Reach Out Run 2015: Run For A Cause

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Reach Out Run 2015: Run For A Cause telah diadakan pada 14 Jun 2015 bertempat di  Dataran Putrajaya, Presint 3. Larian amal ini telah dianjurkan oleh iM4U dalam usaha untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada organisasi seperti Dyslexia Association of Malaysia (PDM), SVM Welfare Association, Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation (LASSie) dan juga Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Larian ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping dapat menderma dan membantu dalam memperjuangkan empat sebab utama iaitu dari segi Kesihatan, Keperluan Khas, Komuniti dan Haiwan.

Hanya ada 2 kategori sahaja yang ditawarkan untuk larian ini iaitu 5km Fun Run dan juga 10km bagi kategori terbuka lelaki dan wanita. Buat kali pertamanya, aku dan wife dengan penuh yakinnya mendaftar untuk larian 10km. Untuk permulaan ini, kitaorg cuba untuk mendapatkan catatan masa larian dibawah 90 minit (1 jam 30 minit) bagi larian sejauh 10km. Sasaran KPI kena ada katanya….hihihihihihi… 😀

Seawal pukul 6.30 pagi kitaorg dah menuju ke Putrajaya dalam keadaan cuaca yang hujan lebat daripada Shah Alam. Nasib baik sampai di Putrajaya, hujan pun dah semakin reda. Berkumpul dengan geng-geng runner yang lain dulu sambil menunggu waktu flag off pada pukul 7.30 pagi. Pagi tu kitaorg masih teruskan berlari walaupun dalam keadaan hujan gerimis hinggalah ke garisan penamat. Alhamdulillah… cuaca sejuk jer sepanjang larian cuma badan jer yang panas….hihihhihihihi.. 😀

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimSelfie kasut dulu sebelum berlari…

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimGeng-geng runner…

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimTanduk Red Bull tu sentiasa menemaniku bila lari..

Sebagai tanda simpati dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah serta di Gunung Kinabalu, kitaorg bersepakat untuk berlari dengan memakai baju yang kitaorg pakai semasa mendaki Gunung Kinabalu pada bulan April yang lepas. Entri mendaki Gunung Kinabalu pun aku terpaksa simpan dulu buat masa sekarang bagi menghormati kejadian yang menimpa Sabah dan Gunung Kinabalu. Agak terkejut juga kitaorg sebab kejadian gempa bumi tu berlaku selepas sebulan kitaorg berjaya mendaki ke Puncak Kinabalu.

SesungguhNya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Takziah kepada waris dan keluarga mangsa yang telah terkorban. Semoga warga Sabah cekal dan tabah menghadapi dugaan ini dan semoga Aki Nabalu kembali tenang dan gagah berdiri menongkat langit. Aku harap kita akan bersua lagi di masa yang akan datang. #PrayForSabah #PrayForKinabalu

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimGroupfie dengan Tall, Dark and Handsome kat belakang tuuu….. 😀

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimYeayyyy…. we made it!!!..

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalim#TooHotDemo

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimDari hiking hinggalah ke running… inilah geng-gengnya..

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimRun for a cause and we run for Kinabalu….

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimWe all made it to the finish line!.

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimBergambar lagi… 😀

Akhirnya, berjaya juga aku dan wife menamatkan 10km larian dengan catatan masa 1 jam, 23 minit dan 33 saat (1:23:33). Walaupun perlahan tapi tercapai juga objektif untuk sampai di garisan penamat dalam jangkamasa bawah 90 minit. Nanti aku akan cuba perbaiki catatan masa dalam larian yang akan datang tapi kena banyak berlatih ni…..ermm!!…bab tu yang aku malas nak buat!!.. hahahahaha.. 😀

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalimOfficial e-Certificate.


Terima kasih kepada Cik Bella (Codename: #BellaPinky) kerana sudi merakamkan detik-detik indah ini di garisan penamat…hahahahahaha…. 😀

Ermmm??…. larian apa lagi yang kitaorg dah daftar ek?…. tungguuuuuuuu jer lah entrinya…hihihihi.. 😀

314 total views, 1 views today

2 comments to Reach Out Run 2015: Run For A Cause

  • Bella  says:

    Sama2…hikhikhik

    • eshamz halim  says:

      Eh!.. Bella Pinky komen laaaa…ekekekekeke.. 😀

Isikan Komen Anda Disini