21km Finisher tagged posts

PJ Half Marathon 2016

pj-half-marathon-2016-mbpj-selangor-petaling-jaya-half-marathon-21km-running-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

PJ Half Marathon 2016 telah diadakan di Laman MBPj, Petaling Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2016. Bertemakan “Run. Because You Can!”, acara ini adalah anjuran Persatuan Olahraga Para Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPj) dan juga pihak Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd. Tahun ini merupakan ulang tahun penganjurannya yang ke 10 sejak kali pertama diadakan pada tahun 2006. Hanya menawarkan 4 kategori larian iaitu Half Marathon (21.1km), 10km, 7km dan Fun Run 3km.

Alhamdulillah, sekali lagi aku mendapat tajaan daripada ‘big boss’ kepada wife dan aku cukup berterima kasih kerana memberi peluang untuk aku berlarian di Petaling Jaya. Petaling Jaya adalah di antara tempat aku membesar daripada zaman persekolahan hinggalah ke zaman bekerja sebelum aku berpindah ke Shah Alam walau pun masih bekerja di Universiti Malaya. Sememangnya aku cukup biasa dengan jalan-jalan di Petaling Jaya meskipun banyak laluan sudah ditukarkan menjadi jalan sehala…hihihihi...

Jom Baca Lagi....