08  says:

    blogger camni le yang kita nakkk…… bagoih..bagoihhh…. bagoiiihhhh….. apepun TQ sebab cover Fam Trip TM Perak…. tak rugi ajak mike Sham…. tapi camni pun… trip ni hambar…. kekekek

    • eshamz halim  says:

      TQ yer yeop… terima kasih kepada mike dan team Tourism Malaysia Perak sebab menjemput dan beri peluang kat teman ni haaa… sebab hambar tu sbb mike tak follow..cuba mike follow mesti tak hambar kan…ahahahahaha… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Menarik sungguh gambar2 tu… semulajadi dan terserlah aura kedamaian di sana. Mmg menenangkan jiwa, menyegarkan serta menyihatkan. Thanks sharing bro Sham.. info yg sgt menarik dan bermanfaat.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup..memang sangat mendamaikan bro… 😀

  • eshamz halim  says:

    Yup..memang sangat mendamaikan bro… 😀

  • sobri yaacob  says:

    test..test..boleh komen ke x ni?

    • sobri yaacob  says:

      memng best kat sini.. hutan yang berusia bilion tahun.. time kita masuk plak tu sejuk je dalam hutan kat sungai kooi.. air terjun dia memang terbaik..cuma bkan rezeki kita bunga pakma still x mekar2 lagi….

      • eshamz halim  says:

        ekekeke… tapi sib baik aku dah pernah bergambar dengan bunga rafflesia tauh lepas….ekekeke 😀

  • Strider  says:

    hiking trail dia agak mencabar gak laa..memang sepanjang perjalanan kena hiking ke bro???

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      trail nyer light2 jer…takde ler mencabar sangat… tp mmg mendaki jer laa…ekekekeek… 😀

Isikan Komen Anda Disini