Singgah Di Pusat Pengumpulan Sumbangan

Salam,

Semalam aku ngan wife ke Raub sebab ada kenduri kahwin kat sana. Perjalanan ke sana di iringi dengan cuaca yang mendung dan hujan hinggalah ke Kg. Sg. Pasu, Raub. Kat sana pun, sesetengah tempat yang rendah dah dinaiki air tapi takde la tahap bahaya sangat. Banyak jugak kitaorg jumpa kenderaan yang dalam misi bantuan untuk mangsa banjir.

Hari ni pula, aku & wife keluar ke Tesco untuk membeli barang-barang sumbangan dan hantar ke pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di Dewan Merbau MBSA, Seksyen 17, Shah Alam. Berbekalkan wang sumbangan yang telah di amanahkan oleh kawan-kawan, aku & wife mula membuat kiraan dan mencari keperluan-keperluan yang amat diperlukan. Pening jugak nak mencari  barang apa yang patut dibeli sehinggalah terpaksa wife aku telefon pusat pengumpulan tu untuk tanya barang keperluan apa lagi yang masih tak cukup dan diperlukan. Kebanyakkannya dorang mohon untuk bagi sumbangan seperti keperluan asas memasak, perubatan dan jugak keperluan mandian seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain lagi barang mandian. Barang-barang makanan kering atau makanan dalam tin juga boleh dihantar ke pusat pengumpulan. Ubat nyamuk pun dorang perlukan, nampak macam remeh kan tapi barang-barang beginilah yang selalu tak terpikir. Selimut, tilam atau toto juga diperlukan, kat Dewan Merbau MBSA dorang dah tak terima pakaian terpakai sebab dorang maklumkan dah banyak.

Maka senanglah sikit kitaorg sebab dah tahu barang-barang apa yang diperlukan, 2 jam gak abis masa dalam Tesco….ahahahahaha. Banyak jugak jumpa mereka-mereka yang mempunyai misi yang sama dengan kitaorg. Sempat jugak aku borak-borak dengan dorang, ada yang nak hantar ke Yayasan Salam dan ada juga yang nak hantar ke pusat pengumpulan di Tesco Ara Damansara. Aku rasa laku giler Hypermarket sekarang ni sebab banyak jugak barang-barang dah abis stok. Aku takde la amik gambar, cuma wife jer yang snap gambar guna handphonenya. Ini jer gambar-gambar yang dapat kitaorg kongsikan.

misi-bantuan-banjir-shamphotography-vitamin4kesihatan

misi-bantuan-banjir-shamphotography-vitamin4kesihatanMulanya aku nak bawak kereta aku tapi terpaksa gunakan MPV akak ipar aku untuk angkut barang. Kalau kereta aku mmg tak muat ler jawabnya.

Alhamdulillah!, selesai jugak misi kecik aku & wife dan rasa lega jugak kat hati ni sebab dapat tunaikan amanah kawan-kawan kat aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sumbangan dan percayakan kat aku & wife. Ramai jugak yang hantar sumbangan tadi dan masing-masing saling bantu membantu untuk mengangkat barang. Terima kasih aku ucapkan kepada brader yang tolong aku angkut barang daripada kereta tadi, memang berpeluh-peluh aku sorang-sorang tadi…hihihihihi.. 🙂 borak-borak tadi sampai lupa lak nak tanya nama, cuma tau dari Bangi jer tadi.

misi-bantuan-banjir-shamphotography-vitamin4kesihatanIni keadaan di dalam Dewan Merbau tadi, barang-barang sumbangan diasingkan mengikut label.

misi-bantuan-banjir-shamphotography-vitamin4kesihatanAir mineral semua disusunkan diluar Dewan untuk senang diangkut nanti.

misi-bantuan-banjir-shamphotography-vitamin4kesihatanIni antara barang-barang yang amat diperlukan, mohon dapat dimaklumkan kepada kawan-kawan yang ingin memberi sumbangan nanti.

Niat aku & wife sebenarnya untuk join sebagai sukarelawan bagi misi bantuan ni tapi oleh kerana kekangan masa disebabkan kena gi kerja dan terpaksa mintak cuti. Cuti pun dah tak banyak dah sebenarnya, maklumlah dah akhir tahun….ahahahahaha. Ini jer lah yang termampu kami sumbangkan. Semoga rakyat di pantai timur tabah dan bersabar dengan dugaan ini dan anda tidak perlu risau kerana rakyat Malaysia akan membantu tanpa mengira bangsa, keturunan ataupun fahaman politik.

p.s: Kitaorg tidak berniat untuk bermegah-megah ataupun menunjuk-menunjuk tetapi entri ini bertujuan sebagai pengkongsian sahaja dan bertujuan untuk salurkan maklumat-maklumat keperluan apa yang masih tidak mencukupi.

4 comments to Singgah Di Pusat Pengumpulan Sumbangan

  • Khir Khalid  says:

    Subhanallah walhamdulillah.. semoga usaha diberkati & penderitaan mereka yg menjadi mangsa dpt dikurangkan.. aamiin..

    • eshamz halim  says:

      Semoga mereka di sana sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan…harap keadaan banjir disana akan bertambah pulih…..kami cuba bantu apa yg termampu….. 🙂

  • PakcikLie PCL  says:

    Syabas Sham.. usaha murni. semoga Allah merahmati apa yg telah disumbangkan..insyaAllah.

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih PCL, saya & Cheq Eem pd mulanya nak join jd sukarelawan tp masa tidak mengizinkan so ini jerlah yg dapat kitaorg & kawan2 bantu. Itu pon rasa ada barang2 keperluan lagi yg kena beli seperti lilin, ubat nyamuk, panadol dan byk lain barang2 yg nampak remeh tapi amat diperlukan. Tujuan saya kongsi entri ni supaya klu ada kawan2 yg nak hantar sumbangan bolehlah amik kira untuk beri barang2 yg kecik ni. 🙂

Isikan Komen Anda Disini