Aktiviti Outdoor tagged posts

Waterfall Abseiling Dan White Water Rafting, Gopeng Perak

white-water-rafting-waterfall-abseiling-radak-adventure-outdoorgateway-eshamzhalim-ulu-geruntum-gopeng

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Antara aktiviti lasak yang telah sekian lama tersenarai dalam bucketlist aku adalah Waterfall Abseiling. Alhamdulillah, akhirnya aku dan wife berjaya juga melakukan aktiviti Waterfall Abseiling dan juga White Water Rafting yang telah dianjurkan oleh OutdoorGateway dengan kerjasama Radak Adventure di Gopeng, Perak pada 16-17 Mei 2015. Walaupun ini kali keempat aku dan wife sertai aktiviti White Water Rafting tetapi ini juga merupakan pengalaman pertama bagi aktiviti Waterfall Abseiling. Gabungan 2 aktiviti kali ini memerlukan kitaorg bermalam dan berkhemah di Kem Radak Adventure.

Seawal pukul 7 pagi, aku dan wife telah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Gopeng untuk berkumpul dengan peserta yang lain sebelum bergerak ke Kem Radak Adventure. Tiba di Kem Radak Adventure lebih kurang pukul 12 tengahari dan berehat terlebih dahulu sambil menikmati hidangan makan tengahari sebelum memulakan aktiviti pertama iaitu waterfall abseiling. Tapi apakah itu...

Jom Baca Lagi....

Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah

hutan-lipur-berkelah-air-terjun-berkelah-maran-pahang-outdoor-camping-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua hairan kenapa blog ni agak lama menyepi. Buat masa sekarang ni, tiap-tiap minggu padat dengan aktiviti hingga aku pun tak tahu yang mana satu nak diceritakan dahulu…hihihihihi. 😀 Ditambahkan lagi dengan penyakit “Malas” yang sememangnya menguji tahap kerajinan penulisan aku. Entri Backpack ke Lopburi dan Kachanaburi di Thailand pun masih lagi samar-samar penceritaannya…hahahahaha. Ok!.. Ok!.. cukuplah mukadimahnya setakat ni. Korang mesti nak tahu apakah kisah dan pengembaraan disebalik tajuk besar di atas tu?…. 😀

Sekali lagi aku dan wife mengikuti satu pengembaraan bersama-sama The Clown TrekeZ dalam Misi Eksplorasi Air Terjun Hutan Lipur Berkelah. Pengembaraan ini memerlukan kitaorg untuk bermalam di Hutan Lipur Berkelah bagi menjayakan misi eksplorasi ke air terjun peringkat ke 7 yang sememangnya terkenal di Hutan Lipur ini.

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuan...

Jom Baca Lagi....