Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Alhamdulillah… bertemu kita kembali dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ dan sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, buat sementara waktu ni penulisan aku akan banyak berkisarkan mengenai tarikan pelancongan di Royal Belum. Bagi entri-entri yang akan datang, aku akan membawa korang semua untuk meneroka dan melihat sendiri keindahan dan keunikan pelbagai biodiversiti yang tersimpan rahsia di Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Sepanjang berada di sana, aku telah diberi peluang untuk turut serta Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dengan kerjasama promosi oleh Tourism Malaysia Perak.

Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan keindahan yang terdapat di Royal Belum sebagai salah satu ikon tarikan pelancongan serta dapat menjadikan Royal Belum sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Objektif program ini juga untuk mengetengahkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Orang Asli yang menetap di sekitar Royal Belum disamping dapat membantu menjana pendapatan bagi penduduk tempatan dari segi industri pelancongan dan juga masyarakat Orang Asli Jahai dengan penjualan kraftangan dan hasil-hasil hutan.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Seperti biasa, FAM Trip kitaorg terdiri daripada wakil media, wakil agensi pelancongan dan juga wakil media sosial atau istilah yang paling tepatnya ialah wakil blogger…hihihihihi.. 😀 . Program ni juga turut disertai dengan barisan celebriti dan juga wakil daripada pelbagai agensi yang lain untuk bersama-sama mempromosikan Royal Belum. Antara celebriti yang dapat meluangkan masa ialah Chef Zam, Tanuja, Adi Putra, Haliza Misbun, Zulkifli (komposer), Amaris dan Ayu One in the Million.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Program ini berlangsung di Model Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang dan telah dirasmikan oleh YB Puan Salbiah binti Mohamed selaku Adun Temenggor. Di antara barisan VIP yang turut serta ialah En. Mohamad Suhaimi bin Samsuddin (Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak),  Puan Noor Asmah binti Mohd Nawawi (Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak), Tuan Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib (Pengarah Tourism Malaysia Perak) dan juga Puan Jariyah daripada NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimTuan Haji Ibrahim Seddiqi (tengah) merupakan Pengarah Tourism Malaysia Perak. Seorang yang peramah dan sporting…hihihihi.. 😀

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimYB Puan Salbiah binti Mohamed bergambar dengan barisan celebriti.

Selepas perasmian, kitaorg telah diberi penerangan oleh renjer yang bertugas dan juga demonstrasi bagaimana masyarakat Orang Asli Jahai melakukan aktiviti harian seperti:

  • Aktiviti menyumpit untuk memburu
  • Bagaimana Orang Asli Jahai membuat perangkap binatang
  • Memasak nasi menggunakan buluh

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimLebih kurang sama dengan masak lemang jer aku rasa…hihihihihi…

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimAku bergambar dengan Wan (Renjer Royal Belum), Blogger Bro Fuad Noor dan Bro Ari

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimDemonstrasi masak nasi menggunakan buluh.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Jom aku bagi info sikit mengenai Masyarakat Orang Asli Jahai……

Orang Asli Jahai merupakan Orang Asli daripada suku bangsa Negrito. Mereka banyak menghuni kawasan pedalaman terutamanya di Timur Laut Perak dan sebelah Barat Kelantan. Kebanyakan Orang Asli Jahai memilih untuk tinggal samada di kuala sungai atau di pesisiran tasik. Lokasi penempatan mereka ialah di Banun, Sungai Tiang dan pesisir Empangan Temenggor di Perak dan di Kelantan pula, mereka banyak tertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan.

Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus.

Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah-randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.

Sumber: Portal JAKOA Perak.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimPemuda Orang Asli Jahai.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimBro Rosli Mansor bergambar dengan adik-adik masyarakat Orang Asli Jahai.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimPara celebriti sedang mencuba alat muzik masyarakat Orang Asli Jahai…

Kitaorg juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana masyarakat Orang Asli Jahai memainkan alat muzik tradisional yang menggunakan buluh. Kebiasaannya alat muzik buluh ini digunakan oleh Orang Asli Jahai untuk mengiringi  Tarian Sewang yang merupakan tarian tradisional bagi puak Jahai. Aku pernah buat video tarian sewang ni semasa kali pertama aku datang ke Royal Belum pada tahun lepas. Jom tonton video dibawah ni haaaa….


Video Tarian Sewang ni aku rakam pada tahun lepas di Kampung Aman Damai, Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimAmacam?… macam adik-beradik tak?… hihihihihihi…

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimGroupfie…

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalimGroupfie dengan Tanuja pulak….

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim
Royal Belum sememangnya amat sesuai bagi korang yang menyukai alam semulajadi dan bagi yang ingin lari daripada kesibukan kotaraya. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis berkisarkan Royal Belum, nantikan entri-entri aku dalam misi untuk meneroka alam semulajadi serta mengrungkaikan serba sedikit misteri dan keunikan di Royal Belum.

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

11 comments to Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014

  • Hannyabdullah  says:

    Apasal le tak ajak sis gi sekali..eshhh jeles jeles..

    • eshamz halim  says:

      Ekekekekeke…. saya pun dijemput kak… ni laa yang cheq eem jeles ari tu sbb saya dapat gi jalan2 di Royal Belum…ekekekeke… 😀

  • Hero Borneo  says:

    wah..tempat yang cantik..paling best shoot yang aewsome juga

    • eshamz halim  says:

      TQ Bro…memang tempat yang cantik… 😀

  • Strider  says:

    wahhh…best giler lepak bersama barisan para artis..hehehe..Adi putra tak offer ko berlakon ngan dia ker??hehehe..sorry bro, lama tak singgah sini..baru berkesempatan bw dengan tenang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      ekekeke.. Adi Putra ada offer berlakon dengan dia tapi aku taknak sbb takde masa..sibuk ngan blog katanya…ahahahahaha….. 😀

  • sobri yaacob  says:

    wah…wah.. mkn hati tau berselfie dgn artiss semua gittuw..
    kelas blog ni.. good program mempertabatkan royal belum ke mata dunia 🙂

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha…. tu laa aku ajak ko selfie sekali taknak….hihihihi.. blog bro sobri lagi kelas ooooo…. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. blogger retis dah bro Sham ni… menarik. Thanks sharing bro… 🙂

    • eshamz halim  says:

      ekekekekeke…. mana ada retis bro… dorang yang nak bergambar ngan aku.. aku ok jer…ekekekeke… 😀

  • kak yatiadam  says:

    tahniah sudara.. info yg berguna dan akak sukakan semua gambar.. nampak cantik dan nuteral.

    jemput datang melawat ke blog akak..

    http://www.yatiadam.com

Isikan Komen Anda Disini