Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selesai jer meneroka Gua Tempurung, kitaorg semua sudah bersedia untuk layan White Water Rafting lak kat Sungai Kampar. Ini adalah kali ke 2 aku dan wife gi rafting, kali pertama dulu kitaorg layan white water rafting di Sungai Slim. Korang leh baca entrinya di sini –> White Water Rafting Di Slim River. Dorang kata level rafting kat sini antara level 2 dan level 3 bergantung kepada cuaca, kalau hujan memang terus level 3 la kot.

Kitaorg semua di bawa menaiki lori untuk ke starting point so masing-masing dah macam buruh kasar ladang kelapa sawit….ahahahahahaha.. tapi macam perlarian pon ada jugak… 😀 Dari Gua Tempurung ke lokasi White Water Rafting mengambil masa dalam 30-45 minit, jauh jugak sebenarnya…aku ingatkan dekat jer. Memang thrill jugak naik lori ke sana sebab kena redah kawasan kampung pastu naik turun bukit tepi gaung lak tuuu…seram betul!… tapi yang spoilnya lori kitaorg kehabisan minyak pulak di tengah jalan…hihihi.. tangki minyak bocor katanya so melepak ler kitaorg dalam 15 minit sebelum stok minyak sampai.

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyGroupfie dulu.. :Photo Credit to Jasper

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographySelfie kat atas lori…ekekekekeke…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyNi tengah melepak sementara tunggu minyak lori sampai….hihihihihi…

Akhirnya lori kembali bertenaga setelah dapat minum minyak diesel….ekekekeke.. dan sampai ler kitaorg ke starting point untuk rafting…yeaaaaaaa!!!!… semenjak kali pertama aku mencuba White Water Rafting masa kat Slim River dulu terus aku jatuh cinta ooooo… memang syok, layan dan best white water rafting ni. Lepas dengar briefing, apa lagi terus capai life jacket dan safety helmet tapi sebelum tu mintak maaf banyak-banyak ler sebab masa rafting ni aku terpaksa simpan GoPro, takde GoPro strap pastu takde tempat nak diselitkan kat life jacket tu….lagipun bateri GoPro pun dah nak out sebab banyak guna masa kat Gua Tempurung so terpaksa ler kitaorg menumpang bergambar dengan GoPro Jasper. 😀

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyAre you readyyyyy!!!!…. aku kat belakang sekali tuuu…ahahahaha..
:Photo Credit to Jasper

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyYeaaaaaaa…… :Photo Credit to Jasper

Mula-mula sekali semua peserta disuruh untuk melakukan body rafting supaya dapat build-up water confident semasa berada di dalam air nanti, sib baik aku dan wife memang dah pernah buat…hihihihihi… ada jugak yang panik biler tenggelam dan akhirnya terus minum air sungai….ekekeke. 😀 . Seperti biasa, terlebih dahulu guide akan mengajar kitaorg semua teknik-teknik paddling dan hand signal semasa berada di dalam bot nanti. Jarak perjalanan kitaorg untuk meredah dan menyusuri Sungai Kampar adalah sejauh 6 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sungai Kampar ni ada banyak jeram (rapid) sebenarnya dan bermacam-macam nama…hihihi… aku pun lupa nama-nama jeramnya tapi memang thrill dan adventure…lebih-lebih lagi waktu kitaorg rafting tu tengah hujan renyai-renyai so air sungai pun laju ler sket.. kalau korang nak tengok camner thrillnya, cer tengok gambar bot kitaorg kat bawah ni.

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Bot kitaorg ni…nasib aku aku dan wife tak tercampak keluar dari bot, cuba tengok guide kitaorg kat belakang tu…dah tercampak keluar dari bot tuu…ekekekeke… Yessss!!!!…..memang bestttttt……… :Photo Credit to Organizer.

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyNi pon bot kitaorg jugak tapi kat jeram yang lain…dah ler aku duduk depan sekali…nasib baik dapat mengelak daripada batu-batan kat depan tuuu…ekekekekeke… :Photo Credit to Organizer.

Setelah bertungkus-lumus melawan kerakusan arus sungai dan jeram, baru ler kitaorg dapat berehat sekejap sambil menjamah biskut untuk mengisi perut yang kosong. Air tak payah minum sebab dah jenuh minum air sungai…..ahahahahaha. 😀 . Dorang ni memang pantang dapat berehat, mesti asyik nak bergambar jer…ahahahahaha.. jom groupfie dulu…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyRock oooo…cuba cari dimanakah wife aku..hihihihi… :Photo Credit to Jasper

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyLove this photo…nampak tak aku tengah rilek sambil berpeluk tubuh…ekekekekeke…

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyJom menjerit sekuat hati….ahahahahaha…

Selepas puas bergambar, kitaorg terus menyusuri dan kembali berperang dengan kederasan arus Sungai Kampar menuju ke finishing point. Bestnya menikmati keindahan alam sambil mendayung paddle menyusuri sungai, memang memberi ketenangan sambil didendangkan oleh bunyi derusan air sungai yang mengalir. Love and Respect the Nature…

Keceriaan dan keriangan di wajah aku terus hilang apabila rafting kitaorg sampai ke penghujungnya. Setiap permulaan mesti ada penamatnya kan!. tapi walau apa pun memang seronok dan enjoy sambil ditemankan oleh rakan-rakan yang sporting…korang semua memang ROCK!!!!!!!…… Paling best kitaorg semua kena pikul sendiri bot untuk bawak keluar dari sungai…ahahahaha… pengalaman pertama tuuu… berat jugak bot tu walaupun dalamnya isi angin jer…ekekeke.. Sebelum tu haruslah group photo dulu kan!… 😀

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography:Photo Credit to Organizer.

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyKitaorg sudah, anda biler lagi?????………

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyNaik lori untuk balik ke Gua Tempurung….

white-water-rafting-sungai-kampar-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotographyBergambar dengan salah seekor pelakon cite Oggy and the Cockroaches…hihihihihihi…

Sampai jer kat Gua Tempurung, terus gi mandi dulu pastu bersiap untuk balik. Disebabkan aku letih nak drive, kitaorg terus balik kampung dan esoknya baru balik Shah Alam. Memang seharian penuh dengan adventure tapi seronok walaupun badan keletihan. Aku rekemenkan korang untuk mencuba dan merasa sendiri pengalaman White Water Rafting ni, satu sukan air yang ekstrem, thrill dan memberi kepuasan yang tersendiri.

Ada banyak White Water Rafting Operator kat Sungai Kampar ni, korang boleh survey sendiri. Bagi trip kitaorg ni, aku rasa diseliakan oleh CampBara Murni. Terima kasih kepada brader bot guide kitaorg yang happening dan sporting, 😀 korang semua memang best.

Selesai jugak entri Gua Tempurung dan White Water Rafting ni…ekekekeke…. kalau korang nak tau apa aktiviti kitaorg selepas ni…. nantikan entri terbaru aku yang bertajuk “Ke Singapore Ker Kita?” yang akan menyusul tidak lama lagi….ekekeke… so seperti biasalah kan, korang semua kena ler tunggguuuuuuuuuuuu…………… 😀

18 comments to Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Sg Kampar, Gopeng #VMY2014

  • hannyabdullah  says:

    wowwww..bestnye nengok..tp setakat tengok je le, nak buat aktiviti cam ni rasanya dah tak de kederat lagi dah

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… mmg best kak… boleh kak…akak mesti boleh nyer…ekekekeke.. 😀

  • sobri  says:

    owh jelesnya…nampaknya bila2 kena cuba juga..syok gila naik bot redah2 jeram…dia punya level pun boleh tahan ya..kalau ujan agaknya bertambahlah extrem 🙂

    • eshamz halim  says:

      Sila jeles ok!…ekekeke… kena cuba bro… baru tau feel dier camner…ekekeke..mmg syok… kalau ujan lagi syok ooo..arus lagi laju…. 😀

  • arzmoha  says:

    menarik nampak….bila agaknya dapat join aktiviti camni

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… mmg menarik bro… kena cuba… budget nak repeat lagi nanti..klu ada date nanti leh aa join sekali… ekekeke.. pepehal nanti aku terjah blog ko..ekekeke… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Adveturous… mmg menarik. Aktiviti yg menyihatkan & menceriakan. Gambar pun spt biasalah… cantik2.. Nice sharing bro Sham.. 🙂 🙂

  • syaifuddin alias  says:

    arrrrr water rafting ..bestnyaa…emmmm

    • eshamz halim  says:

      memang best bro…. 😀

  • Strider  says:

    yup…aku memang bersetuju dengan ko, White water rafting kat sini memang menarik sebab aku pernah try sekali time company aku punya team building..dan alang2 sampai sini kena melawat jugak gua tempurung sebab lokasinya tak jauh pun…betul tak bro??hehe..tetiba rasa macam nak pergi lagi sekali..

    Regards,
    -Strider-

  • Aisya Umairah  says:

    Best kalau buat aktiviti outdoor macam ni. Takut tapi bila dah habis rasa nak try lagi sekali. Susah nak dapat pakej percutian macam ni. Kalau sape2 ada buat pakej sila share kat percutianbajet.com ye.

    • eshamz halim  says:

      Cuba sekali pasti nak lagi….ekekekekeke… Ok sis… nanti leh share2.. 😀

  • zack  says:

    pakai kanta lekap ke? biasanya nampak pakai glasses.

    • eshamz halim  says:

      Tak pakai contact lens pon…. kalau siang ok jer tak pakai cermin mata..cuma untuk drive jer yg blur…hahahaha… 😀

  • Diyana Jamil  says:

    Assalamualaikum wbt Tuan,

    Tumpang tanya , untuk aktiviti Gua Tempurung and White Water Rafting dalam 1 pakej atau kita kena uruskan sendiri bagi satu2 aktiviti tu ?

    • eshamz halim  says:

      Kalau nak pakej pun boleh (Gua tempurung+water rafting)..kalau ramai atau group…saya leh uruskan.. 😀

  • Hamizah  says:

    Salam. Antara Slim river n gopeng , mana lagi enjoy?

    • eshamz halim  says:

      Kalau tanya pendapat saya… saya lebih suka kat gopeng drpd slim river.. tapi boleh jer cuba dua-dua…hihihihi.. cabarannya mengikut paras dan kelajuan air semasa kita rafting nanti… kalau musim hujan mmg lagi mencabar…jgn kena kepala air sudah…hahahahaha… 😀

Isikan Komen Anda Disini