Standard Chartered KL Marathon 2015: SCKLM

kl-marathon-logo-scklm-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Standard Chartered KL Marathon 2015 atau lebih dikenali dengan KL Marathon, merupakan salah satu acara marathon tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap pelari marathon. Acara marathon ini  telah dijadualkan pada 4 Oktober 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan puluhan ribu peserta yang berdaftar. Standard Chartered KL Marathon dikatakan mempunyai reputasi yang amat bagus serta diklasfikasikan sebagai satu acara yang cukup berprestij di peringkat antarabangsa.

Selain daripada pelari marathon tempatan (Malaysia), Standard Chartered KL Marathon juga turut disertai oleh pelbagai lapisan pelari marathon daripada luar negara yang bertanding semata-mata untuk merebut hadiah yang cukup lumayan. Kategori yang dipertandingkan terdiri daripada kategori Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21km), 10km, 5km dan juga 3km serta 1km bagi kategori kanak-kanak.

Pastinya, aku dan wife pun tidak akan lepaskan peluang untuk daftar bagi kategori 10km serta turut serta dalam acara larian yang cukup popular ini. Lagipun, kitaorg nak merasa berlari sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk dan sesak…..nak tukar angin katanya..hihihihihi.. 😀 Kebanyakkan acara larian yang kitaorg daftar adalah di Putrajaya atau Cyberjaya.

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimKuala Lumpur jadi Kuala Jerebu.

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimDataran Merdeka.

Demi untuk mengelakkan jem serta bagi menjimatkan masa, aku dan wife serta Alice dan Zakiah bersepakat untuk menempah hotel berhampiran dengan Dataran Merdeka. Kali ni, Alice dan Zakiah dengan selambanya mendaftar untuk kategori Half Marathon (21km)…hahahahaha… 😀 Aku dan wife masih belum mampu lagi untuk menambah kilometer, cukuplah dengan 10km jer dulu. 🙂

Kitaorg berempat berkumpul di Dataran Merdeka terlebih dahulu untuk mengambil race-kit sebelum ke hotel. Sempat juga ronda-ronda di Central Market yang rasanya dah berbelas tahun aku tak singgah. Paling tak seronoknya, tahap jerebu di Kuala Lumpur memang agak teruk dan kadang-kadang memang terasa seperti di Genting Highlands tapi dengan bahang panas…hihihihihihi.. 😀

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimI Love KL.

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimDah lama tak bergambar macam ni…hahahahaha.. 😀

Akhirnya, dapat berehat di hotel sementara nak tunggu keluar untuk minum petang. Sempatlah siapkan kelengkapan berlari untuk keesokkan harinya sambil duduk melepak di hotel. Seluar dan baju larian diperkemaskan, nombor bib dipinkan di baju, stokin dan kasut disusun rapi. Tiba-tiba dapat mesej dari geng-geng runner yang lain berserta gambar……………………….. 🙁

“Standard Chartered KL Marathon dibatalkan diatas alasan risiko kesihatan oleh kerana masalah jerebu yang semakin teruk dan para peserta boleh mengambil medal masing-masing daripada khemah penganjur.”

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimSemua dah standby….

Perkara pertama yang aku dan wife buat selepas baca mesej adalah senyum…..hahahahahaha…. memang dari awal lagi kitaorg dah tahu, peratusan untuk batal tu memang tinggi. Aku rasa satu keputusan yang tepat daripada pihak penganjur apabila mengambilkira mengenai risiko untuk berlari dalam keadaan jerebu yang teruk walaupun ramai peserta yang kecewa, lebih-lebih lagi peserta daripada luar negara.

Keesokkan harinya, kitaorg tetap ke Dataran Merdeka walaupun acara dah batal. Ramai juga peserta yang memberi sokongan dan berkumpul seawal pagi di Dataran Merdeka dengan pakaian larian masing-masing. Hanya satu perkara jer yang boleh dilakukan iaitu acara bergambar bersama geng-geng runner yang lain. Walaupun larian batal tapi kitaorg tetap seronok bergambar dan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.

Walau apa pun, tahun depan pasti kitaorg akan daftar lagi. Jumpa nanti di Standard Chartered KL Marathon 2016 yerrrr……. Jom layan gambar.

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimAntara peserta yang hadir memberi sokongan..

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimAlice dan Zakiah berjaya menghabiskan 21km tanpa sakit kaki….

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimGaya apa ni?…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimWalaupun acara batal tapi tetap seronok…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimEh!!! kena lompat ker?…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimBergambar dengan Celebriti Runner GME @ Mohd Azmi…. Diva uolssss!!!…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimBergambar dengan Kak Ayang Ati dan GME.

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimGroup photo…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimMuka kecewa ker ni?…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimPosing sakan nampak!..

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimLompat laaaaaaa…….

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimBergambar dengan geng HM tanpa berlari…hihihihihi.. 😀

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimGeng Runholics

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimSeronok gak dapat medal tanpa berlari kan?…hahahahaha..

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimRedbull dan Tiger tak dapat berlari hari ni…

scklm2015-kl-marathon-dataran-merdeka-msig-standard-charted-kuala-lumpur-marathon-2015-eshamzhalimDapat medal tanpa penat berlari…hihihihi.. 😀

* Bagi peserta yang membeli insuran Marathon dengan pihak MSIG tu, jangan lupa untuk semak polisi insuran yang telah diemailkan oleh pihak MSIG. Sekiranya di polisi ada dilindungi serta tertulis “Event Cancellation”, maknanya pemegang polisi boleh buat tuntutan sebanyak RM100 disebabkan acara dibatalkan. Sila baca di polisi mengenai cara untuk membuat tuntutan. Aku dan wife dah buat tuntutan tapi sekarang ni hanya menunggu jawapan daripada pihak MSIG. 😀

Isikan Komen Anda Disini