Sajian Johor Restoran Bisik Bisik Shah Alam

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Nama Restoran Bisik-Bisik sememangnya tidak asing lagi di kalangan penduduk sekitar Shah Alam. Beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam semenjak dari tahun 2010 telah menjadikan ia sebagai lokasi wajib singgah bagi sesiapa yang mengidamkan dan ingin mencuba pelbagai sajian negeri Johor.

Alhamdulillah!… aku dan wife bersama rakan blogger yang lain diberi peluang untuk mencuba dan menikmati sendiri keenakkan sajian Johor yang sering menjadi sebutan di kalangan penduduk Shah Alam. Kedatangan kitaorg telah disambut mesra oleh Puan Norhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan Aien yang merupakan pemilik Restoran Bisik-Bisik dan sedikit sesi pengenalan dimulakan sebelum menjamu selera.

Apa yang istimewanya restoran ini ialah ia menawarkan pelbagai masakan Johor yang popular disamping beraneka menu lain khas buat santapan para pelanggan yang singgah. Tidak perlu bersusah payah untuk mengembara jauh ke selatan tanahair semata-mata mengidamkan citarasa Johor kerana ianya boleh didapati di Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7, Shah Alam.

Antara hidangan citarasa Johor yang sempat kitaorg cuba ialah Asam Pedas, Laksa Johor, Mee Bandung Udang Galah, Mee Rebus Tulang, Nasi Goreng Anak Bujang, Kacang Pol dan juga minuman istimewa seperti Air Kathira JDT, Ais Jagung Bisik-Bisik dan Air Bandung Soda yang pasti dapat menghilangkan dahaga di tekak.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Asam Pedas Mak Kiah Restoran Bisik-Bisik ini memang sedap dan terbaik, merupakan sajian kegemaran aku. Menawarkan beberapa jenis ikan seperti ikan pari, kembong, tenggiri, merah, jenahak dan patin untuk dimasakkan asam pedas. Harga semangkuk sekitar RM8 – RM25 sepinggan, bergantung kepada jenis ikan yang dipilih.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alamHidangan set nasi putih bersama asam pedas.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Walaupun aku bukan seorang peminat laksa tetapi Laksa Johor di restoran ini sememangnya dapat menambat hati seorang peminat tegar laksa. Korang boleh menikmati laksa ini dengan hanya RM6 sepinggan.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Mee Rebus Tulang antara menu yang terdapat di Restoran Bisik-Bisik. Terdapat juga Mee Rebus Johor dan Mee Rebus Kuah Ketam dan harga yang dikenakan adalah sekitar RM5 – RM15 bergantung kepada pilihan pelanggan.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alamMee Bandung Udang Galah (RM29.90 – Gred A dan RM15.90 – Gred B)

Sajian Johor tidak akan lengkap dengan hidangan terkenalnya iaitu Mee Bandung yang terkenal di daerah Muar. Kitaorg diberi peluang untuk merasai sendiri keenakkan Mee Bandung Udang Galah. Nampak berselera apabila lihat Udang Galah pun dah sebesar pinggan dan antara pilihan lain yang ada adalah seperti Mee Bandung Muar, Mee Bandung Udang, Mee Bandung Tulang dan Mee Bandung Ketam.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam
Nasi Goreng Anak Bujang merupakan diantara sajian unik yang ditawarkan di Restoran Bisik-Bisik. Diasaskan daripada nasi goreng yang dibungkus dengan salutan telur dan seekor burung puyuh dimahkotakan diatas nasi goreng tersebut. Mungkin korang boleh mencuba Nasi Goreng Anak Dara yang merupakan satu lagi sajian unik disini.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Bagi pengemar hidangan Kacang Pol Larkin adalah direkemenkan untuk ke Restoran Bisik-Bisik. Paling istimewanya adalah Kacang Pol Larkin ini ditempah khas daripada peniaga asal Kacang Pol di Larkin dan dibawakan ke Restoran Bisik Bisik khas buat pelanggan yang berkunjung. 1 set hidangan hanya berharga RM6 sahaja. Ini merupakan kali pertama aku mencuba hidangan Kacang Pol Larkin, kuah kacang polnya yang penuh dengan rasa rempah dan daging kisar bersama telur mata memang mengenyangkan. Satu menu yang wajib dicuba di Restoran Bisik-Bisik.

Rasanya tidak lengkap kalau korang tidak mencuba minuman istimewa Restoran Bisik Bisik seperti Air Kathira JDT, Ais Jagung Bisik Bisik, ABC Tanjung Mas, Bandung Soda dan A&W Float. Harga segelas daripada RM3.50 – RM5 memang aku rasa sangat berpatutan. Aku hanya sempat mencuba Air Kathira, Ais Jagung Bisik Bisik dan Air Bandung Soda yang sememangnya berjaya menarik perhatian aku.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam-13Ais Jagung Bisik-Bisik.

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam-14Air Kathira JDT (kiri) dan Air Bandung Soda (kanan)

Sebelum aku terlupa, sajian Otak-Otak JB di Restoran Bisik Bisik juga wajib dicuba. Banyak lagi menu-menu yang ditawarkan di Restoran Bisik Bisik dan mungkin aku dan wife akan kembali ke sana untuk mencuba menu-menu yang lain. Sesi Food Review Restoran Bisik Bisik diakhiri dengan sesi bergambar bersama pemilik dan juga beberapa kakitangan Restoran Bisik Bisik. Antara rakan-rakan blogger yang turut serta selain daripada aku dan wife (www.cheqeem.com) ialah Sis Hanny (www.diarymama.com), Sis Nora (kongsibersamanora.blogspot.com), Sis Roshidayu (nasikerabubuahtanjung.blogspot.com), Sis Noraini (mrspuex.blogspot.com) serta juga Bro Azahari (itsmepuex.blogspot.com).

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

restoran-bisik-bisik-seksyen-7-shah-alam-makanan-johor-tempat-makan-menarik-di-shah-alam

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada Puan Aien dan kakitangan yang lain kerana sudi melayan karenah kitaorg malam tu. Sempat juga kitaorg menemuramah dan bergambar bersama beliau walaupun sedang sibuk melayan pelanggan. Walau apa pun, pasti kitaorg akan kembali untuk menjamu selera lagi di Restoran Bisik-Bisik dan kepada yang ingin mencuba, bolehlah singgah serta merasai sendiri sajian istimewa yang ditawarkan oleh restoran ini. Maklumat Restoran Bisik-Bisik seperti di bawah….

Restoran Bisik-Bisik
(Dibelakang UNISEL, Seksyen 7 Shah Alam)
Lot 9 & 10, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B7B,
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 0177317803, 0177584680 & 0172584832
Email: [email protected]
Website: www.bisikbisik.com
Facebook: MeeBandongUdangGalah

Waktu Perniagaan:

Restoran Bisik-Bisik akan beroperasi pada setiap hari
Isnin hingga Ahad: 12:30 tengahari hingga 12:30 Malam
Tutup pada hari RABU bagi minggu kedua dan keempat setiap bulan

19 comments to Sajian Johor Restoran Bisik Bisik Shah Alam

  • Hasnieda  says:

    Dulu masa mula2 tinggal di JB jenuh jugak nak sesuaikan selera dgn makanan Johor… tapi sekarang laksa johor, nasi ambeng, otak-otak, lontong, soto memang menjadi my favourite….

    • eshamz halim  says:

      Bolehlah singgah kat Restoran Bisik Bisik kalau rindu masakan Johor nanti.. 😀

  • akuzle ayu  says:

    Ok, bila kita nak serbu berjemaah lagi ye? Aumsss.. Nak air jagung

    • eshamz halim  says:

      Jom kak.. setkan time jer… kitaorg ok jer… 😀

  • kisahtatiedotcom  says:

    wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh …..

    • eshamz halim  says:

      hmmmmmm….. dapnyerrrrrr…. 😀

  • titan  says:

    air tu nampak macam sedapp gila..

    • eshamz halim  says:

      Bukan nampaknya…. rasa pun sedap gak… 😀

  • Tengkubutang Miaw  says:

    air tuu.. teman dah meleleh air liuk kot..

    • eshamz halim  says:

      Rilek..rilek…kasi lap air liur tuuu…ekekekekeke… 😀

  • pink velvet  says:

    selalu dgr pasal kacang pol, tp sampai skrg x pernah merasa lagi, huhu ~

    • eshamz halim  says:

      Bolehlah..cuba rasa disini.. mana ler tau terpikat pulak nanti.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Fuhh fuhh… kecur aku nengok makanan2 tu.. lepas ni klu tekak ni teringin nak makan masakan johor, tak payahlah tunggu smpai time nak balik johor. Seronok juga terjah sini nanti. Thanks sharing bro.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terjah bro jangan tak terjah.. dapat mengubat tekak Johor ko tu…ahahahaha… 😛

  • sobri yaacob  says:

    duk kat perak ni memng jauh la kalau nak p restoren ni..
    tapi food review memng terbaik..kecur ayor lior..tambah2 dgn kesan2
    camera mahai ai membuatkan makanan tu rasa nak ngap je.. untunglah jadi blogger
    fames bayak jemputan.. amin..he..he.. tapi tringin nak rasa asam pedastu mcmbest je…
    insaalah sampai shah alam.. boleh cari kdai ni 😛

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha… kalau ko mai sini..aku belanja kat restoran ni… mana ada femes..jemputan kecil kecilan jer….. 😀

  • suriaamanda  says:

    Menarik ni…boleh masukkan dalam wish list….

  • hazmanfadzil.com  says:

    Kedai yang jual makanan johor camni kalau layan bola tengok JDT main confirm meriah la kan….

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha… kalau JDT memang meriah ler…kalau kalah sunyi sepi jer…ahahahaha.. 😀

Isikan Komen Anda Disini