Sabah Aku Datang-Teaser

Salam dan selamat berpuasa bah,

Tahun lepas aku dah berjaya jejakkan kaki ke “Bumi Kenyalang” @ Sarawak tapi x puas ronda2 kat sana lagi dan tahun ni aku dah berjaya jejakkan kakiku ke “Negeri di bawah Bayu” pulak. Sebenarnya wife aku yg kena berkerja di Sabah selama seminggu so ini ler peluang aku untuk datang ker Sabah….ekekekeke… Last year pun aku datang Sarawak sebabkan wife aku kena kerja kat sana gak tp last year aku x dapat ikut dier ke Sabah, masa tu tiket Airasia mahal giler so melepas ler peluang aku nak ke Sabah last year tapi nampaknya tahun ni ada juga jodohku dengan Sabah.

Aku hantar wife ke LCCT pada 30 Jun sbb dier kena mula keje kat Sabah pada 1 julai, flight aku pulak pada 4 Julai. Aku pun menunggu 4 Julai tu dengan penuh excited dan sabar. Dan biler hari yg ditunggu tiba, seronok lak rasanya sbb aku travel sorang jer rasa cam pelancong lak dengan backpack kameraku yang digalas di kedua bahuku…ahahahaha. Masa 4 Julai tu aku keje sebelah pagi pastu cuti halfday sebelah petang sbb flight aku pon pukul 6.30 petang. Masa lunch jer aku terus gerak gi KL Sentral sbb aku naik Airbus jer ke LCCT. Dalam bas pulak jenuh aku berborak ngan pakcik sebelah seat aku ni, pakcik ni nak balik Kuching…drpd bas mula bergerak sampai ler ke LCCT x henti berborak.. siap suh datang kedai dier lg kat Masjid India, KL….ahahahahaha…nak wat camner kan…aku ni jenis suka berborak.. Sampai LCCT pon baru pukul 3.30 petang so melepak ler aku kat surau LCCT sampai lepas asar.. perut pon dah bernyanyi lagu syahdu dan terus menuju ke McD makan jap dan pastu terus ke boarding terminal. Nasib baik flight x delay lama sgt, musim ujan kan biasa laa… tgk jam kat tangan lak dah nak dekat pukul 7 dan baru ler aku menyusuri ruangan udara malaysia bersama Airasia menuju ke Sabah. Flight ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit, bosan gak duduk lama2…bayangkan kalau gi negara2 Eropah..mau nyer kebas bontot….ahahahaha..Seram gak biler dalam kapalterbang sbb time tu ujan, bergegar2 lak jugak kat dalam tu…maybe sbb redah awan ngan air ujan kot?.

Alhamdulillah, akhirnya  mendaratlah aku di Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dengan perut yang lapar….nak beli makanan kat dalam kapal malu lak sbb x pernah beli pun.

sabah-aku-datang-shamphotography

Kat airport aku cari teksi ke cititel hotel express dan on the way tu terus pick-up wife aku sekali kat hotel yang dier menginap masa keje kat sana. Sampai hotel terus check-in pastu xde nak kemana sgt sbb ari still ujan..sib baik wife aku dah tapaw makanan utk aku, mmg tgh lapar pon…..tp hari tu kitaorg keluar pun cuma gi pekena nescafe tarik jer kat kedai belakang hotel, lagi pun mata aku dah ngantuk so balik hotel nak tdo jer sbb esok ada plan yang menunggu…ekekekekeke..ni jer gambar yang aku snap masa 1st day kat Sabah. Aku sampai pun dah malam kan pastu ujan lak tuuu so x sempat nak snap gambar sgt.

nescafe-tarik-sabah-shamphotography

Jarang lak aku jumpa nescafe tarik buih cam Starbuck…ekekekeke. tapi layan jer..

Esoknya plan pulak kitaorg nak gi island hopping..budget2 nak gi Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik so kalau korang nak tau kisahnya…tungguuuuu next entri aku pasal “Sabah Aku Datang” ni….ekekekeke.

Isikan Komen Anda Disini