From Sabah With Love – Part 3

Salam,

Jom aku sambung balik cerita ke Sabah, tgh aku ada masa untuk menulis ni. Ada 2-3 entri yang aku nak tulis dalam blog Shaklee [at] www.vitamin4kesihatan.com tapi aku tangguhkan dulu…. nak fokus kat blog ni dulu sbb dah lama gak bersawang walaupun mmg namanya pun world wide web….hihihi.

Poring Hot Spring adalah destinasi seterusnya, dengar review cam best gak so kitaorg nak tgk ler apa yang hebatnya. Dari Kinabalu National Park ke Poring Hot Spring, Ranau amik masa dalam 30-45 minit jugak…ditambahkan pula dengan first time nak ke sana so lebih lama ler sikitΒ  amik masa. Akhirnya sampai ler jugak dengan cuaca yang panas terik.

poring-hotspring-ranau-kinabalu-sabah-shamptohography-01Snap gambar peta dulu takut tersesat di hutan rimba…hihiihi

Sara dan Manu mmg ada suggestkan untuk ke sini sbbΒ  drg nak merasa naik Canopy Walkway (Jambatan Gantung) tapi malangnya tutup pulak atas alasan sedang diselenggara. Kecewa ler jugak kitaorg berempat tapi perjalanan haruslah diteruskan jua….hihihi...

Jom Baca Lagi....

From Sabah With Love – Part 2

Salam,

Haih! πŸ™‚ mintak maaf yer kat korang yang selalu follow blog aku ni, susah giler aku nak menulis kat blog ni. Bukan disebabkan aku malas tapi aku banyak fokuskan dan menulis entri di blog Shaklee kepunyaan wife aku kat www.vitamin4kesihatan.com. Banyak jugak aktiviti-aktiviti yang aku nak kongsikan dengan korang semua tapi tu la kan…… nak cari masa untuk menulis yang susah tu, kalau ada masa pun mesti aku menulis kat blog wife aku.

Ok! Ok!… jom aku sambung balik cerita trip kitaorg ke Sabah pada bulan Julai yang lepas. Mesti korang dah lama tertunggu-tunggu….ekekekeke.

(Sila baca part 1 dulu yer kalau rasa2 korang blur…hihihi..maklumlah dah lama kisahnya) πŸ™‚

Pagi ni kitaorg bersiap nak gi ker gunung kinabalu, bukan nak mendaki yer tapi di kawasan-kawasan pergunungan tu sajer. Stop sekejap untuk pick-up Sara & Manu (yang couple Spain tu…). Nasib baik drg ni on-time jer dan pastu bermula perjalanan kitaorg berempat menuju ke gunung kinabalu menaiki sebuah proton wira...

Jom Baca Lagi....

From Sabah With Love – Part 1

Bila celik jer mata, tangan pun terus merayap mencari jam… rupa-rupanya baru pukul 7 pagi tapi kat luar dah macam pukul 8-9 pagi, mmg cuaca dah terang dan panas…langit pulak mmg sangat biru yer!. Kat Sabah ni pukul 6-6.30 dah terang dah, x mcm kat KL still gelap lagi. Aku ngan wife tersenyum jer biler pandang ke langit, nampak biru jer pastu awan ketul2 dan kecik2….Alhamdulillah, cantik cuaca ari ni dan mmg sesuai untuk gi ronda2 pulau….ekekekeke..kalau lah ujan lg mmg terperap kat hotel jer lah. Bila nampak langit biru, apalagi terus ler bersiap untuk keluar tp sejuk giler pagi tu dgn kitaorg terlupa nak offkan aircond lg, sib baik ada water heater kat bilik air….ekekekekeke.

Perut pon dah berbunyi sebenarnya menandakan masuk waktu makan bekfes. Dari hotel kitaorg nak ke Jesselton Point Jetty, nampak dgn pandangan mata kasar mmg dekat yer tp biler dah mula berjalan rasa jauh ler jugak….morning exercise la nampaknya...

Jom Baca Lagi....

Sabah Aku Datang-Teaser

Salam dan selamat berpuasa bah,

Tahun lepas aku dah berjaya jejakkan kaki ke “Bumi Kenyalang” @ Sarawak tapi x puas ronda2 kat sana lagi dan tahun ni aku dah berjaya jejakkan kakiku ke “Negeri di bawah Bayu” pulak. Sebenarnya wife aku yg kena berkerja di Sabah selama seminggu so ini ler peluang aku untuk datang ker Sabah….ekekekeke… Last year pun aku datang Sarawak sebabkan wife aku kena kerja kat sana gak tp last year aku x dapat ikut dier ke Sabah, masa tu tiket Airasia mahal giler so melepas ler peluang aku nak ke Sabah last year tapi nampaknya tahun ni ada juga jodohku dengan Sabah.

Aku hantar wife ke LCCT pada 30 Jun sbb dier kena mula keje kat Sabah pada 1 julai, flight aku pulak pada 4 Julai. Aku pun menunggu 4 Julai tu dengan penuh excited dan sabar. Dan biler hari yg ditunggu tiba, seronok lak rasanya sbb aku travel sorang jer rasa cam pelancong lak dengan backpack kameraku yang digalas di kedua bahuku…ahahahaha...

Jom Baca Lagi....

Larian Kitar Semula 2013

larian-kitar-semula-2013

Salam,

Jarang betul aku menulis kat blog ni skrg sbb aku banyak menulis kat blog www.vitamin4kesihatan.com kepunyaan wife aku. Maybe sbb aktiviti photography aku pun dah berkurangan skrg, ramai sgt photographer skrg ni mcm cendawan tumbuh so aku pun terpaksa bercuti sekejap dan fokus kat blog wife aku, tolong wife aku uruskan blog dier. Wife aku pun dah serius ngan Shaklee skrg so aku support jer.

Aktiviti terbaru aku ialah Larian Kitar Semula 2013, program ni anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam telah dilangsungkan serentak seluruh Malaysia pada sabtu lepas bersamaan 15 Jun 2013. Seluruh negeri amik bahagian untuk program larian kitar semula ni. Aku ngan wife pon sajer2 jer join sebenarnya sebab ada jugak kawan2 yang join program2 gini so rasa cam best la pulak….ekekekeke..wife aku pon ok jer… kitaorg register masa bulan April lagi so disebabkan larian ni sejauh 5 km (tp jadi 3.5km jer sbb ada tukar laluan), aku pon kena ler upkan stamina sket…ekekekeke....

Jom Baca Lagi....

Trip to Krabi Thailand – Day 3 (Part 2)

Salam,

Masih belum abis lg cerita pasal Krabi yer, entri ini adalah sambungan daripada entri hari ketiga di Krabi dan terima kasih juga kepada pembaca blog ini kerana sudi meluangkan masa untuk membaca diari photography ni. Mmg dah lama rasanya aku x aktif blogging tp semenjak aku setupkan blog www.vitamin4kesihatan.com wife, terasa semangat nak berblogging tu datang kembali. So saper2 yg rajin tu, sila la layari blog wife aku yer…support kawan2 la sikit… semua mengenai kesihatan dan aku pun skrg ni mula makan vitamin tambahan dan mula jaga pemakanan walaupun sdg mencuba sedaya upaya ni…..fast food pun dah kurang makan, kebanyakkan masak sendiri & smoking pun dah stop skrg. Mudah-mudahan dapat diamalkan secara berterusan.

So skrg ni, biar aku sambung balik cerita pasal Krabi…selepas kitaorg selesai trip ke Phi Phi Island dan pulang ke hotel, malam tu kitaorg keluar cepat sket sbb nak ke bandar Krabi...

Jom Baca Lagi....

Trip to Krabi Thailand – Day 3 (Part 1)

Susah jugak nak cari masa untuk menulis skrg ni, ada jer kerja2 harian perlu diuruskan dulu tp sebelum tu aku just nak share dgn korang semua, hari ni adalah hari ke 72 aku stop merokok…bangga tu adalah sikit tp masih usaha lg ni. Dah lama niat tu ada tp susah jugak nak hilangkan kalau sudah jadi tabiat kan? Pastu skrg ni aku setkan 2-3 kali seminggu aku mesti turun ke swimming pool bawah rumah aku untuk gi swimming, kasi badan eksesais sbb jarang nak eksesais ni….tp dah stop merokok ni kurang ler sikit semput kalau gi swimming pastu leh asahkan skill swimming….ekekekekeke.

So berbalik kita pasal trip aku ke Krabi, hari ketiga aku ngan wife biasa la kan mmg tak bekfes kat hotel nyer. Kitaorg amik Hafeesyam pastu pusing2 cari tempat makan, akhirnya jumpa 1 kedai dekat jer kat hotel kitaorg….kedai biasa jer tp diyakini halal ok!.. kitaorg mkn nasi minyak yg digaulkan dgn daging....

Jom Baca Lagi....

Trip to Krabi Thailand – Day 2

Sibuk sikit dgn urusan harian so lambat ler sket update….ekekekeke… jom baca sambungannya.

Hari kedua di Krabi, pukul 6 pagi kitaorg dah bangun bersiap untuk gi bekfes sebelum ke 4 islands trip. Aku ngan wife malas nak bekfes di hotel sbb rasa was-was la pulak…ekekekeke…aku start kereta dan terus gi amik hafeesyam dulu untuk gi bekfes, cari ler kedai org tempatan kat situ, nak try masakan tempatan kan!…jumpa 1 kedai ni jual nasi kerabu ngan roti canai. Roti canai mmg ranggup giler pastu dgn kuah kari warna hijau…mmg sedap..nasi kerabu pun sedap jugak. Kalau korang gi Krabi, jangan lupa mencuba makanan tempatan di sana. Lagi satu, kat sana mmg banyak 7 Eleven, kat mana-mana boleh jumpa 7E… klu nak cari apa-apa, semua suruh kitaorg pergi 7E.

local-food-krabi

Pic dari Instagram cheq eem

Selepas bekfes, kitaorg balik hotel dan tunggu drg pickup kitaorg di hotel untuk ke 4 islands trip. Drypack pon sudah ready untuk mengharungi lautan luas…ekekekeke.

drypack-krabi

Dr kiri : eshamz halim (Biru), hafeesyam (Kuning) & cheq ...

Jom Baca Lagi....