Scuba Diving: Bagaimana Scuba Diver Berkomunikasi

isyarat-tangan-scuba-diver-komunikasi-didalam-air-penyelam-bahasa-isyarat-shamphotography-01

Assalamualaikum dan salam mesra,

Pernah tak korang tertanya-tanya atau terpikir, macam mana Penyelam Scuba (Scuba Diver) ni nak berkomunikasi semasa di dalam air ek?. Kalau nak bercakap, mulut dah kena sumbat dengan regulator pastu kalau dapat cakap pun mesti akan keluar buih jer…ekekekeke. Pernah tak korang cuba menjerit atau bercakap di dalam air?… memang ler boleh dengar bunyinya sebab secara asasnya air juga merupakan pengalir bunyi tapi ia akan menjadi kurang jelas.

Ok!..Ok!.. Jangan peningkan kepala yer!. Sebenarnya penyelam scuba akan menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi di antara penyelam-penyelam yang lain. Takde gilernya dorang nak berborak sambil  regulator tersumbat di mulut yer, nanti asyik telan air jer…ahahahahaha. Isyarat tangan ni ada banyak dan bermacam-macam stail tetapi setiap penyelam wajib tahu isyarat tangan yang asas.

Untuk entri Scuba Diving kali ni aku hanya akan terangkan isyarat tangan asas (basic hand signal) yang digunakan oleh penyelam scuba. Korang akan belajar isyarat tangan ni dalam kursus Open Water Diver nanti so ini hanyalah sekadar perkongsian bersama…hihihhihi.. 😀

Jom tengok apakah isyarat-isyaratnya……..

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

1. Korang perlu berhenti atau tunggu di situ.
2. Isyarat tangan ni menunjukkan korang ada masalah. Sekiranya ada masalah di telinga, lakukan isyarat ni dan tunjuk jari korang kat telinga serta begitu ler kalau korang ada masalah di tempat lain.
3. Isyarat tangan untuk OK (tiada masalah) atau tanya penyelam lain sama ada dorang OK atau pun tidak.
4. Sama seperti No.3, cuma ini jika korang pakai sarung tangan (Scuba gloves)

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

5. Isyarat kecemasan atau mintak tolong.
6. Selepas turun dari bot, korang perlu buat isyarat ni untuk pastikan boatman atau penyelam lain tau yang korang OK!.
7. Sama seperti No.6, cuma ini korang gunakan sebelah tangan jer untuk buat isyarat OK.

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

8. Isyarat ada bahaya pastu tunjukkan kat penyelam lain kat mana bahayanya tu….
9. Isyarat ni biasanya korang akan buat dan tunjukkan apabila untuk naik ke permukaan air dan tamatkan aktiviti menyelam.
10. Isyarat ni untuk mula menyelam.

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

11. Kekurangan oksigen dan korang perlu mula naik ke permukaan.
12. Kehabisan oksigen dan paham-paham jer lah…. 😀 . (Tahap kritikal ni so sentiasa periksa meter oksigen korang tau)
13. Mintak regulator spare daripada dive buddy untuk berkongsi oksigen apabila oksigen korang dah habis.

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

14. Mai sini…hihihihihi.. 😀
15. Aku atau tengok aku ni haaa.
16. Bagi isyarat kat dive buddy untuk menyelam di bawah, di atas atau mengelilingi objek sama ada coral, shipwreck atau terumbu karang yang besar.

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

17. Berhenti dan menyelam di kedalaman ni sahaja.
18. Jom ke sana… 😀
19. Nak ikut mana ni? kiri atau kanan?…

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

20. Tekanan dalam telinga tidak boleh distabilkan (Ear Equalize Problem). Biasanya korang akan tunjukkan isyarat No.2 di atas dan selepas tu baru tunjuk ke arah telinga.
21. Aku dah sejuk ni dan perlu tamatkan selaman pastu mula naik ke permukaan.
22. Rilek atau perlahan-lahan (slow)

scuba-diving-hand-signal-shamphotography

23. Jom pegang tangan…ekekeke..
24. Cari dive buddy korang dan jangan berpisah, kira cam berenang saing-saing laaaa….
25. Ko depan pastu aku ikut dari belakang…

Selesailah sudah aku kongsikan 25 isyarat tangan asas yang digunakan oleh penyelam untuk berkomunikasi antara satu sama lain semasa di dalam air. Kadang-kadang masa aku gi White Water Rafting pon ada guna jugak isyarat ni, mungkin isyarat-isyarat ni senang difahami dan senang diingati kot.

Apakah next entri aku berkaitan dengan scuba diving?…… kalau nak tahu korang kena tunggulah yer…. 😀

16 comments to Scuba Diving: Bagaimana Scuba Diver Berkomunikasi

  • sobri yaacob  says:

    perh memng terbaik entry ni..
    banyak benda baru pasai scuba aku dah blajar
    kat blog ni.. lpas ni blehlah aku sembang kencang..
    aku tau pasai skuba dgn org lain he..he

    • eshamz halim  says:

      Entri ni sebenarnya aku tulis supaya aku tak lupa apa yang aku belajar dulu dan sekadar untuk berkongsi dengan kekawan yang lain…. mana tau nanti kalau ada kekawan yg nak amik lesen… 😀

  • aRz MoHa  says:

    bertambah ilmu lagi. Isyarat bila ber scuba diving

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke…. sharing is caring bro…. sekadar perkongsian bersama kekawan… 😀

  • Cikgu Hairul  says:

    Banyak betul rujukan kat sini. Rasa tak saba nak ambik lesen bulan 9 nanti.

    • eshamz halim  says:

      Wah!! Cikgu nak amik lesen bulan 9 nanti ek… bagus2… dulu masa aku nak amik lesen, mmg susah nak cari info so ini salah satu cara nak tolong kpd yg berminat untuk amik lesen menyelam… 😀

  • mama nazeef  says:

    mcm menarik sangat aktiviti scuba diving ni

    • eshamz halim  says:

      Mmg menarik…ekekekeke… dapat teroka dasar laut lak… 😀

  • Strider  says:

    ada sesetengah isyarat ini aku pernah tengok dalam movie hollywood tapi ada beberapa yang aku tak paham…walaupun aku bukan diver tapi syok gak bila tau benda2 macam nie..at least kalau nampak orang buat takde laa aku rasa pelik sangat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      haaaa… ok lah tuu pasni leh berlakon dalam filem hollywood sbb dah faham isyarat2 ni… hihihihihihi….. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Klu nak menyelam mmg kena faham & tau betul2 ni.. klu tak, lain yg di suruh, lain pulak yg dibuatnya huhu.. 😀

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha… betul tu bro khir… lain di signal lain pulak dibuatnya…:D

  • Mohd Fakhrul Islam  says:

    okay pasni leh jd buddy sy lah, p dive sama2.hehe

    • eshamz halim  says:

      hahahahaha… boleh2.. tp hang kena banyak ajar aku laa..aku ni newbie lagik… 😀

  • azray  says:

    terbaekkkkk??

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih bro… 😀

Isikan Komen Anda Disini