Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.

Nampaknya Syawal bertandang kembali pada tahun ini dan Ramadhan pula pergi meninggalkan kita. Tahun ni aku beraya di kampung wife dulu pastu petang raya kedua baru pulang ke Bandar Seri Iskandar. Seperti biasa, setiap tahun keluarga mertua akan tunggu aku ngan wife balik sebab aku telah dilantik menjadi photographer tetap khas untuk mengambil gambar raya seluruh keluarga. Tahun lepas dorang takde gambar raya sebab beraya kat kampung aku dulu pastu baru balik rumah mertua….hihihihi.. 😀

Semalam, aku dan wife keluar dari rumah lebih kurang pukul 5 petang dan sebelum sampai ke Kuala Selangor, kakak ipar di kampung dah telefon sebab dorang rancang nak ambil gambar keluarga malam tu jugak. Bukannya apa, semalam adik beradik belah wife aku semuanya ada pastu hari ni ada yang dah bertolak ke rumah mertua dorang pulak. Tiap-tiap tahun memang payah nak ambil gambar keluarga yang lengkap begini tapi semalam semua adik-beradik ada…hihihihi.. so apalagi masing-masing dah pakai baju raya malam semalam jugak…ahahahaha…. terus rasa macam 1 Syawal.

selamat-hari-raya-aidilfitri-2014-eshamz-halim

selamat-hari-raya-aidilfitri-2014-eshamz-halim-1435h

Kepada sahabat taulan, pembaca-pembaca setia, rakan-rakan blogger, team Tourism Malaysia Perak, sanak saudara, warga Universiti Malaya dan seluruh umat Islam, aku dan wife ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”. Semoga Syawal kali ini membawa sinar yang baru kepada kehidupan kita semua. Kalau ada yang nak buat Open House tu, jangan ler lupa jemput kitaorg berdua…hihihihihihi… 😀

10 comments to Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435H

  • hannyabdullah  says:

    Selamat hari raya maaf zahir dn batin juga buat Eshamz dn Cheq Eem sekeluarga.
    Jika ada salah dn silap harap dimaafkan ya..kosong kosong

    • eshamz halim  says:

      Selamat hari raya jugak buat akak sekeluarga… maaf zahir dan batin… kosong-kosong gak ek!.. nanti kitaorg serbu rumah ek!…ekekek.. 😀

  • Strider  says:

    Selamat Hari raya bro…maaf zahir batin..sampaikan salam raya kat akak Cheq Em sekali yer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Wokey bro… selamat hari raya jugak… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh meriah dah… Selamat menyambut hari raya aidilfitri buat sahabat ku bro Sham & keluarga. Ampun maaf ku pinta sekiranya terdapat sebarang kesalahan selama silaturrahim dijalinkan. Salam ceria aidilfitri !!!… 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Selamat hari raya juga buat bro Khir sekeluarga… maaf zahir dan batin.. salam aidilfitri.. 😀

  • sobri yaacob  says:

    meriah..photoshoot mlm raya gitu…he..he
    selamat hari raya abg sham maaf zahir dan batin ;0

    • eshamz halim  says:

      ekekekeke… 😀

  • Strider  says:

    Selamat Hari Raya bro Esham dan sis Che Em and maaf Zahir batin andai kata ada tersalah kata, gurauan yang melukakan diri…. 😀

    Regards,
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Sama la kita bro….. 😀

Isikan Komen Anda Disini