Standard Chartered KL Marathon 2016: SCKLM

standard-chartered-kl-marathon-2016-dataran-merdeka-scklm-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Standard Chartered KL Marathon 2016 atau nama popularnya SCKLM telah diadakan pada 7 Ogos 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Seperti biasa, acara ini adalah acara yang bertaraf antarabangsa dan merupakan acara yang dinanti-nantikan setiap tahun dikalangan pelari daripada dalam dan luar Malaysia. Menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan kepada para pemenang bagi setiap kategori. Kategori yang dipertandingkan terdiri daripada kategori Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21.1km), 10km, 5km dan juga 3km serta 1km bagi kategori kanak-kanak.

Ini adalah kali kedua aku dan wife mendaftar walaupun tahun lepas acara ini terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir berikutan masalah jerebu yang melanda Kuala Lumpur. Sebenarnya, aku memang kurang teruja untuk mendaftar acara ini oleh kerana kepadatan dan jumlah peserta yang agak ramai tetapi disebabkan pihak penganjur memberi diskaun sebanyak 20% khas kepada peserta yang mendaftar tahun lepas untuk mendaftar semula tahun ini, terpaksalah aku dan wife menggunakan diskaun tersebut untuk mendaftar kategori 10km…hihihihihi…alasan kan?!!…hahahahaha… 😀 Lagi pun, Team Runholics semua mendaftar pada tahun ini dan mestilah meriah kalau semua geng ada. Pada mulanya, aku dan wife bercadang untuk mendaftar bagi kategori Half Marathon tetapi bila dipikirkan yang kami telah mendaftar kategori Half Marathon di Kuching Marathon 2016 pada 14 Ogos nanti, terpaksalah kami klik pada kategori 10km sahaja….hihihihihihi.. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimTabik spring!!!… 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimWow!!!!… 

Peserta bagi kategori Full Marathon dan Half Marathon telah dilepaskan pada pukul 4.00 dan 5.30 pagi di Dataran Merdeka manakala peserta kategori 10km dan 5km pula akan dilepaskan di hadapan Sogo mengikut pilihan masa mulai pukul 6.45 pagi. Laluan larian yang popular bagi larian yang diadakan di Kuala Lumpur dan antara laluan yang biasa aku dan wife berlari. Dengar katanya, laluan larian bagi peserta Full dan Half Marathon memang agak mencabar…hihihihi. Jom layan gambar…… 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimJom..selfie dulu… 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimSelfie lagik…. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimIni jer Geng Runholics yang mewakili kategori 10km…hihihihihi.. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimPeace uolssss!!!!…

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimOrang lain sedang berlari…awek berdua ni sibuk bergambar pulak!!!…

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimSambil lari sambil bergambar.. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimAlamak!!… pewai lagi… 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimFinish strong……hihihihi.. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimYeayyyy!!!!…

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimBergambar dengan Cikgu Udey Saiful Iswadi…orang jauh ni dari Kedah… 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimBersama si pemerhati senja…asik tengok senja jer gamaknya?..hahahahaha.. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimSemua sakit kaki ni… 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimKita tumbok semua….hahahaha.. 😀

standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-runholics-running-adidas-eshamzhalimMedal untuk Full Marathon (Biru), Half Marathon (Hijau) dan 10km (kelabu).

e-certificate-standard-chartered-kl-marathon-2016-scklm-running-runholics-eshamzhalim-10kmIni jer yang termampu untuk 10km, kami memang suka larian santai…hihihihihi… 😀

Komen aku mengenai acara Standard Chartered KL Marathon 2016:

Ini adalah pendaftaran kali kedua bagi aku walaupun pada tahun lepas acara ini dibatalkan saat terakhir disebabkan jerebu. Yuran pendaftaran yang boleh dikatakan sesuai berikutan ianya merupakan satu acara yang popular tetapi alangkah bagusnya sekiranya pendaftaran tahun ini disertakan dengan insuran MSIG seperti tahun lepas. Terima kasih kepada pihak penganjur yang cukup bermurah hati untuk memberi diskaun kepada peserta yang telah mendaftar tahun lepas. Sekiranya tiada diberi diskaun, kemungkinan aku dan wife tidak akan mendaftar bagi edisi kali ini. Seperti biasa, acara ini adalah salah satu acara yang padat dan sesak dengan para peserta…hihihihi.. 😀 Proses pengambilan racekit agak cepat dan teratur serta bagi aku memang cukup meriah walaupun lokasinya jauh daripada lokasi acara tetapi senang diakses dengan menaiki pengangkutan awam terutamanya LRT. Penuh dengan booth jualan dan promosi-promosi produk, memang cukup meriah. Baju larian tahun ini lebih baik daripada tahun lepas walaupun aku jarang pakai baju singlet larian. Mungkin pihak penganjur boleh menyediakan pilihan samaada singlet atau t-shirt bagi kategori 10km.

Terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana dapat berkerjasama dengan pihak Putra LRT untuk beroperasi lebih awal dan menaiki tren secara percuma khas buat peserta SCKLM 2016. Ini memang satu langkah yang bijak dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan. Syabas kepada pihak penganjur. 😀 Sistem Runner Live Tracking yang digunakan oleh penganjur memang cukup canggih.

Laluan larian 10km adalah laluan biasa bagi acara larian yang diadakan di Kuala Lumpur dan tiada apa yang menarik bagi aku. Tak pasti pula laluan untuk kategori yang lain, ada yang kata laluan larian bagi Full dan Half Marathon sangat mencabar mental. Kawalan trafik dan waterstation amat memuaskan bagi kategori 10km. Ada sedikit kekeliruan pada laluan larian sebelum melintasi check-point timing chip dimana peserta 10km perlu menyeberangi pembahagi jalan untuk ke jalan di sebelah. Kenapa perlu menyeberangi pembahagi jalan?..Itu aku tak pasti!.. Laluan larian 100 meter terakhir menuju ke garisan penamat bagi kategori Marathon dan 10km dibahagikan kepada lorong yang berasingan supaya tidak berlaku kesesakkan. Setiap peserta kategori 10km yang berjaya menamatkan larian akan menerima medal dan juga goodies beg. Aku pun dah lupa apa yang di dalam goodies beg…hahahahaha.. 😀

Kesimpulannya, satu penganjuran yang amat teratur dan meriah walaupun dengan jumlah peserta yang terlampau ramai dan kredibiliti penganjur memang tidak boleh dipertikaikan kerana pihak penganjur memang berpengalaman dan ini bukanlah penganjurannya kali pertama. Aku hanya boleh komen bagi kategori 10km sahaja. Kalau ditanya samaada aku dan wife akan mendaftar lagi untuk tahun depan?…ermmm…aku pun tak pasti lagi dan kemungkinan besar tidak akan mendaftar kecuali ada promosi-promosi menarik atau jika aku nak mencuba kategori Full atau Half Marathon…hahahahahaha… 😀 Aku kurang teruja sikit dengan acara ini kecuali TERgatal tangan TERklik mendaftar Standard Chartered Singapore…hahahahaha… 😀 Walau bagaimana pun, acara ini adalah antara acara yang hebat dan amat direkemenkan kepada mereka yang ingin mencuba pertama kali untuk berlari di kategori Full Marathon atau Half Marathon di dalam satu acara yang terkenal di peringkat antarabangsa. Boleh berlarian sambil kejar mengejar dengan warga Kenya katanya….hahahahahaha… 😀

192 total views, 1 views today

Isikan Komen Anda Disini