Singgah Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Salam,

Bukit Tinggi atau Colmar Tropicale…. Korang pernah pergi tak tempat ni?. Biasanya aku lalu jer kat sini kalau nak ke Pantai Timur. Tak pernah terniat pun nak singgah tapi 2 minggu lepas aku, wife dan family wife gi Raub, Pahang sebab ada kenduri kahwin. Suasana mendung dan hujan menemani kitaorg ke Raub, maklumlah isu banjir masih hangat diperkatakan ketika itu sehingga sekarang. Masa nak balik dari Raub tu bapak mertua aku dah sebut-sebut pasal nak singgah Bukit Fraser tapi tak jadi, akhirnya kitaorg naik Bukit Tinggi jer. Nak gi Colmar Tropicale katanya….hihihihi.. alasannya sebab nak bawak adik ipar aku gi ronda-ronda sempena cuti sekolah tapi wife aku cakap sebenarnya bapak mertua aku yang beria nak pergi …ahahahahaha. Aku pun kena ikut sekali ler tapi aku pun tak pernah naik lagi Bukit Tinggi. Drive kereta daripada bawah naik ke atas dengan jalan yang bengkang bengkok mengambil masa lebih kurang 30 minit. Aku setkan masa sebelum naik tuu..hihihihi. memang tak boleh laju pun. Setelah asik membelok kiri dan kanan, akhirnya sampai jugak tapi nak masuk kena bayar tiket yer… sepatutnya sorang RM12 tapi kitaorg kena bayar sorang RM6 jer, aku rasa sebab banyak tempat yang dah tutup pastu kitaorg sampai pun dah pukul 5 petang tapi kalau ada book hotel kat situ maybe free kot sebab dah kira dgn hotel sekali.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyYeaaaa!!!… kitaorg dah sampai di Bukit Tinggi.. set timer dan kamera kat lantai… hihihi

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

Ermmm… Ada apa dengan Bukit Tinggi?… aku pun tak tahu sebenarnya, biler google baru ler tau selain daripada Colmar Tropicale, kat situ ada jugak Animal Park, Japanese Tea House dan Botanical Garden. Kitaorg ronda kat Colmar Tropicale jer.. yang lain tu tak sempat sebab sampai pun dah petang kan. Colmar Tropicale ni dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis. Patut ler aku rasa macam dah ada di Perancis jer, bezanya cuma banyak orang melayu jer…ahahahahaha. Jom ler tengok gambar-gambar kitaorg di Colmar Tropicale.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyCastle tempat kitaorg parking kereta…hihihihi..

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyKamera kena letak kat lantai dan set timer, kalau tak gambar aku takde ler…tripod tak bawak.hihihi..

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyWife dengan adiknya.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyKuda-kuda yang berjaya kitaorg jinakkan.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyLookout tower yang ada lif untuk ke atas.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyPermandangan daripada lookout tower.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyAku tengah gigih cari line telefon, bukan main jenuh nak upload gambar kat instagram.

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyBlack Swan di Bukit Tinggi, sepupunya White Swan ada kat bawah ni haaaa…. Pandang kerek jer….

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotography

bukit-tinggi-colmar-tropicale-pahang-travel-shamphotographyWife aku excited sangat kot dapat tengok Swan….cer tgk muka excited dier tuuuu…ahahahahahaha..

Dah abis ronda-ronda pastu lepak pekena kopi jap, geram gak aku kedai tu..servis slow giler pastu leh siap perli lagi “ Kat sini kalau order makanan cepat, kalau order air lambat…kalau air panas lagi lambat”… pastu aku nak bayar pon lambat giler aku tunggu, budak cashier tu asik salah tekan button jer. Mula-mula tu aku nak cancel order dah, dia cakap dah siap pulak… hampeh betul!!.

Dalam pukul 6.30 petang kitaorg dah gerak turun, pun amik masa 30 minit gak untuk sampai ke jalan besar. Lepas jer tol, aku dan wife terus balik Shah Alam dan family wife terus balik ke Perak. Next time aku dan wife nak bermalam kat Bukit Tinggi, baru puas kot nak ronda-ronda. Tunggu ler bila ada pakej murah-murah nanti. Ada banyak lagi lokasi yang kitaorg belum explore lagi kat sana tapi wife aku dah pernah pergi situ sebenarnya, aku jer yang baru first time…ekekekekeke.

p.s : Kualiti gambar terpaksa dikurangkan untuk membolehkan page loading dengan cepat… hihihihi..

2 comments to Singgah Di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

  • Khir Khalid  says:

    Wow.. tempatnya cantik ditambah dgn angle gambar yg cantik.. cantik-cantiklah jadinya hehee.. Kenangan yg cukup indah & sempurna. Sy belum pernah ke sana & berharap utk sampai jugalah nanti bersama keluarga.. best. T kasih diatas perkongsian catatan pengalaman ini saudara Sham.. 😀

    • eshamz halim  says:

      hihihihi… mmg cantik tempat ni tp hari tu sekejap sangat lepak sana..nanti nak plan tdo semalam kat Colmar tuu..mesti suasana mlmnya best dah dipenuhi dgn lampu.. Nanti saudara Khir boleh la bawak famil dtg sini…best gak… 🙂

Isikan Komen Anda Disini