Air terjun Sungai Kooi tagged posts

Moh Ke Perak: Meneroka Air Terjun Sungai Kooi Royal Belum #VMY2014

air-terjun-sungai-kooi-bunga-pakma-rafflesia-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum sememangnya mempunyai pelbagai keunikan yang boleh dijadikan tarikan pelancongan dan di antaranya adalah sungai serta air terjun yang pasti membuatkan korang tidak mahu kembali semula ke kesibukan kotaraya. Semasa FAM Trip kitaorg ke Royal Belum yang lepas, aku berpeluang untuk meneroka Air Terjun Sungai Kooi serta dalam misi untuk mencari Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di sekitar Sungai Kooi.

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Sungai Kooi walaupun ini adalah kali kedua aku bertandang di Royal Belum. Selain daripada Air Terjun Sungai Kooi, aku bersama-sama Fam Trip sempat juga singgah di Kem Sungai Papan dan Air Terjun Sungai Ruok untuk bermanja-manja dengan ikan kelah di sana tapi akan aku ceritakan di entri yang lain. Bagi entri kali ini, biarlah aku fokus dengan Sungai Kooi dulu ok!….hihihihihi.. 😀

Seperti biasa, kitaorg perlu menaiki bot kecil untuk kesana sebab laluan tersebut tidak boleh dilalui oleh houseboat...

Jom Baca Lagi....