Skytrex Adventure Challenge

Salam,

Siapa yang dah pernah layan Skytrex Adventure Challenge kat Taman Pertanian, Shah Alam?. Taman Pertanian kat Shah Alam ni biasanya dikenali dengan nama Bukit Cherakah. Aku dah 2-3 kali datang ke sana sebelum ni, selalunya gi amik gambar jer dengan geng-geng Photographer dulu. Tapi kali ni aku dan wife join sekali lagi geng-geng White Water Rafting hari tu untuk sahut cabaran di Skytrex Adventure pulak. Wife dah pernah buat aktiviti ni dulu cuma aku jer yang first time so memang ler aku yang terlebih excited daripada wife, nyaris-nyaris ler jugak tak jadi join.

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotography

Pukul 9 pagi kitaorg dah keluar gi bekfes sebelum terus ke Taman Pertanian. Bayar tiket masuk pastu terus lepak kat tempat tunggu bas kat dalam Taman Pertanian tu sementara tunggu geng-geng lain. Kalau korang nak tahu info yang lebih detail pasal bayaran masuk, bayaran challenge dan info pasal Skytrex Challenge boleh masuk website Skytrex-Adventure.

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotography

Biler semua geng dah sampai terus naik bas ke lokasi Skytrex Adventure dan seperti biasa mestilah kena isi release form dulu. Lepas selesai isi form terus ke tempat untuk amik harness. Jangan risau kalau tak reti nak pakai sebab dorang akan pasangkan harness untuk kita. Kalau nak beli glove, boleh beli kat kaunter tapi aku nasihatkan sila pakai glove yer, takut sakit tapak tangan nak bergayut nanti…ahahahahaha.. beli glove RM3 jer dan jenis pakai buang jer.

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyWife bergambar dengan geng-gengnya..

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyStaff Skytrex tengah pasangkan harness kat wife..

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyOk! I’m ready for trouble…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyTempat wajib selfie..hihihihi…

Challenge yang kitaorg pilih ialah “Big Thrill”. Ada 3 challenge utama kat Skytrex ni iaitu Little Adventure, Big Thrill dan Extreme. Dulu wife dah cuba Extreme Challenge tapi dia cakap tak banyak “Flying Fox” tapi kalau Big Thrill ni banyak “Flying Fox”. Tujuan utama aku sebenarnya nak layan Flying Fox…hihihihihi. Bila semua dah siap, terus ke tempat briefing dulu dimana seorang staff Skytrex ditugaskan untuk mengajar kita cara nak menggunakan harness dan aspek-aspek keselamatan. Tak susah pun, senang jer nak ingat tapi aku dah lupa nama-nama alatan harness tu…ahahahahaha.

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyDengan geng Les Voyageurs…

Apabila semua dah ready, cabaran pertama kitaorg adalah panjat sebatang pokok ketinggian 14 meter menggunakan tangga paip. Lenguh gak tangan nak bawak beban badan dan bag…hihihihi.. 😀 .

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyWife panjat dulu…aku last sekali…hihihihihi..

Aku memang tak dapat nak snap gambar sangat sebab kat atas tu terpaksa guna kedua-dua belah tangan bagi melakukan cabaran-cabaran untuk bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain. Macam-macam cabaran yer kat atas tu, antaranya kitaorg kena berjalan di titian kayu zig-zag, bergayut dengan tali untuk ke platform yang lain, berjalan atas paip besar yang tergantung, berjalan mengunakan tali besi, melintas mengunakan jaring dan flying fox. Kesemua cabaran-cabaran ini perlu dibuat untuk kitaorg bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain. Jom layan gambar…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyWife baru lepas flying fox ke next platform…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographySelfie di atas pokok….tinggi oooo…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotography-17

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographySelfie sambil flying fox….ahahahahaha… Value: Priceless…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyWife tak sampai ke platform..terpaksa hulur tangan…hihihihihihi…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyLayan flying fox dengan bergaya…

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographyWife pun tengah layan flying fox jugak… 😀

Aku ngan wife memang takde masalah gayat so kalau pandang bawah tu kira biasa jer ler….hihihihi. Sebenarnya aku rasa aktiviti ni sesuai untuk sesiapa yang ada masalah gayat, biar dapat mengatasi masalah gayatnya. Keputusannya aku berjaya buat semua cabaran tanpa main tipu…hihihihihi. Kebiasaannya masa untuk selesaikan semua cabaran ni lebih kurang 2-3 jam tapi sebenarnya lama tu sebab menunggu. Dorang taknak ramai org sangat kat platform tu nanti so kena ler group by group.

skytrex-adventure-shah-alam-big-thrill-shamphotographySemua buat muka penat lepas abiskan challenge… propa jer ni…ahahahahaha…

Balik tu singgah Seksyen 2 gi lunch dengan dorang semua, sampai jer kat rumah aku terus download video dari GoPro dan terus edit video kat Skytrex Adventure tuuu…hihihihi.. so apa lagi jom layan video lak kat bawah ni, rugi tau kalau tak tengok video ni. 😀 dan jangan lupa pasang speaker kuat-kuat…lagu best ooooo…

Kalau mau tengok Video HD bersaiz besar, klik link sebelah ni —–> https://vimeo.com/85699265

Cuti hujung minggu ni kitaorg dah ada plan, pun ikut geng-geng gak… sabtu naik Bukit Broga pastu ahad naik Bukit Gasing….fussssss… kata kena build-up stamina ngan kuatkan kaki kan?.. 😀 .hihihihihi… nak prepare daki Gunung Kinabalu next year katanya. Ini jer yang kitaorg boleh training…kalau nak jogging tiap petang memang takde masa ler.

13 comments to Skytrex Adventure Challenge

  • Khir Khalid  says:

    Adventurous & triller ni.. best.. terbaik.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang best dan seronok….. dapat menghilangkan juga masalah gayat…hihihihi.. saya suggestkan saudara Khir boleh wat aktiviti kemasyarakatan kat sini… biasa gak dorang wat team building kat skytrex ni… hihihi.. 😀

      • Khir Khalid  says:

        In shaa Allah.. menarik juga tu.. t kasih saudara Sham.. 🙂

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum eshamz. hahaha sheila pun dah buat big thrill tu tahun lepas. memang hilang gayat sehh. alahaii rindunya nak berlasak … jeles iolss tengok video dan gambar koranggggg T________T

    • eshamz halim  says:

      W’salam Sheila, dah buat jugak ek?…hihihihihi.. best kan?.. kitaorg mmg takde masalah gayat.. 😀 .. ahahahahaha… video tu best kan?… sila jeles ok…
      hihihihi.. 😀

  • sobri  says:

    owh tempat ni kat bkit crakah..
    selalu tgok kat tv je..
    byak aktiviti mnarik leh buat bro..tq sharing ya

    • eshamz halim  says:

      Yup..bro..kat bukit cherakah jer…wajib try bro… best oooooo….. 😀

  • pcr353  says:

    bestnya bro.. lama tak main flying fox ni. nk cuba jgk lah

    • eshamz halim  says:

      Memang best bro…. nanti mau repeat lagi..x puas main flying fox….. wajib cuba bro…. 😀

  • Malaysia Tercinta  says:

    Flying Fox tu nampak best …

    • eshamz halim  says:

      Memang best…….. layan ooo… 😀

  • Yazmin Abdullah  says:

    Assalam saudara Sham. Memang menarik aktiviti ini. Flying Fox tu panjang juga jaraknya. Mcm best jer. Boleh gi try next time ni…

    • eshamz halim  says:

      Memang best… boleh lah cuba dengan family sekali… 😀

Isikan Komen Anda Disini