Moh Ke Perak: Warisan Masjid Kg Dal & Nan Craft Labu Sayong #VMY2014

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Sekali lagi aku menulis untuk segmen ‘Moh Ke Perak’ bagi mempromosikan negeri kelahiran aku. Walaupun aku dilahirkan di Perak tapi banyak juga tempat menarik di Perak aku belum terjah lagi…hihihihi.. 😀 Terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana menzahirkan peluang ini kepada aku.

Masjid Kampung Kuala Dal @ Masjid Ihsaniah Iskandariah

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Semasa FAM Trip yang lepas, aku berkesempatan untuk singgah di sebuah masjid yang unik di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Masjid Ihsaniah Iskandariah atau lebih dikenali juga Masjid Kampung Kuala Dal merupakan salah sebuah masjid bersejarah di negeri Perak. Masjid 2 tingkat ini memang unik dengan rekabentuk binaannya menyerupai seperti sangkar burung ataupun tikar mengkuang. Dinding masjid ini diperbuat daripada anyaman buluh minyak yang dipanggil ‘Dinding Tepas/Tepus’ bermotif Geomatri Arab dan dicat dengan warna bendera negeri Perak. Kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid memberi nilai keunikan yang tersendiri.

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Masjid Ihsaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dan telah dibiayai oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak yang ke 30. Dirasmikan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 Hijrah bersamaan dengan 11 Februari 1938. Reka bentuk dan hiasan masjid ini telah diilhamkan oleh baginda berdasarkan seni bina Istana Kenangan Bukit Chandan. Dinding kelarai (tepas) masjid tersebut bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disempurnakan secara beramai-ramai oleh penduduk kampung semasa itu.

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap semuanya dan setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada setiap kepala tingkap serta diserikan lagi dengan ukiran bulan sabit dan bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak telah menjadikan dalaman masjid sangat cerah, nyaman dan selesa. Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambahkan lagi seri hiasan dinding. Corak kelarai kemudiannya pula dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sepertimana warna Istana Kenangan. Seni ukiran yang paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi sayangnya kini dah musnah.

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Masjid ni tidak lagi digunakan semenjak tahun 1976 dan menyebabkan ia menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah dipulihara semula oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008. Di sebelah masjid ini terdapat masjid baru yang telah dibina dikenali sebagai Masjid Al-Wahidiah bagi mengantikan Masjid Ihsaniah Iskandariah.

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Nan Craft (Pengusaha dan Menjual Labu Sayong)

Kalau korang datang ke Masjid Kampung Kuala Dal nanti, jangan lupa singgah di kedai menjual labu sayong di sebelah masjid tu. Nan Craft antara tempat popular di Kuala Kangsar dalam mengusahakan perniagaan barangan tembikar dan labu sayong. Nan Craft ni diusahakan oleh Puan Jamilah yang juga merupakan perniagaan keluarga beliau. FAM Trip kitaorg sempat singgah di Nan Craft dan sememangnya banyak produk-produk tembikar yang sedia ada untuk dijual dan yang paling popularnya di sini adalah labu sayong. Aku pun ada beli 1 untuk di bawa pulang ke rumah.

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotographyNan Craft

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotographyLabu Sayong untuk dijual…

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotographyPelbagai barangan tembikar pun ada dijual selain daripada labu sayong..

Pada pandangan mata kasar aku, produk-produk tembikar dan labu sayong di Nan Craft amat berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan. Jangan lupa singgah dan beli 1 labu sayong untuk dibawa pulang ke rumah tapi jangan lupa basuh dulu sebelum isi air…hihihihi… sejuk sebenarnya minum air yang disimpan di dalam labu sayong ni.

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotographySalah sorang rakan FAM Trip iaitu Abg Rosli Mansor daripada Ipoh Echo sedang pilih barangan yang berkenan di hati…hihihihihi…

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotographyLabu sayong yang dibeli akan dibungkus oleh Puan Jamilah dengan surat khabar untuk mengelakkan daripada pecah…

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotographyOk!.. Group photo dulu….

Bagi korang yang teringin nak singgah untuk melihat sendiri warisan sejarah Masjid Kampung Kuala Dal (Masjid Ihsaniah Iskandariah) atau nak membeli labu sayong untuk dibawa pulang, bolehlah rujuk kat peta di bawah ni untuk menuju ke sana… exit jer kat tol Kuala Kangsar pastu ikut jer peta ni, InshaaAllah akan jumpa. Kalau tak jumpa tu, jangan ler segan silu untuk bertanya…..hihihihihi.. 😀

peta-masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Entri ini adalah usahasama aku dengan Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama mempromosikan Negeri Perak, sekiranya korang ada pertanyaan mengenai apa-apa tarikan perlancongan di Negeri Perak, korang boleh ler hubungi Pejabat Tourism Malaysia Perak, mereka akan berbesar hati untuk membantu korang… 😀

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak
Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
Facebook : Tourism Malaysia Perak

tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014-discover-perak-VMY2014

12 comments to Moh Ke Perak: Warisan Masjid Kg Dal & Nan Craft Labu Sayong #VMY2014

  • nanatron14  says:

    memang unik la masjid tu…takleh masuk eh? korang snap ganba kat luar je… ?

    • eshamz halim  says:

      Yup..mmg unik… boleh masuk tp nak kena deal yg org pegang kuncinya (The Key Keeper)hihihih… ari tuu sebab tertiba singgah jer…tu yg amik gambar dr luar jer…ekekeke.. 😀

  • suriaamanda  says:

    Akak x pernah ecplore Perak lg…setakat pi pangkor ngan ipoh je….itupun x semua tempat pi…

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… saya pun diberi peluang untuk merayap2 di perak … rezeki2.. alhamdulillah.. 😀

  • Strider  says:

    fuhhh….lain macam pulak bila tengok masjid design macam tu…dalam dia luas ker bro???

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Dalamnya luas jugak…aku tgk dr tingkap jer..tak dpt masuk…2 tingkat lagi… unik kan designnya..

  • aRz MoHa  says:

    wah bro eshamz. Entri yang penuh dengan isi. Kalau tak baca ni mungkin tak tahu tentang masjid Kuala Dal ini. Bestnya dapat jemputan macam ni

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… tu laa..unik kan masjid ni… rezeki dapat jemputan ni bro..alhamdulillah.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Senibina masjid tu mmg unik… mmg patut dijadikan warisan. Bukan senang nam membinanya…
    Lagi satu, air klu disimpan dlm labu sayong tu sejuk je… puas klu diminum kan.. Thanks sharing info menarik ni bro Sham.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Yup..mmg unik kan… mmg labu sayong tu dapat menyejuk kan air tp kena biarkan semalaman dulu….. ekekeke.. 😀

  • sobri yaacob  says:

    wah ni masa bila p..masa balik ke abg sham..
    wah untung leh tgok tmpat buat labu sayung

    • eshamz halim  says:

      Yup.. ni masa nak balik dah…kitaorg sempat gak singgah sini…. aku bawak balik 1 labu sayong…ekekekeke.. 😀

Isikan Komen Anda Disini