Projek Iqra: Kempen Taja Shopping Raya 2014

Logo-Shopingraya

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Aku telah terbaca entri mengenai Projek Amal Shopping Raya 2014 yang dianjurkan oleh Projek Iqra ni di blog Kak Hanny @ diarymama.com dan terdetik pulak untuk aku sama-sama berkongsi di blog ni. Wife aku pun ada cerita kat aku pasal projek iqra ni. Sesungguhnya amalan bersedekah itu adalah amalan yang sangat mulia, lebih-lebih di bulan Ramadhan. Janganlah kedekut untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu, diyakini rezeki korang anda bertambah tapi biarlah dengan niat yang ikhlas.

Jom aku kasi info pasal Projek Iqra: Kempen Taja Shopping Raya 2014 ni……

Kempen Taja Shopping Raya ni adalah acara tahunan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Projek IQRA SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai.

projek-iqra-kempen-taja-raya-2014-shamphotography

Kempen Taja Shopping Raya 2014 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 4 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.

Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Secara ringkasnya, melalui acara ini dapat…

  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

Ada 3 cara untuk korang semua melakukan sumbangan iaitu:

  1. Dengan menghulurkan sumbangan wang ringgit atau dengan menaja seorang anak yatim (RM195) untuk menjayakan projek ini
  2. Menjadi sukarelawan dengan membawa anak-anak yatim dan fakir miskin bershopping keperluan hari raya dipasaraya yang terpilih dengan sejumlah wang yang telah disumbangkan oleh orang ramai.
  3. Menjadi sukarelawan fotografi , untuk acara dan sebagainya.

Setakat 29/06/2014 :-

550 anak anak yatim , miskin dan asnaf untuk ditaja 303 anak anak ini sudah ditaja, dan BERBAKI lagi 247 lagi anak anak yatim, miskin dan asnaf perlu DITAJA.

Jom kita ramai-ramai menghulurkan bantuan dengan menaja seorang anak yatim dengan memberi sumbangan sebanyak RM195 dan menyokong usaha projek amal ini.

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai.

Shopping Raya 2014 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 4 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA.

– See more at: http://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2014/#sthash.zr1R3bBy.mSL30Zf6.dpuf

Untuk info yang lebih lanjut dan cara bagaimana untuk menderma serta menaja, korang boleh masuk ke laman web PROJEK IQRA atau korang boleh lawati Facebook Projek IQRA.

Jom kita menderma walaupun sedikit kerana walaupun sedikit tapi mampu membawa perubahan yang besar… 😀

8 comments to Projek Iqra: Kempen Taja Shopping Raya 2014

  • Khir Khalid  says:

    Perkongsian yg sgt baik. T kasih atas info bro Sham… semoga Allah swt memberkati kehidupan… aamiin.

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama bro…. membantu setakat yg mampu bro… 😀

  • sobri yaacob  says:

    terima kasih ats pkongsian.. semoga lebih ramai pihak memberikan sumbangan 🙂

    • eshamz halim  says:

      sama-sama bro… semoga ramai yg memberi sumbangan kan… 😀

  • hannyabdullah  says:

    Alhamdulillah..moga perkongsian ini dpt membuka mata banyak pihak utk memberi sumbangan pada yg kurang berkemampuan..

    • eshamz halim  says:

      😀 … semoga ramai yg memberi sumbangan…

  • Strider  says:

    Alhamdulillah…semoga urusan mereka akan dipermudahkan….

    Regards,
    -Strider-

Isikan Komen Anda Disini