Penulis Blog

aku-seorang-blogger-travel-shamphotography-eshamz-halim

Assalamualaikum & Salam Mesra,

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat datang ke blog www.eshamzhalim.com ( sebelum ini dikenali sebagai www.shamphotography.com ) dan terima kasih kerana sudi singgah membaca. Jom aku menceritakan serba sedikit mengenai diriku.

Aku mula menulis blog pada sekitar tahun 2007 secara suka-suka hanya untuk mengisi masa lapang dan berkongsi pengalaman yang aku lalui. Aku menggunakan blogspot.com sebagai tapak permulaan untuk menjadi seorang penulis di alam maya dan pada masa itu aku tidak pernah mengetahui apa itu blogging atau blogger. Selepas 2 tahun menggunakan perkhidmatan blogspot,  aku telah beralih ke WordPress Content Management System (CMS) dengan menggunakan web hosting dan domainname sendiri yang disewa secara tahunan pada sekitar tahun 2009. Aku terpaksa belajar untuk menggunakan WordPress tanpa guru atau belajar di mana-mana kursus, segalanya aku belajar sendiri daripada manual-manual yang terdapat di Internet. Pada masa itu memang tak banyak kursus-kursus seperti sekarang. Alhamdulillah!…., itu adalah pengalaman untuk aku.

Pada mulanya aku hanya banyak menulis mengenai hobi Photography dan juga hasil-hasil daripada kerja sambilan aku sebagai Jurugambar Perkahwinan tetapi sekarang, aku kembali aktif berblogging setelah sekian lama menyepi serta aku lebih fokus kepada Pengalaman Travel dan Aktiviti Outdoor aku semenjak tahun 2013 disamping cerita-cerita lain yang santai. Kebanyakkan entri-entri aku bermula dari tahun 2007 hingga 2012 terpaksa dipadamkan kerana aku lebih fokus kepada niche blog aku yang baru. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang memahami, berkongsi minat yang sama dan juga seorang Blogger Kesihatan di blog www.vitamin4kesihatan.com.

blog-vitamin4kesihatan-shaklee-sid-shamphotography-cheqeemWife aku adalah seorang Agen Shaklee yang berdaftar..

Walaupun Photography dan Blogging adalah secara part-time tapi aku bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang blogger yang terkenal di dalam bidang Travel seperti dalam rancangan di ASTRO TRAVEL & LIVING (TLC) kerana minatku yang suka mengembara dan sentiasa mencari pengalaman yang baru. 😀

Akhir kata, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada blog aku. 😀

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, cadangan, jemputan dan lain-lain, sila email ke [email protected]

Penulis Blog,

yang benar

803 total views, 1 views today