Sultan Perak Ke 35: Daulat Tuanku

sultan-perak-ke-35-sultan-dr-nazrin-shah-shamphotography

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pemangku Raja Perak iaitu Raja Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang tadi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang telah mangkat.

Jom aku berkongsi sikit biodata DYMM Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah

  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan

  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Khidmat

  • Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
  • Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
  • Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Ampun Tuanku, patik menjunjung kasih ingin mengucapkan, Tahniah di atas pertabalan Tuanku sebagai Sultan Perak Ke -35.

daulat-tuanku

3 comments to Sultan Perak Ke 35: Daulat Tuanku

  • sobri yaacob  says:

    Menjunjung kasih Tuanku, Daulat Tuanku!
    Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah, semperna pertabalan sulatan Perak Yang ke-35
    DYMM Paduka Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah..
    sulatan kita ni..semoga negeri perak terus aman damai di bawah pemerintahan tuanku…. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Aminnn… Daulat Tuanku!…

  • Khir Khalid  says:

    Tahniah kpd Tuanku… Daulat Tuanku!!!

Isikan Komen Anda Disini