Adventures tagged posts

Kuala Razila Adventure Resort Riverside Menawarkan Aktiviti Santai Dan Ekstrem

kuala-razila-adventure-resort-media-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem yang mampu meningkatkan lagi tahap adrenalin ataupun sekadar untuk melarikan diri daripada kesibukkan kota sambil mendambakan diri menikmati alam semulajadi, bolehlah singgah dan terokai sendiri Kuala Razila Adventure Resort Riverside yang beroperasi di Ulu Geroh, Gopeng Perak. Kuala Razila Adventure Resort Riverside menawarkan pelbagai pakej daripada aktiviti santai sehinggalah ke aktiviti ekstrem, di antaranya adalah aktiviti merentas hutan, berkhemah, mendaki, waterfall abseiling, water tubing serta aktiviti white water rafting yang merupakan aktiviti paling popular di Sungai Kampar, Gopeng.

Alhamdulillah, aku dan wife telah dijemput sebagai wakil blogger bagi program Xstreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Program 2 hari 1 malam ini yang berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober ...

Jom Baca Lagi....