100 Plus Outrunner 2016 tagged posts

100 Plus Outrunner 2016

100plus-outrunner-2016-putrajaya-brooks-runholic-eshamzhalimdotcom

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

100 Plus Outrunner 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya setelah tiga (3) kali lokasi larian telah berubah. Acara larian malam ini telah dianjurkan oleh pihak Twenty First Century Sports dengan kerjasama 100 Plus Malaysia serta Brooks Malaysia sebagai penaja rasmi baju larian peserta 100 Plus Outrunner.

Hanya 3 kategori sahaja yang ditawarkan bagi acara larian ini iaitu kategori 15km, 10km dan juga 6km Fun Run. Aku dan wife hanya mendaftar untuk kategori 6km Fun Run, sekadar larian santai bersama rakan-rakan yang lain sambil menikmati suasana malam di Putrajaya…hihihihi.. 😀

Peserta kategori 15km telah dilepaskan terlebih dahulu pada pukul 8.00 malam dan diikuti dengan peserta 10km pada pukul 8.20 malam serta akhirnya barulah peserta kategori fun run dilepaskan tepat pada pukul 8.40 malam. Memang cukup meriah apabila setiap pelepasan kategori diiringi dengan letupan bunga api yang menerangi ruang ...

Jom Baca Lagi....