Riadah Santai Di Bukit Kembara, Ampang

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin ucapkan “Selamat Tahun Baru 2017” kepada semua pembaca alam maya yang masih setia berkunjung ke blog ini. Dah lama juga sebenarnya aku tak menulis, bukannya dah berhenti menulis tapi rasanya seperti tiada pengembaraan baru untuk dicoretkan di dalam blog selain daripada aktiviti larian. Sempena menyambut 1 Januari 2017, aku dan wife hanya bersantaian di Bukit Kembara. Pasti ramai yang tidak pernah dengar kewujudan Bukit Kembara ini.

Bukit Kembara ini terletak di kawasan Ampang Jaya, berdekatan dengan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan juga Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada juga yang menggelarkan bukit ini sebagai Bukit Indah tapi aku rasa Bukit Kembara dan Bukit Indah mungkin dua bukit yang berbeza tetapi ianya bersebelahan seperti Bukit Saga dan Bukit Apeh@Apek dengan laluan trek yang menghubungkan kedua-dua bukit tersebut. Ada dua trek permulaan yang boleh digunakan untuk mendaki samaada melalui Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) ataupun melalui Taman Bukit Indah tetapi untuk kali pertama ini, aku dan wife cuba mendaki melalui Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR).

Sebelum aku nak terangkan dengan lebih terperinci, aku ada siapkan peta untuk menunjukkan beberapa check-point utama dari trek permulaan hinggalah ke Dataran Bukit Kembara B (Puncak) sebagai panduan.

peta-lengkap-trek-bukit-kembara-ampang-trek-taman-tar-eshamzhalimPeta dari app. Runkeeper aku… 😀

Bukit Kembara bukanlah sebuah bukit yang tinggi dan dari bacaan jam aku, kawasan yang tertinggi hanyalah lebih kurang 244 meter dari paras laut. Apa yang menarik di atas bukit ini ialah terdapatnya sebuah tasik yang dahulunya berfungsi sebagai kawasan takungan air atau empangan yang telah dibina pada tahun 1892. Tasik ini dikenali juga dengan nama Empangan Ampang, Tasik Ampang ataupun Tasik Hijau disebabkan airnya yang berwarna hijau. Ramai juga warga penduduk sekitar kawasan situ yang bersenam sambil berlari mengelilingi tasik di awal pagi.

Bagi sesiapa yang ingin beriadah di Bukit Kembara, boleh gunakan Google Maps atau aplikasi Waze untuk ke Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) ataupun ke Kelab Darul Ehsan (KDE). Anda akan melalui Jalan Kerja Ayer Lama yang akan menghubungkan ke Jalan 1. Anda akan jumpa Kelab Darul Ehsan di sebelah kiri dan Taman TAR di sebelah kanan. Terus menyusuri Jalan 1 melepasi Kelab Darul Ehsan dan melepasi palang pondok keselamatan. Trek permulaan adalah di sebelah sebuah banglo lama lebih kurang 200-300 meter selepas palang pondok keselamatan. Kereta boleh diparkirkan di sepanjang jalan tersebut ataupun di depan Kelab Darul Ehsan dan anda boleh berjalan kaki hingga ke trek permulaan. Pastikan kereta anda tidak menghalang lalulintas atau mengganggu ketenteraman penduduk di situ.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimTrek permulaan adalah di sebelah banglo lama ini.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimTrek bermula dari sini.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimTerus susuri laluan ini hingga jumpa permulaan trek tangga.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimMaka bermulalah episod bertangga…hihihihihi.. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimNaik dan naik dan naik…. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimLayan tangga lagi….. 😀

Lebih kurang 10 minit melayan tangga, sampailah kami di Dataran Bukit Kembara dan tempat rehat ada disediakan sekiranya ingin menarik nafas lega terlebih dahulu. Di depan Dataran Bukit Kembara ini terdapat sebuah kolam takungan atau kolam penapisan air yang tidak lagi digunakan dan telah dijadikan kawasan kebun oleh penduduk di situ. Daripada sini, teruskan perjalanan ke hadapan melalui laluan di tepi kolam takungan untuk naik ke atas hinggalah jumpa sebuah tasik dan jarak perjalanan hanyalah 5 minit sahaja. Dah dekat dah!… hihihihihi… 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimAntara tempat berehat di Dataran Bukit Kembara.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimLepak dulu sebelum teruskan perjalanan ke Tasik Hijau…. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimKolam takungan@penapisan air yang telah dijadikan kawasan kebun.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimTeruskan perjalanan menuju ke tasik melalui laluan di tepi kawasan kebun. Ada dua trek menuju ke atas (kiri dan kanan) dan kedua-duanya akan menuju ke tasik. Tak jauh pun… 5 minit jer… 😀

Selepas 5 minit berjalan, barulah kelihatan sebuah tasik hijau di depan mata…hihihihihi.. :D. Ada jambatan besi yang menghubungkan dengan sebuah pondok berbumbung, mungkin dahulunya berfungsi sebagai kunci air disebabkan ada tangga besi untuk turun ke bawah. Walau apa pun fungsi jambatan itu, memang selalu dijadikan lokasi popular untuk bergambar. Selesai bergambar di jambatan, aku dan wife berjalan mengelilingi tasik untuk ke air terjun mini dan trek menuju ke puncak Bukit Kembara. Samaada anda ikut di sebelah kanan atau kiri, tetap akan berjumpa dengan air terjun mini serta trek ke puncak, cuma perbezaannya yang mana satu akan jumpa terlebih dahulu. Boleh rujuk pada peta aku di atas supaya lebih senang faham. Lokasi air terjun mini ditandakan sebagai Dataran Bukit Kembara A dan puncak Bukit Kembara pula ditandakan sebagai Dataran Bukit Kembara B.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimKolam takungan air atau Tasik Hijau Bukit Kembara. Airnya memang hijau.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimSelfie dulu.. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimMemang menarik permandangan di sekitar tasik hijau ni….lokasi menarik untuk bergambar..hihihihi.. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimJambatan besi dan pondok yang masih lagi kukuh. Ada tangga besi untuk turun ke bawah, mungkinkah berfungsi sebagai kunci air bagi empangan ini?…

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimSelfie lagi…. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimBerjalan mengelilingi tasik menuju ke air terjun mini dan untuk naik ke puncak Bukit Kembara.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimBergambar lagi..hihihihihi…. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimTreknya agak luas dan bersih.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimInilah air terjun mini Bukit Kembara. Rasanya bukan mini tapi micro….hahahahaha.. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimBergambar dulu sebelum naik ke puncak.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimPokok tumbang merentasi air terjun mini.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimInilah trek ke Puncak Bukit Kembara @ Dataran Bukit Kembara B.

Trek untuk naik ke puncak memang agak curam dari bawah hinggalah ke atas tetapi hanyalah mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Tali ada disediakan di sepanjang trek bagi tujuan keselamatan atau sekiranya anda memerlukan bantuan di sesetengah tempat yang licin.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimMemang pacak sampai ke atas.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimAda beberapa kawasan yang licin…

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimSepanjang trek ke atas ada disediakan tali.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimPacak tak?…hihihihihi.. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimBerhenti selfie dulu… 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimPosing bergambar sambil berhenti berehat sekejap. 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimTangga asli daripada akar-akar pokok…hihihihi… 😀

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimAkan melalui kawasan ini dulu sebelum sampai ke Dataran Bukit Kembara B.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimYeahhhhh!!!!… Puncak Bukit Kembara atau Dataran Bukit Kembara B.

bukit-kembara-ampang-kuala-lumpur-kde-hiking-eshamzhalimInilah Dataran Bukit Kembara B. Hanyalah sebuah kawasan lapang dimana kedua-dua trek daripada tasik dan juga daripada Taman Bukit Indah bertemu.

Bukit Kembara sememang amat sesuai bagi mereka yang inginkan aktiviti beriadah yang tidak terlalu ekstrem dan jarak perjalanan tidak terlalu panjang. Perjalanan ke Tasik Hijau hanyalah mengambil masa sekitar 15 minit dan ditambahkan lagi 10 minit sekiranya ingin mendaki ke puncak daripada tasik. Treknya yang luas dan bersih sememangnya cukup senang untuk di ikuti biarpun anda mendakinya buat pertama kali tetapi perlu peka dengan kehadiran kera-kera yang berada di situ. Sempat juga aku dan wife berborak dengan beberapa pendaki tegar di situ, menurut mereka ada 2 atau 3 kera yang bersaiz besar dan bertindak agresif. Rasanya ada juga babi hutan yang berlegar di sekitar situ disebabkan ada beberapa lokasi tanah yang disondol. Terima kasih juga kepada pendaki-pendaki tegar di situ yang sentiasa memastikan trek terjaga dan bersih untuk kegunaan bersama. Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. 😀

Mungkin aku dan wife akan kembali sekali lagi ke Bukit Kembara untuk mencuba trek daripada Taman Bukit Indah. Dengar kata lebih ekstrem dengan jarak yang lebih jauh. Jom!!!… ada sesiapa nak ikut?….hihihihihihi… 😀

9 comments to Riadah Santai Di Bukit Kembara, Ampang

  • nazrin manan  says:

    Mcm best je.. kne try g ni.. Bro tasik tu bleh mancing ker?

    • eshamz halim  says:

      Boleh kot…sbb ada jumpa gambar2 org mancing kat situ… tak tau ler ada ikan apa kat dalam tu…hihihihi.. 😀

  • MOHD SYAIRAZI MOHD KAMIL  says:

    Salam bro..tlog email kt kwn contact no.bro..nk tanya pasal paragliding at bukit jugra..email kat syairazi3607@gmail.com

  • aRz MoHa  says:

    banglo lama nampak suram ja….

    macam tak ada orang lain….

    apapun tasik dengan pelantar tu memang cantik….

    • eshamz halim  says:

      Banglo tu mmg terbiar bro… ada gak dengar macam2 kisah pasal banglo tuu… sampai skrg takde siapa yg berani tinggal yg banglo tu…

  • Jungleboi  says:

    Cantiknya….tak pernah dtg tempat ni

    • eshamz halim  says:

      Bolehlah setakat nak hiking santai-santai tu… boleh gi sini… 😀

  • azrul  says:

    wow sangat menarik lah…banglo tu seram nak tahu lah kisah banglo tu trbiar..track dia pn cantik, kera n babi hutan tu mcm mna nak elak ae? lagi 1, boleh tk klu buat video kembara kt sana?

Isikan Komen Anda Disini