Paragliding Di Bukit Jugra Banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apabila disebut perkataan Paragliding, aku rasa pasti ramai yang terbayang-bayang perasaan gayat atau pun cuak bila disuruh melompat dari cerun bukit menggunakan payung terjun!, paling tidak pun mesti ada yang kata “Tak bahaya ker?”… betul tak?.

Memang tidak dinafikan bahawa sukan Paragliding ini tergolong di dalam aktiviti sukan ekstrem tetapi sukan Paragliding ini bukanlah sesuatu aktiviti yang baru di Malaysia. Kalau aku merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud perkataan Paragliding ini ialah sejenis sukan ekstrem di mana seseorang itu meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dari satu tahap ketinggian atau ditarik oleh angin pada ketinggian tertentu.

Alhamdulillah!… Aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu event Tandem Paragliding yang bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor pada 16 September 2014. Maklamat atau tema event ini adalah untuk melakukan Tandem Paragliding dan terbang bersama Jalur Gemilang supaya dapat berkibar megah di udara sempena Hari Malaysia.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Tandem Paragliding?. Sebenarnya, untuk melakukan aktiviti Paragliding secara solo, diharuskan mempunyai lesen yang diiktiraf dan manakala Tandem Paragliding pula, korang akan terbang bersama-sama seorang Tandem Pilot yang bertauliah. Maksud yang lebih tepat lagi ialah korang akan menjadi penumpang dan terbang bersama-sama seorang Tandem Pilot.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogTandem Paragliding bersama seorang pilot yang bertauliah.

Seramai 21 orang yang turut serta dalam event ini termasuklah aku dan wife. Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong aktiviti yang kitaorg anjurkan… korang semua memang sporting!… 😀

Seawal pukul 9.30 pagi kitaorg telah berkumpul di Bukit Jugra Paragliding Landing Zone bagi sesi taklimat dan info keselamatan oleh Bro. Aizat yang merupakan salah seorang daripada 4 pilot (En. Faridil, En. Mus dan En. Abd Rahman) yang akan membawa kitaorg terbang di udara. Walaupun hujan rahmat turun pada pagi itu tetapi sama sekali tidak akan mematahkan semangat kitaorg untuk meneruskan event yang dirancang.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogTeam Malaysia.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogBro. Aizat sedang memberi taklimat dan panduan keselamatan bagi aktiviti Paragliding.

Selepas masing-masing telah bersedia, kitaorg terus menuju ke Flying Zone iaitu di atas Bukit Jugra (Di hadapan Rumah Api Bukit Jugra). Boleh pandu kereta hingga ke Rumah Api Bukit Jugra tapi aku nasihatkan supaya berkongsi kereta untuk meminimumkan jumlah kereta di atas disebabkan tempat letak kenderaan yang terhad.

Sukan Paragliding ini adalah bergantung sepenuhnya kepada keadaan cuaca dan elemen yang amat penting di dalam aktiviti sukan Paragliding ialah angin. Ketiadaan angin, wind gust atau angin bertiup daripada arah yang salah akan membuatkan semua aktiviti Paragliding terpaksa Grounded (No Fly Zone). Apa itu wind gust?. Wind gust ini sebenarnya keadaan faktor angin yang bertiup kencang secara tiba-tiba dalam sesuatu masa yang pendek dan keadaan ini agak berbahaya. Di atas aspek-aspek keselamatan, pilot Paragliding berhak untuk membatalkan aktiviti ini sekiranya berisiko tinggi untuk terbang dan korang terpaksalah pasrah jika berlaku sebegini…hihihihihi.. 😀 Dalam apa-apa aktiviti pun, isu keselamatan haruslah diutamakan.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogAku terpaksa jadi model untuk demonstrasi ni, nampak tak muka cuak di situ..ahahahaha.. 😀

Sementara menunggu keadaan cuaca dan angin yang mengizinkan untuk terbang, sekali lagi Bro. Aizat melakukan demonstrasi pemakaian harness (abah-abah) Paragliding dan juga sedikit tips apa yang perlu dilakukan semasa takeoff nanti. Berkali-kali diingatkan supaya JANGAN PANIK, JANGAN TERGAMAM dan JANGAN MELOMPAT semasa takeoff, cuma berlari seperti biasa sehingga berjaya terbang. Secara spontannya pelbagai muka cuak dan gentar terserlah pada rakan-rakan semua termasuklah aku sekali…ahahahaha… 😀 jantung mula berdegup kencang dan hati semakin resah tapi itu semua adalah perkara biasa apabila melakukan sesuatu yang baru. Maklumlah, kitaorg semua tak pernah mencuba Paragliding sebelum ni. Hasrat kitaorg harus diteruskan jua demi untuk membawa Jalur Gemilang terbang bebas di udara. Hanya satu aktiviti jer yang boleh dilakukan semasa menunggu iaitu bergambar…ahahahaha.. 😀

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogMisi hari ini ialah membawa Jalur Gemilang berkibar di angkasaraya.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogGroup photo dahulu sebelum mula terbang… eh! mana gambar aku..

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogSebelum dapat Paragliding, aktiviti yang pertama dilakukan ialah Parawaiting… hihihihi.. 😀

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogInilah tempat duduk semasa terbang…

Akhirnya matahari keluar disebalik awan dan angin pula mula bertiup. Setelah mendapat “lampu hijau” daripada Bro. Aizat, masing-masing bersedia menantikan giliran untuk terbang. Disebabkan aku hanya bawa 2 bendera jer,  terpaksalah mengikut giliran kepada sesiapa yang ingin terbang bersama Jalur Gemilang. Satu persatu diantara kitaorg yang berjaya terbang bebas di ruang udara Bukit Jugra dan aku rasa peserta yang paling bangga sekali semestinya Zakiah Musa oleh kerana dia merupakan peserta pertama yang terbang bersama Jalur Gemilang….ahahahaha.. bangga ooo.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogZakiah bersama Bro. Aizat sedang bersedia untuk terbang.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogMisi telah tercapai…membawa Jalur Gemilang terbang dan berkibar di udara sempena Hari Malaysia.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Pastinya mesti ada yang tertanya-tanya, “Berapa lama boleh terbang kat atas tu?”… apa yang dapat aku katakan adalah secara puratanya masa penerbangan bagi Tandem Paragliding ni lebih kurang 10-15 minit setiap seorang tetapi bergantung kepada keadaan angin dan bagi sesiapa yang beruntung boleh terbang lebih lama tapi tu kena bodek pilot laaaaa… 😀 . Ada juga Tandem Paragliding ni yang hanya dapat terbang kurang daripada 5 minit, kemungkinan faktor cuaca atau keadaan angin yang tidak mengizinkan. Jom layan gambar dulu….. 😀

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogTempat mendarat… larporpo!!!.. Watakunsi!!!… Landing Time!!!….

Kelihatan wajah lega bagi rakan-rakan yang sudah berjaya mendarat dan berpijak kembali dibumi. Secara keseluruhannya ramai yang berpuashati dan seronok dengan penerbangan masing-masing. Seramai 13 orang rakan-rakan yang berjaya terbang pada hari itu dan 8 orang lagi terpaksa ditunda ke hari lain. 8 orang tu termasuklah aku dan wife sekali. Pihak penganjur mestilah mendahulukan peserta yang lain kan!.. Di atas isu keselamatan, Bro. Aizat terpaksa menghentikan aktiviti Paragliding disebabkan keadaan angin yang tidak mengizinkan (Wind Gust) dan ditunda ke 27 September 2014.

Paragliding 2.0 : 27 September 2014

Penerbangan 8 rakan lagi diteruskan pada 27hb September 2014 bersama 2 lagi rakan tambahan.  Alhamdulillah, cuaca memang cukup sesuai untuk Paragliding atau aktiviti-aktiviti lain sekitar Bukit Jugra. Seperti biasa, sedikit taklimat ringkas oleh Bro. Aizat selaku pilot utama bagi mengingatkan kitaorg kembali mengenai keselamatan Paragliding dan kali ni seorang Tandem Pilot berbangsa Taiwan (Michael) akan membantu Bro. Aizat untuk membawa kitaorg terbang di udara. Rasanya tak perlu untuk bercerita panjang semasa event Paragliding 2.0. Jom aku kongsikan gambar dan video edisi khas Tandem Paragliding di bawah ni haaaa… saksikan betapa seronoknya kitaorg, bagaikan seekor burung yang terbang bebas di udara. 😀

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogBergambar dengan ahli astronomi.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogGroupfie dengan Tandem Pilot dari Taiwan (Michael – berbaju hijau)

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogBro. Aizat dan Bro. Mus sedang menunggu angin yang sesuai untuk terbang.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogAku dan Bro. Aizat.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogCheq Eem dan Abang Mus.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Nampaknya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba… apa lagi!, jom tonton Video Edisi Khas Event Paragliding kitaorg. Aku rasa korang semua mesti panas hati selepas menonton video ni…ahahahahaha… 😀

Kalau nak tonton di Youtube pun boleh, klik jer Tandem Paragliding Bukit Jugra

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog
Upacara penyampaian Sijil Tandem Paragliding oleh En. Abd Rahman Baharin (Master Instructor Kuala Lumpur Free Flyers –  KLFF) bersama-sama Bro. Aizat Hazman dan Bro. Mustafa Tan. Kitaorg sudah, anda biler lagi?…. 😀

Sebelum aku mengakhiri entri ni, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada aku untuk menjayakan event ini. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada Tandem Pilot iaitu En. Aizat Hazman, En. Abd Rahman Baharin, En. Mustafa Tan, En. Faridil dan juga Mr. Michael yang telah banyak membantu dan membawa kitaorg terbang bebas di ruang udara Bukit Jugra.

Jika ada lagi permintaan daripada rakan-rakan, aku berbesar hati untuk menganjurkan event Tandem Paragliding ni lagi.. Inshaa Allah!. 😀 Bagi yang berminat untuk menceburi sukan Paragliding ni, nantikan entri aku yang akan datang. Aku akan terangkan bagaimana caranya untuk menjadi seorang Pilot Paragliding.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba Tandem Paragliding, bolehlah hubungi aku melalui WhatsApp, email atau telefon dan aku akan beritahu bagaimana caranya…hihihihihi.. 😀

61 comments to Paragliding Di Bukit Jugra Banting

  • jaymiee  says:

    tahniah bro….kalau aku dah gayat kot….

    • eshamz halim  says:

      TQ bro… kalau ada problem gayat.. elok cuba ni bro…. kasi hilang gayat tuuu… 😀

  • PakcikLie PCL  says:

    Bro esham n cheem, wife aku tengok video korang dia kata bagi free pon belum tentu dia sanggup terbang haha…Tahniah korang misi berjaya.

    • eshamz halim  says:

      Aku kalau orang bagi naik free, lagi kitaorg suka…ekekekeke.. TQ bro..yup..misi mmg berjaya tapi misi singgah rumah rumah bro PCL lagi belum berjaya… 😀

  • Fauzi Blues  says:

    Gua dah lama rasa teringin nak layan tandem paragliding ni..tapi gua akur kpd kegayatan gua tahapgaban z potong 18 … hahahha

    • eshamz halim  says:

      Cuba la bro…memang best dapat terbang di udara… org gayat patut cuba…

  • Sembang Sukan  says:

    Mesti rasa bangga dpt terbang sama dgn Jalur Gemilang…Demi Malaysia!!!

    • eshamz halim  says:

      Betul tu bro… memang itu ler misi kitaorg bagi menyambut Hari Malaysia… memang bangga… 😀

  • iamNurul  says:

    Seronoknya, saya tak gayat..kena try satu hari nanti.

    • eshamz halim  says:

      Memang seronok… jangan lupa cuba tau… 😀

  • Melissa Jalil  says:

    Wow bestnya bila tengok video tu! Boleh jadikan wishlist ni!

    • eshamz halim  says:

      Yup… kena masukkan dalam wishlist ni…ekekekekeke… 😀

  • nanatron14  says:

    tak rasa takut kalau ada pilot yang teman. aku pnah buat parasailing kat boracay, seronok tapi sorang-sorang jee kat atas tu.

    • eshamz halim  says:

      Parasailing ngan Paragliding feeling berbeza ooooo… Parasailing kita ikat dgn tali so takleh naik tinggi.. Paragliding boleh naik tinggi ooooooo….. Nana kena cuba ni…layan ooooo… ekekeke.. 😀

  • Abdur  says:

    Sukan sekaligus aktifiti pelancongan yang mendebarkan.

    • eshamz halim  says:

      Yup!.. boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan… 😀

  • Cheq Eem  says:

    kalau nak lawan rasa fobia dengan ketinggian cuba try paragliding… santai jer sebenarnya.. kita cuma duduk, enjoy view dan biarkan pilot bawa pusing2 dekat atas…. hehehe…

    • eshamz halim  says:

      Betul…betul…betul….

  • siti hazreen  says:

    teringin jugak nak sertai aktiviti macam nih, walaupun gayat hehe

    • eshamz halim  says:

      Cuba la naik dulu… bila dah terbang tu..mesti hilang gayatnya…ekekekeke… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Fuhhh hebat ni bro.. mencabar & mmg menarik!!. Now everyone can fly eh.. superman dah tak boleh cari makan ehehee… Thanks sharing bro.. 😀

    • eshamz halim  says:

      Ahahahaha…. Superman terbang tak guna payung luncur bro…. Bro KK wajib cuba ni… 😀

  • titan  says:

    pehh..turun banting pun gua tak tahu nih..

    • eshamz halim  says:

      Boleh guna google map bro…. jangan guna waze… waze biol sket kat area ni… 😀

  • hannyabdullah  says:

    Jangan lupa ya group supermak..hahaha…kali ni bawak hakak2 pulak, ada bran

    • eshamz halim  says:

      Boleh2… saya budget 12hb Oktober ni khas tuk geng supermak…tapi saya kena check ngan pilot dulu… kalau ok saya inform….

  • Alongxp  says:

    Dalam tahun 2010, saya pernh shoot org tgh paragliding, sekali je saya preview gambar tu, pastu dah tak tengok dah, sebab saya ni gayat hahaha

    btw, dah follow…

    • eshamz halim  says:

      Ahahahaha… kalau ada masalah gayat..elok cuba ni bro… confirm hilang gayatnya lepas tu… 😀

  • Hairul Azni  says:

    Tahniah2..best je layan video tu..

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih bro….. 😀

  • suriaamanda  says:

    Seriau plak akak tgok Eshamz…sukan ni bagus untuk mereka yang gayat kan?

    • eshamz halim  says:

      Takde gayat lah… jom try… best oooooo…. 😀

  • ikhwan  says:

    kenal 2 kawan sekolah, Ijah dengan Cheq Em 🙂

    • eshamz halim  says:

      Uikkk!!! ..kawan sekolah wife aku ler ni…. ekekekeke…. 😀

  • shakira  says:

    hi bro eshamz,
    nak tanya, ada min or max umur ke utk sukan nie?
    bercadang nak bawa family (range umur 15 ke 68 thn)
    thanks 🙂

    • eshamz halim  says:

      Hi Shakira,
      Minimum umur tu seeloknya dari 17 tahun tapi bergantung kepada saiz badan jugak. Kadang2 umur kecik tp badan besar pun boleh join jugak…ahahahahaha… Berat badan yang ideal untuk tandem paragliding di antara 40kg hingga 90kg maksimum. Untuk yang warga veteran tu boleh jer sebenarnya tapi kena pastikan fizikal badan dalam keadaan sihat dan memuaskan serta tiada penyakit jantung. Risau pulak takut kena heart attack masa fly nanti…. 😀

      • siti  says:

        hai. please drop me your num saya berminat nak join upcoming paragliding..

  • Arief Mursodo  says:

    Jugra is one of the best flying site in Malaysia…see you in Jugra Open 29-31 May 2015.
    From Jugra many good Malaysian paragliding pilots were born.

    • eshamz halim  says:

      Yup…. Jugra one of the famous and best flying site in Malaysia…. 😀

  • sophia shafie  says:

    hye bole taw bayaran untuk paragliding ni brapa? awesome..

    • eshamz halim  says:

      Boleh tapi better email saya personally…hihihhi.. 😀

  • Hayusri  says:

    Thanks for info Tandem Paragliding..keep blogging..

  • Nor Hasdillah  says:

    Assalammualaikum. Saudara Eshamz Halim, boleh berikan email dan nombor telefon saudara pada saya melalui email [email protected]? Segera untuk program pada pada [email protected] Mei di Jugra.Terima kasih

  • yan  says:

    Hi, how much to joing this paragliding?

    • eshamz halim  says:

      RM180-200 depends on how many participant.. 😀

  • mas  says:

    salam..kalau orang tu berat 85kg boleh terbang jugak tak?? hehehe igt nak cube cuti ni…kalau cuti umum die bukak tak?? sekali terbang RM200 kan?

    • eshamz halim  says:

      85kg masih boleh fly lagi… biasanya aktiviti ni hari minggu jer.. tp ada jer yg fly hari biasa… yup.. lebih kurang lah rm200… 😀

  • siti  says:

    can u leave me your contact num, so that i can book for upcoming paragliding. saya betul2 berminat.

    • eshamz halim  says:

      Mu number and email is always on my blog entry… 😀

  • karenelin  says:

    Hi. Pilot ada provide gopro tak? atau kena guna sendiri punya?

  • hyezum  says:

    Salam..
    saya ada baca syarat minimum join paragliding 4 person. kalau untuk sorang yg x ada team.. boleh join?

    • eshamz halim  says:

      Salam… syarat minimum adalah 5 orang, ini adalah untuk senangkan pihak pilot supaya tak perlu ke tempat paragliding hanya untuk seorang peserta sahaja sebab melibatkan masa dan kos, lebih elok sekiranya datang secara berkumpulan…. biasanya kalau seorang dua saya akan masukkan pada mana2 group yg akan fly.. saya ada organizekan 2 event tandem paragliding pada 23 april dan 7 mei 2016.. untuk info dan daftar sila ke url http://www.eshamzhalim.com/jom-sertai-tandem-paragliding-di-bukit-jugra-pada-23-april-2016/ 😀

  • Shiqeen sattar  says:

    Ok SS panas hati dah ni hahaha… kalau nk join masa 27 Sept m mne eh?

    • eshamz halim  says:

      Saya takde organize apa2 event pada 27 sept ni?…

  • Kashini  says:

    Hello, would you mind taking 5mins to fill in this survey form about paragliding. Your time would be much appreciated
    https://docs.google.com/forms/d/1lHE09zX_T2nCHE6n-M7Y5J61fZnCQ_VsX28wa_r0PeM/edit?usp=sharing

  • nad  says:

    bulan no 2016 ada? nak join…

    • eshamz halim  says:

      Sekarang cuaca dan angin agak tidak mengizinkan…. 😀

  • shiqeen sattar  says:

    so bila plak next date?

Isikan Komen Anda Disini